ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 6 February 2020

Peranan Grup Gerak Khas dalam Tragedi 13 Mei 1969

Kredit: Ahmad Ridzuan Bin Wan Chik M.A

Pada Hari Selasa, Anggota-anggota komando sedang bersantai di tepi pantai bersama-sama keluarga mereka. Arahan tiba daripada Mindef supaya Pegawai Pemerintah MSSU Kapt. Mohd Ramli Ismail segera melaporkan diri kepada Lt.Kol Esa Ahmad, Ketua DOR (Defense Operation Room) Di kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. Pada Sebelah Malamnya,Kapt.Hussin Awang Senik membawa seramai 175 anggota lain menyusul dari belakang.
Sebaik tiba di Kompleks Kementerian Pertahanan, Arahan telah diberikan kepada anggota komando supaya mengawal keselamatan Kawasan dan bangunan kementerian pertahanan. Kedua iailah membantu pihak polis menangkap ketua-ketua kongsi gelap Cina dan India yang bermaharajalela semasa berlaku rusuhan kaum berlaku di Ibu Negara Kuala Lumpur.
Namun Tugas utama yang mesti disegerakan ialah untuk mendapat kembali senjata dari stor Mindef yang diambil tanpa rekod. Anggota Komando bertindak pantas. Tugas ini disempurnakan dalam masa 24 JAM. Semua senjata yang hilang distor senjata dikesan dan dirampas lalu diserahkan kembali kepada penjaga stor senjata.

Tugas Seterusnnya amat mencabar kerana anggota-anggota komando terpaksa tidur pada waktu siang dan membuat operasi di waktu malam. Pihak Polis Bahagian kongsi Gelap akan memaklumkan kepada Pegawai Pemerintah MSSU berkaitan tempat dan waktu serbuan dibuat untuk menangkap kepala-kepala kongsi gelap yang mengambil kesempatan bermaharajalela ketika rusuhan kaum berlaku.
Di antara kepala kongsi gelap yang sangat dikehendaki polis ialah Ketua Samseng berketurunan India di Kawasan Sentul yang bernama LOGO. Walaupun dia seorang OKU yang berkaki satu. Beliau sememangnya tidak berperikemanusian dan kejam sehingga sanggup menikam dan membunuh sesiapa sahaja yang menghalang kemahuanya. Manusia ini tidak dibenarkan hidup bebas. Ramai lagi menjadi mangsa nya.Pihak SB telah menyalurkan maklumat tentang pergerakannya dan menunggu peluang terbaik memberi isyarat kepada anggota komando membuat serbuan ke tempat persembunyiannya. Tepat pada waktunya LOGO yang berkaki satu dan memiliki Rifle .22 itu dikepung dan Berjaya ditangkap.Seterusnya diserahkan kepada Pihak Polis.Sejumlah pedang samurai dirampas. Maka tumpaslah samseng Sentul yang sangat kejam.
Flat-flat di Kawasan Jalan Masjid India, Jalan Raja Laut, Jalan Pekeliling, Jalan Pudu dan rumah-rumah setinggan di Salak Selatan pula di dominasi Kumpulan haram berketurunan Cina.Mereka memeras ugut penduduk sekitarnya.Kalau ada yang berani menentang akan menerima padah. Rusuhan Kaum yang berlaku menjadikan mereka lebih berkuasa dan bertindak sesuka hati. Pihak Keselamatan Negara berpendapat situasi ini tidak boleh dibiarkan dan perlu dihapuskan. Pihak SB telah menyalurkan maklumat terperinci mengenai lokasi dan bangunan yang menjadi markas kegiatan haram. Tugas Anggota Komando ialah merancang serbuan ke Kawasan tersebut.Beberapa kepala-kepala Samseng Berjaya ditangkap dan sejumlah senjata api dirampas.
Operasi seterusnya diadakan di Kawasan belakang rumah pangsa sekitar Jalan Pekeliling, Chow Kit dan Jalan Masjid India. Inilah Kawasan panas yang mulanya rusuhan kaum di Kuala Lumpur.Anggota Komando membuat sekatan di sekeliling Flat dan pemeriksaan dibuat dari pint uke pintu dan tingkat demi tingkat. Operasi ini mencapai kejayaan besar kerana Anggota Komando telah Berjaya merampas senjata api buatan China, claymore mine buatan sendiri, IED, dan bekalan makanan.
Ini membuktikan anasir-anasir subversive dan golongan pelampau Cina telah membuat persiapan rapi untuk mencetuskan rusuhan kaum dan menjadikan huru-hara di dalam negara. Selepas 25 hari bertungkus lumus menghancurkan kegiatan haram kongsi gelap dan anasir-anasir subversif. Kapt. Hussin diarahkan balik ke Kem Sebatang Karah. Tempat Beliau diganti dengan Kapt.Chua Hong Kang.
Kejayaan Komando ini telah melumpuhkan terus aktiviti -aktiviti kumpulan haram. Apabila semua operasi selesai,dan pihak polis tidak lagi memerlukan bantuan, maka anggota-anggota Komando kembali ke Kem Sebatang karah, Port Dickson
Petikan ini adalah dari Buku Rejimen Gerak Khas Pasukan Khusus Tentera Darat Malaysia
Terbitan 2011

Nukilan dari Veteran Komando Ahmad Ridzuan Bin Wan Chik M.A
Kredit MMP
Copy and paste : 6 Februari 2020 : 1.15 pm

No comments:

Post a Comment