ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 27 February 2020

KESULTANAN MELAYU MELAKA

Kredit : Milan Menace : FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)

Assalamualaikum.
Sepatutnya perkongsian ini saya up di page lain. Perkongsian ini telah ditulis sejak tengah hari semalam. Mungkin adminnya (bukan page ini) sibuk atau terlepas pandang. Jadi saya share sahajalah disini.

KESULTANAN MELAYU MELAKA
Sebelum ini,banyak rekod yang ada hanyalah dari sumber Melayu sendiri seperti Sulalatus Salatin atau Hikayat Hang Tuah (kedua-duanya diiktiraf UNESCO untuk temasuk dalam senarai Memory of the World Register ) selain Bustanul Salatin atau sumber dari Portugis seperti Suma Oriental atau Comentários do grande Afonso de Albuquerque. Jangan terkejut jika diberitahu bahawa catatan mengenai Melaka ada didalam sumber dari China sendiri.
Catatan Tom Pires tentang para pedagang yang datang ke pelabuhan Melaka :
Moors from Cairo, Mecca, Aden, Abysinnians, men of Kilwa, Malindi, Ormuz, Parsees, Rumes, Turks, Turkomans, Christians Armenians, Gujaratees, men of Chaul, Dabhol, Goa, of the kingdom of Deccan, Malabars and Klings, merchants from Orissa, Ceylon, Bengal, Arakan, Pegu, Siamese, men of Kedah, Malays, men of Pahang, Patani, Cambodia, Champa, Cochin China, Chinese, Lequeos, men of Brunei,
Lucoes, men of Tamjompura, Laue, Banka, Linga (they have a thousand other islands), Moluccas, Banda, Bima, Timor, Madura, Jaya, Sunda, Palembang, Jambi, Tongkal, lndragiri, Kappatta, Menangkabau, Siakå Arqua (Arcat?), Aru, Bata, country of the Tomjano, Pase, Pedir, Maldives.

(Melayu Pribumi Asia Tenggara,Bab ke-2 terbitan HRP)

SUMBER DINASTI MING TENTANG KEWUJUDAN KERAJAAN MELAKA
Interaksi antara tamadun Melayu dengan tamadun China mempunyai sejarah yang cukup panjang. Pembicaraan yang dapat dikira tentang hal itu terdapat dalam buku Prof. Liang Liji, professor kanan pengajian Melayu-Indonesia di Universiti Peking. Buku itu berjudul Lembaran Sejarah Gemilang Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad Ke-15, terbitan Penerbitan Universiti Kebangsaan (1996, cetakan kedua 2010) Zaman gemilang hubungan antara tamadun Melayu dengan tamadun China berlaku dalam zaman Dinasti Ming pada abad ke-15, sehingga Liang Liji mengungkapkan bahawa “Lembaran sejarah ini patut dicatat dengan tinta emas kerana pencapaiannya tiada tandingannya lagi dalam sejarah kedua-dua bangsa.” (Liang Liji, 1996: 42).
Hal ini demikian kerana hubungan kedua-dua tamadun dalam zaman itu benar-benar mencapai puncak hubungan diplomatik yang halus dan teratur, baik dalam huubungan politik antara dua kuasa besar mahupun dalam hubungan perdagangan dan kebudayaan. Melaka di bawah pemerintahan Raja Parameswara (Sultan Iskandar Syah) menjadi destinasi pertama misi Maharaja Ming Cheng Zhu ke alam Melayu pada tahun 1403. Sejarah pembukaan hubungan diplomatik antara China dengan Melaka itu tercatat dalam Ming Shi (Sejarah Dinasti China).

Kepesatan dan keakraban hubungan antara dua tamadun itu tergambar pada beberapa fakta yang penting dan menarik. Antaranya termasuklah pengutusan Laksaman Zheng He atau Sampo Kong (yang dalam persuratan Melayu dikenal sebagai Laksamana Cheng Ho) dengan armada raksasa untuk melakukan lawatan muhibah ke Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Barat, dengan kapal terbesarnya dapat memuat barang seberat 2500 tan dan orang sejumlah 1,000 orang. Jumlah kapal yang menyertai armada itu pula sekitar 100 hingga 200 buah, dengan pegawai, awak kapal dan askar yang mencecah angka antara 27,000 hingga 28,000 orang (Liang Liji, 1996: 43-44).

