ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 5 January 2020

KOTA GELANGGI-KOTA MELAYU PURBA YANG BERUSIA 1,200 TAHUN

Credit to: Amiruddin Spelony


Terletak di Gunung Panti,Kota Tinggi,Johor.
Kota Batu Hitam,The Lost Kingdom atau digelar "Box of Emerald" milik Empayar Agung Melayu-Srwijaya yang dipercayai dibina sekitar 650-900 Masihi malah lebih tua daripada Angkor Wat.
Ia mungkin menjadi kota Maritim yang pertama untuk Melayu-Sriwijaya dan kota ini ditakluk selepas Kerajan Melayu-Gangga Negara diserang di Beruas.
Ini merupakan deskripsi Raja Suran (Rajendran Cholavadman I) iaitu pemerintah Dinasti Chola yang datang dari India Selatan semasa melakukan penaklukan Kota Gelanggi pada 1025 Masihi:-
"Dari udara saya dapat melihat pembentukan yang kelihatan seperti satu set dinding ganda (Set double wall),melindungi kota dalam."
Berikut pula ada jumlah tentera Raja Suran yang terlampau ramai mengikut catatan Sulatus Salatin:-
"segala hutan belantara pun habis menjadi padang dan bumi pun bergetar seperti gempa dan gunung pun bergerak dan segala tanah yang tinggi-tinggi itu pun menjadi rata dan batu pun habis terpelantingan dan segala sungai pun habis kering jadi seperti lumpur“.
Dengan gambar-gambar tersebut cukup membuktikan bahawa kerajaan melayu-kuno dahulu mampu membina struktur kubu tembok kota yang kukuh dan sistematik.
Penasihat British, Dudley Francis Amelius Hervey (1849–1911),sendiri pernah lihat kota ini pada tahun 1881 dan Sir Richard Olof Winstedt (1878–1966) pernah dibawa ke kota itu oleh orang asli pada 1920.Seorang Pengembara,Gerald Gardner (1884–1964) juga pernah temui Kota Gelanggi.
Tapi beberapa ahli sejarah seperti Sweettenham (1885),Linehan (1936) dan Quartrich-Wales (1940) percaya lokasi Kota Gelanggi di Jerantut Pahang.
Manakala Winstedt (1932) dan Gardner (1932) memilih Hulu Sungai Johor.
Gambar pertama adalah salah satu pintu gerbang untuk memasuki kota gelanggi (kota batu hitam)
“Kota ini sangat besar,saya melihatnya sendiri kerana ia terletak berhampiran kampung saya. Saya menganggarkan kubunya kira-kira empat puluh kaki persegi, dengan tiga lubang seperti tingkap di sepanjang temboknya"
-Ketua Orang Asli headmen dari Linggiu Dam Tuk Batin Abdul Rahman (85).
Tuk Batin Daud (60),Tuk Batin Adong (58) dan orang-orangnya juga nampak kota yang berbatu warna hitam di sana dan mengakui seolah bangunan besar yang menutupi sebuah bukit.
Masih ada tamadun melayu misteri seperti kota purba di Tasik Chini dan piramid Melayu.

Copy and paste: 5/1/2020 : 12.37 pm

No comments:

Post a Comment