ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 26 January 2020

TAZKIRAH - TAKUT KEPADA ALLAH

Credit to : Fizah Halim - Whatsapp Group Otai Greenwood Park

Kuliah subuh tadi telah memberi pencerahan  tentang maksud “takut kpd Allah” dan telah membawa kesan yg amat mendalam kpd saya dan ingin saya kongsikan bersama dgn mereka yg tiada berkesempatan utk hadir.

Antara intipatinya secara ringkas:

Jgn kita takut pada Allah kerana azab yang akan ditimpaNya atas dosa2 kita. Jangan kita prasangka buruk kpd Allah sbg tuhan yg akan mengazab dan menyiksa hamba2 Nya yg berdosa kerana kita seharusnya berpegang kpd hakikat Allah itu maha penyayang dan maha pengasih sifatNya - rujuk kpd surah alfatihah bermula dgn ayat bismillah dan fahami setiap patah ayat di dlm surah berkenaan.

Sebaliknya  apa yg patut kita takuti adalah jika Allah tidak lagi menyayangi dan mengasihi kita. Nauzubillah. Jika Allah tidak lagi mengasihi kita maka tiada lagi rahmat Allah yg dpt kita kecapi. Jika ini berlaku bagaimanakah keadaan dan nasib kita di alam akhirat nanti! 

Ustaz telah memberi cth bhw sejak kebelakangan ini kita telah byk mendengar dan melihat bala yg diturunkan Allah kpd hamba Nya dan yg terbaru wabak coronavirus. Namun itu terlalu sedikit bala yg diturunkan jika dibandingkan dgn kekuasaan Allah yg maha hebat yg mampu memusnahkan sesuatu kaum spt yg pernah Allah lakukan kpd kaum nabi luth, firaun dan pengikutnya, kaum tsamud dan kaum2 lain.  Allah maha berkuasa utk menurunkan azab siksaNya kpd mahluknya namun Allah masih tidak menurunkan azab siksa dan balanya di dunia yg fana ini pada tahap yg maksimum oleh kerana 3 sebab: 

1. Kerana Allah masih melihat ada hamba Nya yg masih menyembah Allah dalam kumpulan2 berjemaah di masjid2 dan surau2 di muka bumi Allah ini disamping berzikir secara berjemaah, bersama2 berkumpul di dlm majlis2 ilmu serta membaca quran secara berjemaah. Pendekata masih terdapat hamba2 Nya yang masih memakmurkan serta mengimarahkan rumah Allah.
2. Kerana Allah melihat masih ada hamba2 Nya yg berjemaah beramai2 di rumah Allah disamping beribadat kpd Allah melahirkan perasaan kasih sayang dan silaturahim yg penuh keikhlasan antara satu sama lain. Atau dgn kata lain ukhwah yg dibina atas dasar kasih sayang, hormat-menghormati, bersikap prihatin, memelihara adab di dlm persahabatan serta menutup aib org lain. Rasulllah saw pernah bersabda - “tidak msk syurga seseorg itu hanya dgn amalannya semata-mata”, maksudnya segalanya bergantung kpd kasih sayang Allah kpd hambanya sbg jaminan ke syurga Allah, beruntunglah mereka yg diselimuti dgn kasih sayang Allah dlm penghidupannya. 
3. Kerana Allah melihat masih ada hamba2Nya yg bangun pada sepertiga mlm dgn menyerah diri kpd Allah dgn penuh rasa keinsafan, kekusyukan dan keikhlasan memohon keampunan Nya, bersolat tahajjud, solat taubat dan membaca Al quran.

Semoga tazkirah ringkas ustaz pagi ini boleh beri sedikit menafaat pd kita, insyallah....
Copy and paste: 26 January 2020: 8.43 pm

No comments:

Post a Comment