Fakta lain yang penting juga ialah kekerapan kunjungan Raja Melaka ke China, bermula dengan kunjungan Parameswara (Sultan Iskandar Syah) pada tahun 1411 (dengan 540 orang anggota rombongannya), Megat Iskandar Syah (Raja Besar Muda), kali pertama pada tahun 1414 (selaku putera mahkota yang menyampaikan khabar kemangkatan ayahandanya) dan kali kedua pada tahun 1419, dan Seri Maharaja (Raja Kecil Besar/Sultan Muhammad Syah) pada tahun 1424, 1433 dan 1434.

Selain itu, sepanjang tempoh hubungan akrab antara Melaka dengan China selama seabad lebih, iaitu dari tahun 1403 hingga tahun 1521, amat jelas kegiatan saling mengunjungi antara kedua-dua pihak, baik yang melibatkan raja mahupun pembesar, baik yang berkaitan dengan hubungan politik, perdagangan mahupun kebudayaan. Buku catatan Dinasti Ming Shi Zhong Lu, jilid 4 menyenaraikan 57 kegiatan hubungan diplomatik antara Kerajaan Melaka dengan Dinasti Ming dalam tempoh tersebut (Liang Liji, 1996: 63-76).
Kesultanan Melaka disebut dalam T’ai-tsung (Yung-lo) Shih-lu sebanyak 130 chuan, Jen-tsung (Hung hsi) Shih lu sebanyak 10 chuan dan Hsuan-tsung (Hsüan-te) Shih-lu sebanyak 115 chuan.

Ketiga-tiga rekod ini adalah dari tiga maharaja China dari dinasti Ming iaitu:
1) Yung-lo/Yongle (1402-1424)
2) Hung-hsi/Hongxu (1424-1425)
3) Hsuan-te/Xuande (1425-1435
Kesemua rekod ini tersimpan kemas dalam rekod imperial China (Imperial Archive) di Beijing dan kesemua rekod dinasti Ming berkenaan dengan Empayar Kesultanan Melayu Melaka telah disahkan dan dikaji dengan mendalam oleh ramai sarjana sejarah luar negara termasuk Wang Gungwu,seorang sejarahwan prolifik Australia.
Apa yang menarik dan signifikan melalui hubungan dengan Melaka ini? Daripada hubungan ini, timbulnya “perhatian diraja” pada pihak Dinasti Ming dengan penubuhan jawatankuasa jurubahasa (Da Tong Shi) untuk memenuhi kepentingan dan keperluan dalam hubungan luar. Tong Shi atau jurubahasa yang berkhidmat dalam 18 jawatankuasa kecil (Xiao Tong Shi) berjumlah 60 orang.

Untuk melatih para jurubahasa, pada tahun 1405 Maharaja Ming Cheng Zhu menubuhkan akademi bahasa yang dikenal sebagai Si Yi Guan (Balai Bahasa Negeri-negeri Asing) di ibu negara Ying Tian Fu (kini Nanjing). Terdapat lapan jabatan di akademi bahasa asing itu. Bahasa Melayu dimasukkan di bawah Hui Hui Guan (Jabatan Islam yang meliputi Parsi, Arab, Melaka, Jawa dan lain-lain). Ambil perhatian, untuk Bahasa Melayu, namanya adalah Jabatan Bahasa Melaka! Punyalah bersusah payah kerajaan China ni nak tahu perihal Melaka ni… Akademi bahasa asing itu bertahan melebihi 400 tahun, dan dilanjutkan dalam Dinasti Qing yang menggantikan Dinasti Ming walaupun namanya diubah pada 1748 menjadi Hui Tong Si Yi Guan. Peranan akademi itu hanya terhenti sesudah Perang Candu pada tahun 1840, sesudah Dinasti Qing menghadapi ketidakstabilan politik (Liang Liji, 1996: 82-90).

Apa lagi?
Setakat yang telah dikaji oleh sarjana bahasa, kamus terawal dwibahasa bahasa asing-bahasa Melayu ialah kamus yang merupakan daftar kata bahasa Cina-bahasa Melayu yang dipercayai telah
disusun dalam abad ke-15. Kamus itu berjudul Man La Jia Guo Yi Yu (Senarai Perkataan Negeri Melaka). Penyusunan daftar kata itu berlangsung dalam tempoh bermulanya hubungan rasmi antara Dinasti Ming dengan Empayar Melaka pada tahun 1403 hingga Melaka jatuh di tangan Portuis pada tahun 1511. Tarikh itu tidak mengambil kira temuan terbaharu kajian yang menyarankan abad ke-13 sebagai permulaan Kerajaan Melaka.


