ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 6 February 2020

Sahabat Syurga # Kenangan haji & Umrah

Credit to : Norazman Mohd Yusof
                 FB RINDU HARAMAIN

“Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah:
“Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami.”
Maka Allah berfirman, “Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarah.”(Ibnu Mubarak dalam kitab Az-Zuhd).
Dijemput menjadi Duyufurrahman (Tetamu Allah) pada tahun 2011 bagi mengerjakan ibadat haji merupakan satu anugerah yang tidak ternilai bagi saya dan isteri.
Berbekalkan ilmu yang tidak seberapa bersama isteri, kami menyahut seruan haji ini dengan rasa penuh syukur dan terharu menjadi tetamunya.
Panggilan haji ini merupakan panggilan kedua bagi kami suami isteri yang mana sebelum ini tawaran haji terpaksa ditolak pd tahun 2006 atas faktor anak masih kecil serta ekonomi yang tidak mengizinkan.
Namun, berkat sokongan ibubapa, saudara mara dan rakan-rakan, segala urusan dunia dan kerjaya kami tinggalkan selama 49 hari berkelana di tanah suci.
Pengalaman adik beradik saudara mara dan rakan-rakan yang pulang dari mengerjakan haji beberapa tahun yang lepas, banyak mengajar kami suami isteri membuat persiapan demi persiapan dalam memperlengkapkan diri sebelum menjejakkan kaki ke tanah suci.
Walau sibuk macam mana sekali pun Kursus Asas Haji turut dihadiri selama se tahun tetapi pengalaman yang dikongsi oleh rakan-rakan yang telah menjadi tetamu Allah menjadikan pembakar semangat untuk mengerjakan Rukun Islam ke lima.
Tanggal 4 September 2011 penerbangan KT22 ke Mekah AlMukaramah.Setibanya di Mekah, kami ditempatkan di Hotel le Meridien bersama sama dengan bakal bakal jemaah haji lainnya.
Bermula lah perjalanan ibadah kami suami isteri menunaikan solat 5 waktu di Masjidil haram. Seawal 4.00 pg dimana azan pertama berkumandang kami suami isteri telah bersiap untuk ke masjidil haram.. berebut rebut dengan jemaah lain nya untuk bersembahayang di saf hadapan atau pun sekurang kurang nya dapat memandang dan melihat baitullah dengan rasa kepuasan yang tidak tergambar sebelumnya.
Kami suami isteri berulang alik ke Masjidilharam menunaikan solat 5 waktu seperti jemaah lain juga yang tidak melepaskan peluang keemasan yang datang sekali seumur hidup kita.
Alhamdulillah semasa menunggu waktu zohor saya telah disapa oleh seorang jemaah Melayu dari KL dan berasal dari Terengganu.
Raut wajah seakan kacukan Arab Padang Pasir.

