ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 10 February 2020

PERINGATAN KUBUR

🔚- Orang yang berjaya ialah apabila dia mati , kuburnya menjadi taman-taman Syurga ..
🔚- Orang yang banyak harta dan duit tapi tidak memanfaatkannya pada jalan sedekah dan tamak ketika di dunia. Mata dan hati hanya mengutamakan duit sehingga lupa menafkahkan sebahagiannya, bila dia mati , kuburnya menjadi lorong-lorong Neraka .. Maka kehidupannya atas dunia dulu tidak bermakna ..
🔚- Ada orang yang buruk perjalanan hidupnya tetapi pengakhirannya husnul khotimah .. Pengakhiran ini lah yang paling bermakna kepada kita .. Itu lah yang akan menentukan kehidupan kita diakhirat nanti ..
🔚- Kenapa kita kena ada bekal .. Ulamak sebut, ramai diantara kita nanti apabila menghadap Allah Taala membawa hati yang penuh dengan kekecewaan . mati dalam keadaan tidak bersedia .. mati dalam keadaan terkejut ..
🔚- Ramai antara kita yang terkejut apabila mendengar kematian seseorang .. Tetapi tahukah kita , yang mayat itu lagi terkejut .. Terkejut bahawa dia sudah meninggal dunia ..
🔚- Bayangkan , bila kita masuk je dalam kubur .. Tengok-tengok kita tak ada bekal .. Semua amalan kosong .. Allahurabbi .. Orang begini ialah golongan yang hidup atas dunia dalam keadaan sesat dan lalai .. Setiap kali dia buat amalan , dia merasakan amalannya diterima Allah Taala .. Diri solat tapi tak khusyuk , berpuasa tetapi tak ikhlas , menunaikan haji tetapi tak mendapat haji mabrur..

🔚- Ada 3 kelompok manusia yang akan menghadap Allah Taala ..
1. Disebut dalam surah an Nisa - Orang yang dimatikan oleh Malaikat Maut dengan keadaannya membuat khianat pada diri sendiri.. Ini ialah mereka yang mati dalam keadaan berbuat maksiat , mati dalam keadaan tidak solat , mati ketika berjudi ..
2.Golongan kedua .. Allah Taala cerita dalam Quran , ketika mereka lupa peringatan Allah , lalu Allah Taala buka pintu maksiat yang dia lakukan .. Nauzubillah .. Kenapa Allah buka ?? .. Sebab Allah Taala nak beri istidraj pada dia.. Allah Taala akan buka sampai dia rasa seronok dengan maksiatnya .. Di saat dia tengah seronok , Allah Taala rentap rohnya .. Maka mati lah dia dalam keadaan hina. Mati dalam maksiat .. Bagaimanalah keadaannya ketika mengadap Allah Taala ..
3. Orang yang mulutnya sentiasa menyebut tuhan kami ialah Allah .. Maksudnya mereka ini sering kali berdakwah, bersyahadah , baca Quran , berzikir , berselawat ..

🔚- Jangan sesekali kita mati dalam keadaan tidak tahu membaca Quran .. Sesiapa yang mati dalam keadaan tak tahu baca Quran sesungguhnya dia telah berbuat zalim pada dirinya sendiri ..
🔚- Ada sekelompok manusia dikalangan kita terang terang lawan Allah .. Tak ada langsung rasa takut pada Allah .. Tak tutup aurat tapi tak rasa bersalah , tak solat tapi tak rasa berdosa ..
🔚- Tiada kekuatan yang paling utama untuk bantu kita di alam barzakh melainkan Amal Al Quran .. Maka bacalah Quran .. Khatamlah Quran sebanyak banyak mungkin ..
🔚- Kita ni dalam beragama ni akan sentiasa berasa nak berhenti , rasa letih .. Jangan mengalah .. Jangan putus asa dengan ujian-ujian Allah Taala ..

- Kata Ulamak .. Ada 5 ujian besar yang Allah Taala sebut dalam Quran .. Diantaranya .. ::
🔝1. Ujian berasa takut .. Atasi lah ia dengan sentiasa bertakbir kepada Allah .. Apabila takut balik lah kepada Allah ..
🔝2. Ujian dalam berasa lapar .. Lapar ni menyebabkan seseorang itu jadi tamak .. Kerana laparlah manusia lupa daratan . Tak peduli pada halal haram .. Contoh pada bulan Ramadhan , semua kita nak beli .. Sebab lapar nafsu makan bergelora ..
🔝3. Ujian dalam kematian .. Apabila kita tengah sayang pada seseorang , Allah Taala ambil nyawa mereka ..
🔝4. Ujian dalam sakit .. Ditimpa sakit dan musibah ..
🔚- Nabi Rasulullah ﷺ sebut .. Apabila kamu mengaku je kamu mukmin maka ada 5 ujian yang akan berlaku pada kamu ..
🔝1. Hasad dengki
🔝2. Orang Munafiq yang sentiasa membenci kamu
🔝3. Orang Kafir yang tidak akan pernah redha pada kamu
🔝4. Syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan
🔝5. Hawa nafsu yang sentiasa menarik narik diri kamu

🔚- Nabi Rasulullah ﷺ sebut .. Diantara tanda-tanda orang munafik ialah apabila dia tak boleh jaga solat Subuh dan Isyak berjemaah..
🔚- Syaitan akan datang ketika diambang sakaratul maut .. Dia akan menyamar sebagai ayah , sebagai ibu dan menghasut supaya jangan mengucap .. Allahurabbi ..
🔚- Ketika nyawa sampai ke halkum .. Allah Taala bertanya ?? .. Siapa yang boleh pulangkan roh kamu ini ?? .. Lalu mayat pun sebut .. Engkau ya Allah , pulangkan lah aku kedunia ya Allah .. Aku bertaubat kepadaMu .. Lalu Allah Taala jawab maka tiada lagi peluang kedua untuk kamu apabila nyawa kamu sampai ke halkum .. Allahurabbi ..
🔚- Jahatnya Syaitan ini sehinggakan dalam kubur pun dia ganggu .. Ketika Malaikat tanya pada mayat .. Siapa Tuhan kamu ?? .. Lalu Syaitan datang dia suruh mengaku dialah tuhan .. Nauzubillah ..
- Didalam kubur , Allah Taala akan buka kan hijab arah yang kita akan pergi kelak .. Bila dibuka kan hijab dapat melihat Syurga .. Allahurabbi . Sehingga kembang kempis hidung kita .. Kembang kepis sebab tak sangka kita dapat masuk Syurga .. Allahurabbi .. tetapi sekiranya dibukakan hijab menuju ke neraka, maka menangislah kita semahu-mahunya sehingga kita dibangkitkan di padang Mahsyar kelak.
#KEMATIAN PASTI DATANG...
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آل سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
Copy and paste:
10 Februari 2020 /16 Jamadil Akhir 1441H
1.25 pm

No comments:

Post a Comment