MELAKA MELAWAN PORTIGIS DENGAN KERIS DAN TOMBAK?
( Diolah dari artikel Saudara Helmi Effendy “ Surat Terbuka Kepada Bekas presiden UMNO : Melaka Tidak tumbang kerana keris dan Tombak.)
“Whoever is lord in Malacca has his hands on the throat of Venice.”
Fikirkan kembali, Melaka ialah sebuah tamadun yang berada di tengah-tengah laluan perdagangan dunia dan pada zaman kemuncak, dicatatkan bahawa terdapat 84 bahasa yang dituturkan di pelabuhannya. Ini pelabuhan utama bertaraf dunia dengan volume transaksi yang besar tau. Bukan dakwaan syok sendiri!

Simon Elegant dalam Far Eastern Econmic Review, IO Jun, 1999:45, telah menegaskan tentang Melaka :
(Terjemahan):
“Lima kurun dahulu, Melaka dikunjungi 2,000 kapal sehari iaitu sesibuk pelabuhan Singapura moden kini, yang menjadikannya satu daripada tiga pelabuhan yang tersibuk di dunia. Di situ terdapat orang-orang Gujerat, Tamil, Bengali daripada India berniaga dengan orang Melayu, Cina dan Arab secara harmonis; bandar raya dengan 100,000 penghuni, 84 bahasa dituturkan di pasar. Sultan yang memerintah, telah memastikan keselamatan Selat Melaka daripada lanun, dan barangan dapat disimpan dalam ratusan gudang dengan selamat. Jika ada sebarang pertelingkahan undang-undang yang berwibawa dilaksanakan ke atas orang tempatan dan asing seadilnya.”

John Crawfurd memetik catatan De Burros dalam bukunya, A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries, bahawa ketika Portugis menawan Melaka dahulu, mereka berjaya merampas antara 3000 hingga 8000 senjata api daripada Melaka, dan De Burros sendiri mengatakan bahawa Portugis sendiri tidak mampu untuk menghasilkan senjata api sebanyak itu. Bahkan catatan De Burrous menjelaskan lagi kepada kita bahawa Portugis menjumpai sebuah meriam Melayu Melaka yang jauh lebih besar daripada meriam yang dipunyai oleh Portugis dan meriam itu telah dihantar ke India.
Catatan yang lain pula, seperti yang dinukilkan oleh Godinho Eredia dalam buku Asia Portugueza, karya Manuel de Faria Y Souza dalam E. Koek, Portuguese History of Malacca, sewaktu kedatangan Portugis di Melaka, jumlah meriam yang dipunyai kerajaan tersebut adalah sangat banyak. Tiga ribu pucuk
meriam besar telah dijumpai dalam kota Melaka, 5000 pucuk lagi telah sempat dibawa lari oleh tentera Melaka apabila kota itu tumbang.

Albuquerque menyatakan bahawa terdapat 2000 pucuk meriam yang diperbuat daripada tembaga dan yang lain diperbuat daripada besi di Melaka. Faria y Souza mengatakan bahawa sebahagian besar daripada 8000 pucuk senjata api atau meriam yang dipunyai kerajaan Melaka adalah berasal dari Pahang. Ini bermakna Pahang merupakan sebuah negeri penghasil senjata api yang berkualiti dan banyak pada zaman itu.

Menurut Eredia lagi, semua meriam-meriam itu dihasilkan dengan amat baik dan tidak dapat ditandingi walaupun dengan meriam buatan Portugis. Daripada catatan Eredia ini, dapat disimpulkan bahawa teknologi senjata api yang dimiliki oleh bangsa Melayu Melaka pada waktu tersebut adalah sama tarafnya dengan teknologi persenjataan orang Eropah, malahan mungkin lebih baik.

Seorang berbangsa Itali yang terlibat di dalam penyerangan terhadap Melaka pada tahun 1511 menyatakan bahawa terdapatnya penggunaan pelbagai jenis senjata api berat yang telah menyebabkan kehilangan nyawa yang agak ramai di pihak portugis. Menurut beliau, walaupun akhirnya tentera Melayu Melaka kalah, namun mereka digambarkan mempunyai semangat keperwiraan yang tinggi, sangat terlatih dalam ilmu peperangan dan mempunyai simpanan senjata yang bermutu dan pelbagai.
Seorang pengkaji sejarah iaitu Nicholas Tarling di dalam bukunya The Cambridge History of Southeast Asia pernah membandingkan senjata api Melayu dengan senjata api buatan Jerman yang merupakan senjata api terbaik pada abad ke-15, bahkan diceritakan mengenai kehebatan senjata api Melayu yang dikatakan tidak mempunyai tandingannya, walaupun senjata api Portugis itu sendiri. Turut dicatatkan dalam buku itu mengenai bagaimana meriam-meriam yang disusun di setiap penjuru kota Melaka telah banyak membedal nyawa askar Portugis ketika mereka mula mendarat di bumi Melayu ini.

