ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 6 February 2020

BERGONCANGNYA BUMI TAIF

Kredit: Abdul Salam Bin Hari
            FB RINDU HARAMAIN
Assalamualaikum semua, bertemu lagi.
Malamni Pakcik nak share sedikit
"KISAH PERJUANGAN HERO YANG KURANG DIDENDANG"
Sahabat pasti pernah dengar peristiwa Toif bergegar kan?
Sahabat pasti pernah dengar tentang peristiwa berdarah di Kota Taif kan?
Dan sahabat pasti pernah dengar tentang perjuangan dan kesabaran Banginda Rasullullah SAW menyebar Islam di kota Taif.
Tahukah sahabat bagaimana sambutan warga Taif ketika kehadiran batang tubuh Baginda Rasulullah? Ketika ini Islam sudah mula mekar di Kota Mekah tau.
"Demi Allah, aku tidak akan beriman kepada kamu selagi kelambu Kaabah tidak terkoyak"
"Apakah Allah sudah tiada pilihan lain untuk dilantik sebagai Rasul?"
"Demi Allah, aku tidak akan bercakap dengan kamu lagi"
Ini adalah 3 herdikan dari tiga ketua bani Thaqif, ketika permulaan Baginda Junjungan kita memasuki bumi Thaif memulakan dakwah luar Kota Mekah.
Sedih kan. Bukan itu sahaja. Ketiga pemimpin ini lantas mengumpulkan kanak-kanak nakal seluruh kota Taif. Satu kota okeh. Seluruh hokey. Budak-budak nakal ini dibariskan dalam dua barisan. Pemimpin mereka arahkan budak nakal ini membaling batu dan objek keras kepada Rasullullah jika Baginda memasuki kota Taif.
Benar, betul dan ianya nyata terjadi!! ketika Baginda masuk kota Taif, belumpun sempat Baginda bersuara, hujanan batu tepat ke batang tubuh baginda, sahabat baginda yang melindungi Baginda turut cedera dalam kisah ini. Peristiwa berdarah ini tercatat dalam sejarah kota Taif. Darah baginda mengalir dari kepala sehingga menitis ke kaki. Huhu ðŸ˜­.
Salam dapat bayangkan sambutan yang diterima oleh Baginda yang kita Sanjungi. Tidak habis setakat itu, setiap inci penghuni kota Taif membenci, mencaci, menghina dan menyakiti Baginda.
Panjang lebar dugaan dan cabaran yang terukir dalam lipatan sejarah ni. Oleh kerana terlalu penat, Baginda mengadu pada Allah
"YA ALLAH YA TUHANKU, KEPADAMU AKU MENGADU, HAL KELETIHAN TENAGAKU.
KEKURANGAN HELAHKU, KEHINAAN KU DI HADAPAN MANUSIA.
WAHAI TUHANKU YANG MAHA PENYAYANG LAGI MENGASIHI........"
Sahabat, bila Baginda mengadu maknanya berat sangat tanggungan yang dihadapi ketika itu kan. Sungguh tak tergambar kan kesedihan ini. Sahabat tahu kan, panjang doa Rasulullah mengadu dalam keadaan kesakitan dan keletihan.
Sehingga Allah kasihankan Baginda ðŸ˜­ðŸ˜­. Lalu memerintahkan Jibrail dan Malaikat penjaga gunung ganang datang bertemu Rasulullah dan tunaikan apa sahaja permintaan Baginda.
Jibril menawarkan jika Baginda mahu ditelengkupkan kota Taif dengan gunung ganang yang boleh meranapkan kaum Thaqif. Namun dengan sifat keRasulan Baginda, tenang saja jawapan. Biarla saya bersabar terhadap kaumku. Semoga dari zuriat mereka akan melahirkan insan yang beriman kepada Allah.
Baginda Rasullullah mendoakan kaum Taif. Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui. Begitu tinggi dan terpuji sifat Baginda kan. Asbab ini lah islam tersebar Luas. Sungguh Mulia hati mu Ya Rasulullah!
Banyak lagi kisah yang terpahat di kota Taif ini, kisah Utbah & Saibah, kisah Addas dari negeri Ninawa (iraq), rentetan sejarah perkembangan Islam sangat-sangat menarik untuk diterokai di kota Taif ini.
Kalau ditanya sama kah perasaan membaca dengan pi merasai sendiri pengalaman pijak kota Taif. Sudah semestinya tidak sekali kalinya sama beb.
Di bawah Salam sharekan sedikit memori ketika Salam melawat Kota Taif. Sayu rasanya hati Salam kerana bumi ini lah yang pernah Baginda dihina, di bumi inilah Baginda pernah dicerca dan di bumi ini jugalah baginda disakiti. Ya disakiti tanpa belas ehsan. Namun asbab kesabaran Baginda jugalah bumi Taif kini subur dan dipenuhi masyarakat muslim.
Antara yang sempat Salam lawati beberapa Masjid yang masih dibuka, Kilang pembuatan minyak wangi. Dapat lihat sendiri penyulingan wangian fewwwww.
Disamping itu kami sempat ke lokasi cable car, menikmati nasi arab dihidangkan santai ala masyarakat Badwi dan semestinya menikmati ais krim lazat dan buah-buahan segar tanah tinggi Taif.
Bagi yang ingin mengerjakan Umrah, jemaah akan di bawa Miqat di Masjid Qarnul Manazil. Masjid ini jugalah yang diumumkan oleh Mutawwif atau petugas airlines atau Pilot ketika pesawat melintasinya. Khusus bagi jemaah yang terbang dari Kuala Lumpur Ke Jeddah untuk melakukan Umrah dahulu.
Suhu di Taif adalah lebih sejuk berbanding Mekah dan Madinah, difahamkan kambing Taif juga antara kambing terbaik. Dan agak mahal berbanding kambing lain.
Kepada sahabat Salam yang berkemampuan mari kita ke Taif ya. Kita ziarah tempat ini. Besst sangat.
"Why perlu ditangguh, jika boleh pi sekarang"
sekian ringkasan kisah perjuangan Hero yang kurang didendang ðŸ˜­.
Copy and paste: 6/2/2020: 8.24 am

No comments:

Post a Comment