ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 7 March 2020

10 KELEBIHAN ILMU BERBANDING HARTA MENURUT SAIDINA ALI BIN ABI THALIB R.A.


1. Ilmu adalah pusaka para Nabi sedangkan harta adalah pusaka Qarun, Firaun dan lain-lain.
2. Ilmu itu menjaga, akan tetapi harta itu kamu yang menjaganya.
3. Harta itu kalau diberikan akan berkurangan, sebaliknya ilmu kalau kamu berikan malah akan bertambah.
4. Orang yang mempunyai harta kadangkala disebut dengan nama Bakhil atau nama yang buruk yang lainnya, akan tetapi orang yang mempunyai ilmu disebut dengan nama keagungan dan kemuliaan.
5. Orang yang mempunyai harta musuhnya ramai, sedangkan orang yang mempunyai ilmu temannya ramai.
6. Harta harus dijaga dari pencuri sedangkan ilmu tidak perlu.
7. Di Akhirat nanti, orang yang mempunyai harta akan dihisab, sedangkan orang yang mempunyai ilmu akan mendapat syafa'at.
8. Harta membuatkan hati seseorang itu menjadi keras, sedangkan ilmu akan membuatkan hati seseorang itu menjadi bercahaya.
9. Harta akan hancur lebur kerana ditelan zaman, akan tetapi ilmu tidak akan rosak musnah walaupun ditimbun zaman.
10. Orang yang mempunyai harta kadangkala sanggup mengaku dirinya Tuhan, sedangkan orang yang mempunyai ilmu tetap mengaku dirinya sebagai hamba Allah kerana ilmunya.


Copy and paste: 7 March 2020 / 12 Rejab 1441H : 12.54 pm

No comments:

Post a Comment