Kita lihat pula tulisan R. J. Wilkinson, “The Capture of Malacca, A.D. 1511”. Beliau menyebut mengenai beberapa perkataan sepert “Malay gun-fire” dan “heavy fire” merujuk kepada bala askar Melaka ketika itu ketika menceritakan mengenai kejatuhan Melaka yang boleh dijadikan dalil bahawa orang Melayu kita ketika itu sudah memiliki senjata api.
Diceritakan bahawa ketika askar Portugis cuba memasuki muara Sungai Melaka yang cetek dan berlumpur itu, mereka telah dihujani oleh divisyen askar Melaka yang menggunakan senjata api dan menghujani askar Portugis dengan senjata api.

RAHSIA AGUNG MELAKA : KEKAYAANNYA YANG TIDAK TERBAYANG DEK AKAL
( Ringkasan Artikel Didalam Buku Terbitan The Patriots : Tasjil Anis Salatin oleh Farahana Shuhaimi).
Portugis hanya berjaya memperoleh 1/3 daripada harta kekayaan Melaka yang sebenar. Sebanyak 2/3 harta kekayaan Melaka yang lain dipercayai masih tersimpan di sekitar kota dan negeri Melaka di ruang-ruang bawah tanah dengan dinding kebal dan kukuh. (Gaspar Correia dengan bukunya Lendas da India)

Setiap Sultan Melaka mempunyai bilik simpanan harta yang berbeza. Ini menjadikan khazanah harta Melaka sentiasa meningkat dan bertambah. Terdapat catatan yang mengatakan bilik simpanan harta Sultan Alauddin Syah Melaka mempunyai tiga tan emas selain harta-harta lain. (Gaspar Correia dengan bukunya Lendas da India).

Bawah Istana Melaka terdapat gedung bawah tanah. Gedung cukup besar untuk digunakan bagi menyimpan emas dan perak Sultan Melaka. Bangunan bawah tanah ini tidak musnah selepas istana tersebut hangus terbakar. Pihak Portugis menemuinya di sebalik runtuhan kebakaran Istana Melaka.
(Gaspar Correia dengan bukunya Lendas da India)Setiap bangunan di Kota Melaka penuh dengan harta. Semasa Sultan Mahmud Syah Melaka berundur, harta yang terdapat di rumah ini menjadi habuan kepada Portugis yang menjarah seluruh kota. (Gaspar Correia dengan bukunya Lendas da India)

Kebanyakan barangan berharga yang ditemui semasa penggeledahan ialah kapur barus, kasturi yang disimpan di dalam belanga, peti-peti yang menyimpan sutera, kain satin, kain taf, sutera putih, kapur, kayu cendana, jongkong emas, mutiara etc. (Gaspar Correia dengan bukunya Lendas da India)
Sebahagian harta yang terlalu besar dan sukar dibawa dikumpulkan di kawasan tengah laluan-laluan di Kota Melaka. Harta yang ditemui ini mencerminkan struktur ekonomi penduduk Melaka yang aktif dalam kegiatan ekonomi perniagaan dan perdagangan berbanding kegiatan ekonomi lain. (Gaspar Correia dengan bukunya Lendas da India).
Istana Melaka mempunyai peti berkaki bertatahkan permata. Semasa Portugis menawan Istana Sultan Mahmud Syah Melaka, mereka mendapati istana ini memiliki sebuah peti besar berkaki dan dipenuhi dengan permata yang bernilai 60,000 cruzado. (Gaspar Correia dengan bukunya Lendas da India)
Dari istana itu mereka memperoleh intan berlian yang bernilai tidak kurang daripada 60,000 “cruzados”, empat buah balang emas berisi minyak wangi, setiap satunya bernilai 40,000 cruzados. (Gaspar Correia dengan bukunya Lendas da India)
Portugis juga menemui bibit mutiara serta balang-balang yang diperbuat daripada emas, yang bernilai jika diberikan kepada setiap orang Portugis yang berperang akan bernilai 400,000 cruzados untuk seorang. (Gaspar Correia dengan bukunya Lendas da India)
Selepas Melaka menjadi sebahagian daripada Empayar Portugal, emas dan barang berharga dari perbendaharaan Melaka dan sekitarnya dimuatkan ke dalam kapal. Akhirnya Flor De La Mar pun tenggelam ke dasar laut. Rekod hari ini meramalkan bahawa jumlah harta yang tenggelam bersama Flor De La Mar yang dirampas daripada Melaka berjumlah sekitar 2.6 Billion + (54,431kg of Gold x $49,000 per Kg) dan dianggap harta karun paling mahal dalam kategori harta karun yang hilang.
Justeru tidak hairanlah semasa ia berlayar keluar dari Melaka pada November 1511, ia mengangkut harta paling banyak dalam sejarah tentera laut Portugal. Tetapi sebulan selepas itu, Alburquerque patah hati mendengar berita ia karam di perairan Sumatera dalam cuaca ribut.


