ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 23 February 2020

PERJALANAN HAJI RASULULLAH S.A.W.


SABTU – 25 ZULKAEDAH 10H
·   Bertolak dari Madinah bersama semua isteri Baginda dan kira-kira 100,000 Jemaah Haji.
·         Tiba di Zulhulaifah selepas Asar.
·         Solat Asar secara qasar 2 rakaat
·         Solat Maghrib dan Isyak secara Jamak dan Qasar.
·         Bermalam.

AHAD – 26 ZULKAEDAH 10H
·         Solat Subuh berjemaah
·         Berihram
·         Meneruskan perjalanan ke Mekkah selepas Zohor.

SABTU – 3 ZULHIJAH 10H
·         Tiba di Zu Tuwa pada waktu malam
·         Bermalam

AHAD – 4 ZULHIJAH 10H
·         Solat Subuh berjemaah
·         Mandi di telaga Zahir.
·         Masuk ke Mekkah pada waktu Dhuha.
·         Mencium Hajarul Aswad
·         Tawaf 7 pusingan
·         Solat Sunnah 2 rakaat di Makam Ibrahim.
·         Sai antara Safa dan Marwah.
·     Nabi s.a.w. memerintahkan para sahabat yang tidak membawa hadyu (haiwan korban) untuk bertahalul.
·         Baginda tetap dalam Ihram (Haji Ifrad).

KHAMIS – 8 ZULJIJAH 10H (HARI TARWIYAH)
·         Para sahabat berihram di Abtah (nama tempat di luar Mekkah)
·         Nabi s.a.w dan para sahabat bertolak ke Mina.
·         Solat Zohor dan Asar secara jamak qasar berjemaah. Begitu juga Maghrib dan Isyak.
·         Bermalam.

JUMAAT – 9 ZULHIJAH 10H (HARI ARAFAH)
·         Solat Subuh berjemaah
·         Bertolak ke Arafah selepas terbit matahari.
·         Duduk di dalam khemah di Namirah.
·         Berkhutbah Haji di Lembah Arafah selepas tergelincir matahari.
·         Solat Zohor dan Asar secara Jamak Taqdim.
·         Wukuf hingga ke petang sambil menghadap kiblat.
·         Setelah terbenam matahari, Baginda bertolak ke Muzdalifah
·         Bermalam
·         Para sahabat mengumpulkan batu untuk melontar Jamrah.

SABTU – 10 ZULHIJAH 10H (HARI RAYA AIDILADHA)
·         Solat Subuh berjemaah di Muzdalifah
·         Bertakbir hingga terbit matahari.
·         Bertolak ke Mina
·         Melontar Jamrah Aqabah
·         Berkhutbah
·         Menyembelih 63 ekor unta.
·         Bercukur. Memberi setengah rambutnya kepada Abu Talhah dan bakinya dibahagi-bahagikan kepada para sahabat.
·         Bertolak ke Mekkah
·         Tawaf, minum air zamzam
·         Kembali ke Mina.

AHAD & ISNIN – 11/12 ZULHIJAH 10H (HARI-HARI TASYRIK)
·         Bermalam di Mina
·         Melontar Jamrah selepas tergelincir matahari,setiap jamrah 7 butir batu.
·         Berdoa pada setiap selepas satu jamrah sambil menghadap kiblat, kecuali pada jamrah terakhir (Aqabah).
·         Berkhutbah
·         Menjamak dan mengqasarkan solat Zohor dengan Asar , Maghrib dan Isyak.

SELASA – 13 ZULHIJAH 10H (HARI TASYRIK TERAKHIR)
·         Baginda bertolak ke Abtah (Muhassab)
·         Jamak dan Qasar Solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak.
·         Bermalan.

RABU – 14 ZULHIJAH 10H
·         Bertolak ke Mekkah sebelum fajar.
·         Solat Subuh berjemaah di hadapan Kaabah.
·         Tawaf Wada’
·         Bertolak ke Madinah

AHAD – 18 ZULHIJAH 10H
·         Singgah di Ghadirkhum dan berkhutbah
·    Menjelaskan kelebihan Sayidina Ali dan membersihkan nama beliau daripadpa tuduhan-tuduhan yang dilemparkan semasa beliau di Yaman.

RABU – 21 ZULHIJAH 10H
·         Tiba di Zulhulaifah pada waktu malam.
·         Menginap

KHAMIS – 22 ZULHIJAH 10H
·         Masuk ke Madinah pada waktu siang sambil bertakbir
·         3 bulan kemudian baginda wafat.

Sumber: Majalah al-Ustaz isu No. 06 (2012)
23 Februari 2020 / 29 Jamadil Akhir 1441H : 8.42 am

No comments:

Post a Comment