Sahabat yang saya maksudkan berpewatakan sederhana sahaja dan sambil membaca Alqurann kami berbual bual dan bertukar tukar pandangan berkaitan pandanganya mengenai musim haji kali ini.
Kelihatan Baitullah di hadapan kami telah mula dibanjiri jemaah yang akan menunaikan fardu haji pd tahun ini dan sekali sekali tangan saya dirempuh oleh jemaah pakistan yang tergesa gesa mencari tempat dan ruang untuk bersolat.
Perjumpaan kami yang singkat itu telah membawa kepada perkenalan yang tidak dirancang.Saya dan sahabat yang mahu dikenali dengan nama ‘Amir ‘ sahaja pun bertukar tukar nombor talipon dan kami berjanji akan berjumpa lg pada waktu zohor keesokan harinya. Hotel sahabat saya terletak tidak berapa jauh daripada hotel yang saya duduki.
Allah sat menemukan saya bersama sahabat tersebut tidak dirancang tetapi perancangan Allah mengatasi perancangan manusia.Pertemuan tersebut bukan pertemuan sia sia dan mungkin Allah nak bg tahu bagaimana bersahabat dengan orang orang alim solleh dan berakhlak mulia.
Kesesokan harinya seperti yg dijanjikan kami bertemu semula di tempat yang sama iaitu di pintu Babussalam.Setelah bertanya kabar kami memulakan rutin ibadah bacaan Alquraan dari satu juzuk kesatu juzuk yang lain.Begitu lah masa yang dihabiskan sepanjang kami di Mekah sebelum tibanya waktu wukuf di Arafah.
Seminggu sebelum wukuf ke Arafah serta ke Mina dan beberapa hari sebelum proses pergerakan masyair bermula diadakan perjumpaan dan taklimat dengan Pegawai TH. Pergerakan kami bersama jemaah yang lain ke masyair bermula di waktu malam selepas jemaah selesai mengerjakan solat isyak.
Perjalanan Jemaah dari Hotel ke Arafah dan kemudiaannya ke Muzdalifah dan Mina dirancang rapi agar tiada masalah berlaku. Disinilah waktu kemuncak bermula. Terdapat 13 bas yang perlu dipenuhi oleh jemaah dan bagasi. Bantuan dari segi melancarkan pergerakan jemaah dari bilik ke lobi dan seterusnya menaiki bas. Simpati lebih kepada golongan kurang upaya serta warga emas dengan saya membantu mengangkat beg mereka. Ada juga masa dan ketikanya yang memerlukan untuk memapah serta memimpin mereka menuju ke bas masing masing.
Setibanya di Arafah dan Mina dan Kedudukan khemah yang kelihatan sama menyebabkan banyak kes jemaah sesat. Selain dari bantuan tunjuk arah, Saya juga turut membantu dari segi pengedaran makanan yang diuruskan oleh Muasasah yang dilantik.
Semasa di Mina.. saya mencari sahabat yang bersama sama mengaji Alquraan di masjidil haram dan berjumpa dengannya.Setelah merakamkan photo berdua kami berjanji akan bertemu lagi di Masjidil haram. Khemah nya terletak tidak berjauhan dengan Maktab 94 yang saya diami.
Di Mina..Saya turut membantu membawa Jemaah ketika melontar dan Semasa di Masyair, beberapa insiden berlaku dan momen momen terindah yang kami suami isteri rakamkan tak mungkin dilupakan sepanjang hayat kami.. selagi nyawa dikandung badan...yang mengajar saya erti kesabaran ,bertimbangrasa,cekal dan syukur kepada Allah sat.
Semua kita adalah sama. Rasa belas serta simpati terhadap golongan yang kurang upaya serta warga emas patutlah diambil kira semasa kita disana. Bertimbang rasa dan mengizinkan jemaah-jemaah ini untuk duduk didalam bas adalah sangat membantu. Sifat mementingkan diri sendiri patut dikikis dan mendahulukan mereka yang memerlukan.
Ujian kesabaran juga turut dirasa terutamanya apabila perlu menunggu giliran berbaris samada ditandas mahupun menaiki bas. Kadang-kadang lebih baik diam dari berkata-kata. Dalam keadaan marah serta tidak puas hati, kata-kata yang bakal keluar dari mulut semestinya tajam dan menghiris hati jemaah yang lain.
Sesungguhnya pengalaman di Mina banyak membantu saya mendekatkan diri dengan Allah. Sifat syukur dan sabar adalah dua perkara yang saya selami selama menjadi tetamu Allah disana.
Saya bersyukur kepada Allah kerana menjemput saya suami isteri menjadi tetamunya dan saat paling manis dapat berkenalan dan bersahabat dengan sahabat syurga. Saya yakin segala yang berlaku adalah ketentuan Ilahi. Allah sat tidak mengatur sesuatu pertemuan itu dengan sia sia.. ada hikmah dan rahmah disebalek pertemuan tersebut.
Memadailah dengan pengalaman ini, ia merupakan sebaik-baik anugerah sahabat syurga dari Allah swt yang saya perolehi. Alhamdulillah.
Saya mendoakan jemaah haji dan Umrah yang akan datang ke tanah suci Mekah dan Madinah berkenalan lah dengan seberapa banyak sahabat syurga.. dimana ia akan membantu dan membawa kita ke syurga nanti.. Aaaamin
# Sahabatsyurga
# Sahabat selamanya
# Tn. Hj. Amir Hamdan

Nukilan: Tn. Hj. Norazman Bin Hj. Mohd. Yusof
Copy and paste:
6 Februari 2020: 7.22 am

No comments:

Post a Comment