MELAKA BANDARAYA PALING KAYA
“Bandaraya Melaka adalah pelabuhan terkaya dengan jumlah perdagangan borong yang terbesar dan perkapalan serta perdagangan yang sungguh banyak yang boleh didapati di seluruh dunia” Catatan Duerte Barbosa dengan bukunya Book of Duerte Barbosa. Beliau adalah adik ipar kepada Ferdinand Magellan dan mengikuti perlayaran mengeliling dunia bersama Panglima Awang Hitam.
Catatan Portugis oleh Diogo Lopez De Sequiera menunjukkan kekayaan pedagang di Melaka sekitar tahun 1508-1509, dan dinyatakan bagaimana Melaka pada zaman itu disohor sebagai bandar paling kaya di dunia.

Ringkasannya :
Satu bahara emas bersamaan dengan empat “quintaes”, unit kiraan emas Portugis. Dalam kiraan emas portugis, satu unit quintal (majmuk: quintaes) adalah bersamaan dengan 100kg emas.

Oleh itu satu bahara emas adalah bersamaan dengan 400kg emas.
Dinyatakan bahawa nilai kekayaan pedagang Melaka ketika itu sehingga memiliki 10 dan 12 bahara emas, yang bersamaan dengan 4000 hingga 4800 kg emas.
Dalam kiraan moden, anggaran kasar emas sebanyak ini adalah berjumlah hampir RM800juta.
Kekayaan yang dinilai ini pastilah tidak termasuk bilangan kapal, gudang-gudang serta aset perniagaan dan peribadi masing-masing, yang menyaksikan jumlah yang sangat besar nilainya pada zaman itu.Itu baru cerita kekayaan pedagang di Melaka. Belum Pembesar dan Sultan-Sultan Melaka lagi.
Berdasarkan laporan sebeginilah yang membuatkan Raja Portugis meneruskan misi ‘Gold, Gospel, glory'.


HUBUNGAN DENGAN NEGARA LUAR
SIAM
„daripada banyak seteru (baik) banyak sahabat‟.
Sultan Muzaffar Syah telah melaksanakan dasar ini kepada kerajaan Siam setelah beberapa kali Melaka diancam Siam namun dapat dipatahkan dengan kebijaksanaan dan helah diplomasi para pemerintah Melaka.
Sultan telah menitahkan Tun Telanai menghantar surat persahabatan bukan surat sembah, kasih ataupun salam. Bendahara Paduka Raja menjadi penulis surat itu. Pihak Siam menerima utusan Melaka dan bertanya siapa yang mengarang surat itu dan mengapa Melaka tidak kalah. Tun Telanai menunjukkan seorang untut bermain lembing dihadapan Raja Siam. Dan dibaling orang dibelakangnya; tetapi tidak luka dan berdarah. Tun Telanai mengatakan semua orang Melaka kebal-
kebal belaka seperti itu. Itulah kekuatan Melaka. Ternyata, Melaka tidak menyembah kepada Siam dan pertahanan Melaka adalah hebat. Namun Siam tetap mahu menguji kehebatan Melaka. Dalam sebuah serangan keatas negeri, Siam membawa utusan Melaka berperang sama. Strategi Tun Telanai mengena; mengadap matahari terbit dan dapat menyerang musuh dahulu. Pihak Siam sangat berpuas hati dan menganugerahkan puterinya untuk menjadi isteri Tun Telanai.

