ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 11 February 2020

Afghanistan

Kredit Mohd Aznam Abdul Rahman
Image may contain: 1 person, close-up
Sebuah negara yang bolehlah dikatakan porak peranda lebih dari 3 dekad dengan kemasukan Soviet Union pada 1979. Afghanistan adalah sebuah negara berpenduduk hampir 100 peratus beragama Islam dari 31 juta rakyatnya.
80 peratus adalah Sunni dan selebihnya adalah bermazhab Syiah, islamiliyah dan lain2.

Wilayah ini adalah yang terawal menerima kedatangan Islam sejak abad ke 7 lagi. Semakin mekar ketika era Bani Umaiyah pimpinan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Sejak dari itu ianya tidak menoleh ke belakang lagi dan ketika era Bani Abbasiyah, Kabul adalah kota ilmu Islam yang kedua terpenting selepas Baghdad. Dari wilayah inilah Islam tersebar segar ke wilayah Asia Selatan
Afghanistan ada turun naiknya, Ketika era Monggol, memang wilayah ini jahanam dikerjalan oleh barbarian itu. Tetapi kemudiannya suku sakat Monggol ni, iaitu Timur (Tamerlane) yang kemudiaannya memeluk Islam, menaikkan wilayah ini semula dan menjadikannya sebuah empayar Islam terkuat di Asia tengah.
Pada abad ke 16, cucu-cicit Timur ini iaitu Babur menjadikan Asia Selatan sebagai empayar terkuat Islam dan dari situlah terbentuknya empayar Mogul (Mughal empire). Ini temasuklah wilayah Afghanistan sekarang ini. Afgaistan semakin mekar sebagai pusat ilmu dan juga pertahanan Mogul di utara.
Masuk ke era kolonial, British pula campurtangan dengan alasan nak menyekat kuasa Imperialis Rusia dari berkembang ke asia selatan (saja nak nyibuk je tu) walhal ketika itu afghanistan masih mempunyai raja mereka sendiri. Afghanistan tak mengalah lalu terjadilah peperangan pertama Anglo-Afghan pada 1842.
Peperangan ini menyaksikan kekalahan teruk British dengan casualtes seramai hampir 16 ribu di pihak British manakala 1500 di pihak Afghan. Cuma seorang survivor British yang kembali ke Jallalabad (HQ British), itu pun seorang pembantu perubatan tentera, William Brydo.
Kemudian pada 1878, sekali lagi peperangan Anglo-Afghan berlaku dan berakhir dengan kemenangan British tetapi dengan casualties yang cukup tinggi iaitu hampir 10 ribu di pihak British manakala 5 ribu di pihak Afghan, Selepas peperangan inilah, Afghanistan di masukkan ke dalam British Raj iaitu empayar Britain di benua India.
Tidak cukup dengan 2 perang, pejuang Afghan lawan lagi British dan terjadilah Anglo-Afghan War ketiga pada 1919 dan akhirnya kemenangan buat pejuang Afghan dan seterusnya Afghanistan merdeka dari Britain dan kerajaan beraja ditubuhkan kembali. (British claim dia menang perang ni). Semangat juang rakyat Afghan sememangnya tinggi.
Islam kembali kuat di Afghanistan walaupun ada ahli2 politiknya yang memperjuang secularism dan komunis. Tetapi pada 1978, parti komunis Afghan merampas kuasa dan presiden ketika itu iaitu Muhammad Daud Khan dan ahli keluarganya di bunuh. Rampasan kuasa ini dinamakan Saur Revolution. Muhammad Taraki yang pro USSR kemudiannya memerintah negara.
Dan dari sinilah bermulanya masalah yang tidak kunjung padam sehingga ke hari ini. Dengan dasar komunis Taraki ini, majoriti muslim di Afghanistan menentang Taraki dan bermulah penubuhan kumpulan pejuang2 mujahidin. Sampai ke satu tahap, kerajaan komunis Afgahnistan hampir kalah di tangan pejuang2 ini.
Dan akhirnya mereka menjemput Soviet Union untuk makan2 dan bersukaria di Afghanistan (inilah yang ditunggu2 oleh USSR). Dan pada 1979, invasion besar2an Soviet Union bermula. 100 ribu tentera Soviet melanggar Afghanstan. Hampir 10 tahun mereka menduduki Afghanistan. Tentangan lebih hebat diberikan oleh pejuang2 Mujahidin.
Nama2 pemimpin pejuang mula dikenali seperti Ahmad Shah Masood dan Gulbudin Hekmatyar. Lama kelamaan, USSR semakin terseksa dan benarlah seperti yang dikatakan, Afganistan ni seperti Vietnam bagi USSR. Akhrnya USSR tak tahan dan pada 1989 mereka dihalau keluar oleh pejuang2 mujahidin.
Hampir 20 ribu tentera Soviet terbunuh dan 50 ribu lebih lagi menjadi orang kurang upaya. Walaupun mangsa rakyat Afghanistan mencecah jutaan jiwa namun semangat juang mereka begitu tinggi. Lagi sekali Islam menjadi simbol negara setelah era komunis. Tapi kemudiannya perang saudara antara kumpulan2 pejuang Mujahidin ni berlaku tak habis2.
Akibat kebosanan yang amat sangat, satu kumpulan tiba2 bergerak naik dan ianya adalah sememangnya cukup kuat. Mereka itu adalah kumpulan Taliban yang pengkalan utamanya di sempadan Pakistan. Habis semua di belasahnya, menang pulak tu. Keseluruhan Afghanistan disatukan kecuali sebuah wilayah kecil kawasan Ahmad Shah Masood yang gagal ditembusi.
Walaupun pelbagai perkara buruk diperkatakan oleh media barat terhadap Taliban, Taliban sebenarnya telah banyak menstabilkan Afghanistan dari percakaran tak habis2 antara kumpulan2 mujahidin. Dan sekarang dengar2 citer, Nato pun sebagaimana tentera Soviet dan British dahulukala mengalami masalah besar di bumi Afganistan.
Gambar - Budak Afghan ini cukup terkenal setelah gambarnya terpampang di dalam sebuah majalah National Geographic, Pernah digelar Third World Monalisa. Namanya ialah Sharbat Gula.
Copy and paste:
11 Februari 2020 / 17 Jamadil Akhir 1441H : 4.59 pagi

No comments:

Post a Comment