ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 15 February 2020

SARAWAK RANGER – The Headhunter Terbaik Di Dunia



Pasukan Elite Pertama Asia Tenggara 1951 (Sarawak Ranger) atau lebih dikenali dengan nama The Headhunter Team. Mereka ini juga pernah mendapat mendapat pengiktirafan Pasukan Terbaik Dunia pada ketika itu oleh Sir Gerald Templer..Antara kejayaan dan pengiktirafan :
1. Pasukan Penjejak Terbaik Dunia – menewaskan pasukan komunis ketika zaman darurat disekitar Temasik (Singapura), Malaya (Sem. Malaysia), Siam (Thailand).
2. Sebilangannya pernah dihantar ke Vietnam bagi membantu tentera Amerika menentang Viet Kong pada ketika itu.
3. Pasukan yang mempunyai taktik serangan gerila paling digeruni pada ketika itu, hinggakan pasukan elite British SAS (Special Air Service) tidak mampu menandingi pasukan ini pada ketika itu, dan sebilangan jurulatih SAS ini mendapat latihan tidak formal dari pasukan ini.
4. Pasukan ini juga yang mampu menewaskan PARAKU/tentera Indonesia yang kebanyakannya kebal/halimunan/mampu menghilangkan diri ketika era kofantrasi. Pernah diakui oleh mantan presiden indonesia pada ketika itu Sukarno – ” Tentera Iban ini datangnya tidak diundang, saat pergi semua bala tenteraku hilang nyawa..banyak yang bercerai badan dan kepala. Mereka sungguh pantas hinggakan tidak terlihat oleh mata manusia”.
5. Warisan pasukan ini juga bertanggungjawab dalam menjaga keamanan ketika rusuhan kaum pada 13 Mei, kerana kebanyakkan mereka berpendirian natural tidak menyebelahi mana-mana kaum.
6. Pasukan ini juga merupakan satu-satunya pasukan keamanan di dunia yang mempunyai kepakaran dalam pertempuran jarak dekat. – diakui oleh KOPASUS (Tentera elite Indonesia).
Asalusul Rejeman Renjer Diraja tidak boleh dipisahkan dengan 'Sarawak Rangers' yang telah wujud sejak tahun 1862 lagi yaitu,Sebelum Borneo Utara(Sabah) menjadi Jajahan British. Ditubuhkan oleh Raja Brooke di Sarawak yang Berpusat di Kuching.Pada awal penubuhannya, Seramai 32 orang Dayak telah dilatih dalam kemahiran Tentera,mereka ini juga dikatakan adalah Golongan Pahlawan Dayak yang dipilih di setiap kampung dari kawasan pendalaman Sarawak.
Kemelesatan Ekonomi Tahun 1930an telah Memaksa Raja Brooke untuk menamatkan perkhidmatan Separa Tentera ini Pada Tanggal 29 Feb 1932. Setelah Perang Dunia kedua meletus khidmat Sarawak Rangers diperlukan kembali untuk memperkuatkan Pertahanan Sarawak ketika itu, kekalahan British diborneo mengakibatkan Ramai Renjer ditangakp dan dibunuh. Sewaktu Perang Dunia ke-2, bekas anggota pasukan Sarawak Rangers dilaporkan menyertai Mej. Tom Harnett Harisson dalam pasukan Z Force (Pasukan Khas Z) untuk menentang Jepun, ketika itu pasukan ini dipanggil Tentera Semut dan disini la bermulanya pasukan Tentera Borneo Utara (Sabah) bermula, iaitu Pasukan Gerila Kinabalu dan Pasukan Khas Agas dan Ada yg menyertai Pasukan Tentera Semut yang berpusat di Sarawak.
Darurat Malaya 1948 – 1960, sakali lagi Pasukan Renjer Sarawak diperlukan dalam menjejak dan menghapuskan Kouminis di malaya. Mereke diberi latihan Di Kem Segenting Port Dickson Negeri Sembilan, nyata kepakaran Pasukan Renjer Sarawak amat diperlukan oleh Pihak British di Malaya ketika itu.Pada 8 Ogos 1948, enam minggu selepas Darurat Malayan diisytiharkan pada 16 Jun 1948, kumpulan pertama 49 Iban Trackers(Sarawak) telah dihantar ke Tanah Melayu untuk membantu pasukan Komanwel dalam memerangi dan menjejak pemberontak Komunis.
Dalam Perjanjian Penubuhan Malaysia, pihak British telah bersetuju untuk menubuhkan 2 buah batalion Askar Renjer Malaysia, melatih anggota-anggotanya di peringkat awal, penubuhan Askar Renjer Malaysia telah diumumkan di Parlimen British (House of Commons) oleh Secretary of State for Commonwealth Affairs pada 18 Julai 1963. Ekoran dari itu, ‘Sarawak Rangers’ telah dibubarkan pada 15 September 1963 di dalam satu perbarisan yang penuh bersejarah di Ulu Tiram, Johor. Pada tanggal 16 September 1963 Askar Renjer Malaysia dilahirkan, serentak dengan hari kelahiran Malaysia. Anggota-anggota ‘Sarawak Rangers’ yang dibubarkan diserapkan ke dalam Askar Renjer Malaysia. Rekrut bagi batalion Pertama Askar Renjer Malaysia datangnya dari Sarawak, manakala untuk Batalion Kedua Askar Renjer Malaysia datang dari Sabah.
MEREKA INI ADALAH PEJUANG YANG KIAN DILUPAKAN OLEH GENERASI HARI INI.


Copy and paste: 15 Februari 2020 / 21 Jamadil Akhir 1441H : 7.25 pm

No comments:

Post a Comment