Rujukan : Sulat al- Salatin Ya’ni Perteturun Segala Raja- Raja (Sejarah Melayu),Dewan Bahasa dan Pustaka dan Yayasan Karyawan , Kuala Lumpur, 2009 ms: 81-82


MAJAPAHIT
Sultan Mansur Syah telah berkahwin dengan Raden Galuh Cendera (Kirana), anakanda Betara Maja Pahit. Baginda diiringi oleh sebuah gerombolan yang besar dengan diiringi oleh raja-raja dan hulubalang jajahan takluk Melaka seperti Singapura, Indrageri, Merlung, Palembang, Jambi, Tunggal,Lingga ke Maja Pahit. Hulubalang Melaka seperti Hang Tuah dan kawan-kawannya menunjukkan kehebatannya bermain senjata sehingga Hang Tuah mendapat keris Taming Sari. Mereka juga mendapat beberapa jajahan anugerah Betara Majapahit.

Rujukan : Sulat al- Salatin Ya’ni Perteturun Segala Raja- Raja (Sejarah Melayu),Dewan Bahasa dan Pustaka dan Yayasan Karyawan , Kuala Lumpur, 2009 ms: 88-96.


CHINA
Perkahwinan Sultan Mansur dengan puteri China Hang Liu juga adalah satu muslihat persahabatan dan diplomatik yang bijaksana. Maharaja China sebagai satu kuasa besar ingin menunjukkan kehebatannya kepada Melaka, yang didengarnya sebagai sebuah negeri yang tersohor. Satu gerombolan sebuah pilu (kapal) China dengan sarat bermuat dengan jarum telah dihantarnya ke Melaka. Jarum-jarum itu melambangkan betapa ramainya rakyatnya. Sultan Mansur Syah menyambut surat persahabatan itu dengan gembira tetapi tersenyum sinis dengan makna jarum-jarum itu.

Baginda kemudian menghantar rombongan balasannya dengan diketuai oleh Tun Perpatih Putih.Kerajaan Melaka telah menghantar sagu sebagai balasan kepada Maharaja China sebagai lambang betapa ramainya rakyat Melaka. Mengikut Tun Perpatih Putih setiap rumah dalam negeri Melaka menggolek sagu itu. Dengan itu, China dan Melaka mempunyai rakyat yang sama banyaknya.
Tun Perpatih Putih pula meminta satur kangkong yang tidak dipotong sebagai makanan kegemaran mereka. Kangkung itu pula dimakan dengan mendongakkan muka ke atas. Dengan cara itu, orang Melaka dapat melihat wajah Maharaja China, yang selama ini dilarang untuk melihatnya. Kebijaksanaan diplomatik Melaka menyedarkan China tentang kekuatan Melaka. Sebagai balasan, Maharaja China telah memberi puterinya untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Syah. Li Po pembesarnya mengiringi puteri Hang Liu dengan 500 orang pengiring yang lain. Pengiringnya dikenal sebagai Biduanda Cina dan mereka ditempatkan di Bukit China, Melaka. Perkahwinan itu melahirkan seorang putera yang bernama Paduka Mimat.

Maka kemashyuran Melaka telah mengundang perkahwinan yang mempereratkan lagi persahabatan dan hubungan luar yang harmonis dengan
China.

Rujukan : Sulat al- Salatin Ya’ni Perteturun Segala Raja- Raja (Sejarah Melayu),Dewan Bahasa dan Pustaka dan Yayasan Karyawan , Kuala Lumpur, 2009 ms: 104-106.


TURKI UTHMANIYYAH
Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Kota Konstantinopel pada tahun 1453 iaitu pada zaman Sultan Muzaffar Shah (1446-1458).

Seorang penulis Turki yang bernama Zafer Ozcan telah menulis di dalam bukunya yang bertajuk Intizar Anne seperti berikut:-

“Hubungan di antara Melayu dan Uthmaniyah dikatakan telah lama bermula. Sejak dari kurun ke-13 ketika Alam Melayu memeluk Islam hubungan ini dikatakan telah bermula dan kurun ke-15 telah menyaksikan Sultan dari Daulah Uthmaniyah dan Kesultanan Melayu mengiktiraf hubungan antara satu sama lain.

Hubungan perdagangan yang pertama telah berlaku sejak zaman Sultan Muhammad Al Fatih. Pada tahun 1471, Sultan Muhammad Al Fatih bersama Sultan Melayu, Sultan Mansur Syah telah menandatangani perjanjian perdagangan. (Kisah ini kena ada pengkajian lagi sebenarnya disclilaimer overclaim).
Perjanjian tersebut bukan hanya terhenti dengan perdagangan. Puteri Sultan Muhammad Al Fatih dikatakan telah dikahwinkan dengan anak sulung Sultan Mansur Syah iaitu Raja Alauddin Syah.
Perkahwinan tersebut menjadikan hubungan antara Melayu dan Turki lebih kuat.” . (Kisah ini kena ada pengkajian lagi sebenarnya. Disclaimer overclaim)

Dalam Hikayat Hang Tuah dinukilkan seperti berikut:-
“Alkisah maka tersebutlah perkataan Raja Melaka hendak mengutus ke Benua Rum. Sekali persetua pada suatu hari baginda duduk semayam dihadap bendahara dan Laksamana dengan segala pegawai sekalian. Maka titah baginda, "Hai bendahara dan Laksamana, apa bicara kita, kerana kita hendak mengutus ke Benua Rum hendak beli bedil meriam itu…”

Benua Rum yang dimaksudkan disini adalah Turki Uthmaniyah/ Byzantine/ Rom Timur.

LAIN-LAIN

Banyak lagi boleh diceritakan tentang hubungan diplomatik Kesultanan Melayu Melaka dengan sebuah kerajaan Maharaja Ryukyu di Jepun pada abad ke-15. Dalam Hikayat Hang Tuah pun ada sebut pasal pemergian Hang Tuah Ke Benua keling.. Panjang bebenor weh nak menaip.. tumpor le gini…

Menariknya, sejarah Hang Tuah melawat Vijayanagara,salah satu empayar terhebat dalam sejarah India telah dicatatkan dalam sejarah malah direkodkan dalam sebuah drama sejarah! Drama sejarah ini berdasarkan buku The Discovery of India oleh Jawaharlal Nehru, perdana menteri India yang pertama.

HUKUM KANUN MELAKA DI VATICAN
Sumber : Naskah Undang-Undang Melaka: Suatu Tinjauan LIAW YOCK FANG. Sari 25 (2007) 85-94.
Rencana ini menyimpulkan kajian penulis tentang teks Undang-Undang Melaka selama 35 tahun.
“ Pada tahun 1971, saya berangkat ke Leiden untuk mengkaji Undang-Undang Melaka dan telah menyelesaikan kajian itu pada tahun 1976 dengan mempertahankan tesis yang berjudul Undang-Undang Melaka: A Critical Edition (Liaw 1976). Tahun 1984, saya ke Leiden lagi untuk mengkaji Undang- Undang Laut, bahagian kedua Undang-Undang Melaka. Kini, tiga puluh lima tahun kemudian, kajian itu baru selesai dan diterbitkan Yayasan Karyawan di Kuala Lumpur sebagai karya agung Melayu dalam Siri Karya Agung (Liaw 2003). Dalam seminar ini, saya ingin menyimpulkan kajian saya selama tiga puluh lima tahun itu untuk pengetahuan umum”

Ada lebih daripada lima puluh naskah Undang-Undang Melaka. Naskah-naskah itu boleh dibahagikan kepada enam kumpulan, iaitu:
1. Undang-Undang Melaka Pokok
2. Undang-Undang Melaka versi Aceh
3. Undang-Undang Melaka versi Patani
4. Undang-Undang Melaka versi Panjang
5. Undang-Undang Melaka versi Islam dan Johor
6. Undang-Undang Melaka versi Fragmentaris

Undang-Undang Melaka yang kita kenal sekarang adalah teks hibrid. Teks asalnya yang merupakan peraturan diraja yang dikeluarkan Sultan Muhammad Syah (1422-144) itu telah ditambahkan peraturan yang dibuat Sultan Muzaffar Syah (1445-1458).
Selain itu, masih ada manuskrip yang tidak pernah disebut dalam manamana katalog naskah yang ada.
Yang dimaksudkan ialah Vatican Ind. IV Malakaans Wetboek van Zeerecht (Undang-Undang Laut). Tidak ada orang dapat menyangka bahawa bahagian kedua manuskrip ini adalah naskah Undang-Undang Melaka. Dalam kebanyakan naskah undang-undang yang terdiri atas dua bahagian, bahagian yang pertama adalah Undang-Undang Melaka dengan bahagian yang kedua merupakan Undang-Undang Laut.

Tetapi, naskah ini menempatkan Undang-Undang Laut sebagai bahagian pertama sehingga orang lupa keberadaan naskah ini. Sayangnya, naskah ini adalah naskah Undang undang Melaka yang terbaik dan dapat menjelaskan banyak kekaburan yang terdapat di dalam edisi Undang-Undang Melaka (Liaw 1976). Perbezaan naskah ini dengan naskah cetakan telah dijelaskan dalam seminar di Brunei (Liaw 1987).
Dalam konteks ini perlu disebut naskah Hukum Kanun Brunei. Ia adalah naskah yang tua, walaupun penyalinannya dibuat pada tahun 1243 H (1730 M). Sebagai naskah tua, ia mempunyai banyak bacaan yang baik, walaupun ada juga banyak bacaan yang rosak dan lacuna. Jadi, walaupun naskah ini sudah diterbitkan Mohd. Jamil al-Sufri Pehin Orang Kaya Dato Seri Utama Haji pada tahun 1973, saya juga sudah membaca transkripsi Hukum Kanun Brunei yang dibuat Mohd. Jamil Al-Suffri, saya tidak memberi banyak perhatian kepada naskah ini. Saya, seperti kebanyakan sarjana, menganggap naskah ini adalah saduran atau cedukan daripada Undang-Undang Melaka yang banyak itu. Hanya sesudah membaca naskah Vatican Ind. IV dan mendapatinya adalah naskah Undang-Undang Melaka yang tertua dan mengandungi satu teks undang-undang Melaka yang sangat baik, saya baru sedar bahawa Hukum Kanun Brunei dan naskah Vatican mungkin boleh dianggap semacam prototaip Undang-Undang Melaka. Ia dapat menjelaskan banyak hal yang tidak jelas dari teks Undang- Undang Melaka yang diterbitkan Liaw (1976).

Bayangkan, manuskrip paling tua undang-undang laut melayu ni dipegang oleh perpustakaan Paus katolic yang paling dark dan lejen yeop!!! (Pinjam ayat Cik Srikandi dengan sedikit pengubahsuaian hehehe…) Apa lagi nak dikate…

HANG TUAH BERTEMU LEONARDO DA VINCI?
Okeh, panjang sangat dah, tapi ni cerita last aku nak share. Ikutkan banyak lagi boleh cerita tapi aku dah penat.
Dua ahli akademik Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Rohaidah Kamaruddin dan Dr Hashim Musa mendedahkan maklumat terbaru dalam 'Wacana Manuskrip Melayu ― Hang Tuah: Daripada Mitos Kepada Fakta Sejarah'. Ianya catatan di dalam buku Notes of Leonardo da Vinci mengenai pertemuan antara da Vinci, pelukis potret tersohor Mona Lisa, dengan Hang Tuah antara 1503 hingga 1506.
Dalam catatan itu, lapor akhbar itu lagi, da Vinci menulis “saya melukis kenderaan selepas berjumpa dengan orang kaya Melaka” dan perkataan selepas itu tidak jelas sama ada disebut laksamana atau Hang Tuah.

Penemuan terbaru itu didedahkan Dr Rohaidah, pensyarah kanan Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM. Manakala Dr Hashim pula dilaporkan berkata surat tulisan Hang Tuah kepada Maharaja Ryukyu di Jepun pada abad ke-15 ditemui dalam dokumen rasmi Rekidai Hoan.


KESIMPULAN
Perkongsian artikel ini bukan menidakkan kehebatan kerajaan-kerajaan lain di Nusantara. Perkongsian ini bertujuan untuk menafikan sesetengah pihak yang terlalu membaca atau memandang sejarah dari segi emosi dan semangat etnik yang meluap-luap sehingga membuat dakwaan-dakwaan yang bersifat overclaim. Setiap kerajaan yang hebat di Nusantara ini ada kelebihan dan kekurangannya. Majapahit hebat, Acheh hebat, Johor hebat, kedah hebat, Pattani hebat sekadar menyebut beberapa nama. Semua otang mahu berbangga dengan sejarah masing2. Tapi jgn sampai overclaim..😜😜😜 menghina atau mengambil fakta yang salah.

Tak ada gunanya kita mahu membangkitkan semangat melayu jika kita mengagung2kan etnik sendiri sehingga menghina kerajaan etnik lain.
Copy and paste
27 Februari 2020 / 3 Rejab 1441H : 8.54 am

No comments:

Post a Comment