ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 12 December 2019

Pahlawan Sufi Dari Pahang

Dari FB Sengal Paranormal Team - SEPAT
Ketika Mat Kilau bersembunyi, beliau pernah menetap di Kg Penar Patani, semasa pelariannya, dengan nama Mat Siam. Hugh Clifford meminta Raja Siam mengarahkan Sultan Kelantan..iaitu Sultan Mansur supaya menyerahkan Mat Kilau, hidup atau mati kepadanya.
Kata Mat Kilau “ Saya pura-pura mati dan kamu boleh membawa ‘mayat’ saya dan menyerahkannya kepada Sultan Kelantan. Sultan boleh memaklumkan kepada Raja Siam yang saya telah meninggal dunia ketika bertempur!”
Kata Mat Kilau lagi : “ Itu mudah saja, kerana saya boleh buat ramuan untuk diminum, selepas meminumnya, saya akan pengsan selama dua hari. keadaan saya bagaikan orang mati. Kamu boleh bawa mayat saya kepada sultan, tetapi ada syarat dan jaminannya”
“Syaratnya, mayat saya mesti dibungkus dengan kain kuning, orang ramai boleh melihat dari jauh sahaja.Apabila sampai di tanah perkuburan,mayat saya boleh digantikan dengan batang pisang” kata Mat Kilau kepada Haji Abdullah serban hijau.. yang ditugaskan untuk menangkapnya, tetapi bertukar menjadi sahabat seperjuangannya, selepas menyaksikan Mat Kilau boleh ghaib didepan matanya sendiri!
“Jaminannya, ayah saya Tok Gajah dan Datuk Bahaman mesti berada disisi mayat saya hingga dibawa ke tanah perkuburan, anak-anak murid saya juga dibenarkan mengiringinya, itu sebagai jaminan saya tidak dikhianati”
Lalu Mat Kilau meminum ramuannya, dan pengsan lalu dianggap mati..diusung ke anjung istana negeri Kelantan, sambil disaksikan orang ramai.
Sultan mansur pun menghantar utusan ke Siam, dengan menyatakan mayat Mat Kilau sudah ada dan terbunuh ketika bertempur.
Raja Siam pun percaya lalu memaklumkan kepada Inggeris.
Sewaktu hendak menanamkan ‘mayat’ itu, tubuh Mat kilau dilarikan oleh anak-anak muridnya.. lalu mereka menggantikannya dengan batang pisang!
Namun rahsia itu terbocor oleh salah seorang muridnya, menyebabkan Raja Siam dan Inggeris sangat marah.
Pada mulanya siam mahu menyerang kelantan tetapi bila mendapat tahu Mat Kilau dan pengikutnya sanggup berjuang mempertahankan Kelantan.. Siam mulai kecut perut dan tidak jadi menyerang Kelantan.
Demi menjaga keamanan negeri kelantan , Mat Kilau pun berpindah ke Kg Pasir Nering.
Semasa di Kg Pasir Nering, Mat Kilau diserang Inggeris, satu peluru hinggap dibadannya ketika itu..yang mengoyakkan kulit belikatnya, tetapi tidak mampu menembusi daging dan tulangnya!
Rupa-rupanya salah seorang anak muridnya belot, dan membocorkan rahsia kepada Inggeris, bahawa tubuh Mat Kilau hanya lut dengan peluru emas sahaja!
Rupa-rupanya benar, selepas diperiksa peluru itu diperbuat dari emas tulen!!!
Bayangkan berapa butir peluru yang dibuat oleh inggeris, dengan menggunakan hasil bumi Pahang iaitu emas..semata-mata bagi membunuh pahlawan tanah air Pahang!!! Betapa jahatnya mereka!
Mat Kilau ketika dalam pelarian, mendapat perlindungan Tok Ku Paloh di Terengganu, sempat pula berguru dengan wali Allah dan Khalifah Tareqat Naqsyabandiah yang bergelar Qutubul Zaman itu!
Tokku Paloh menukar nama ayahnya Tok Gajah kepada Tok Fakir Lebai Salam, dan Mat kilau di sebut nama asalnya iaitu Muhammad!
Sekali lagi Mat kilau berpura-pura mati pada tahun 1895..untuk mengaburi mata siam dan inggeris, lalu mayatnya dikuburkan di Kampung Dalam Limau, Bunut Payung Kelantan.
Sultan Kelantan menggantikannya dengan batang pisang, lalu menyuruh Mat Kilau melarikan diri!
Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu, daripada dua orang tokoh ternama dari kedua-dua negeri..iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.
Mat Kilau juga agak mahir dengan ilmu hutan hingga boleh menyusup masuk ke Terengganu mahupun Kelantan..melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini, laluannya masih tetap digunakan, khususnya pencari gaharu.
Berita tergempar dari akhbar di seluruh Negara pada 1895 menyatakan “Ketua Penderhaka, iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam, pada bulan Oktober 1895 manakala..The Free Press pula menyatakan bahawa “Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditahan, akibatnya dia telah cedera parah di muka dan di kepalanya. Oleh kerana luka-luka itu sangat parah, maka dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah”.
Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press pada 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum, tamatlah sudah riwayat seorang pejuang terbilang ini , akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku.. tidak diketahui orang ramai, kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.
Disebabkan Mat Kilau dianggap sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah beliau mengasingkan diri, serta berpindah dari satu tempat ke satu tempat, dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.
Semenjak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali, dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada masa itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778..dan bernama Mohamad bin Ibrahim, supaya memperkenalkan dirinya yang sebenar.
26.12.1969 pada hari Jumaat, selepas Solat Jumaat, Mat Kilau membuat Pengisytiharan dirinya di masjid Kampung Pulau Tawar, setelah sekian lama menukar namanya sebagai Mat Siam, kerana memegang amanah Almarhum Sultan Abdullah.
Seluruh rakyat Malaysia terkejut dan terharu mendengar berita menggemparkan itu .
Hati seluruh rakyat Malaysia berdebar-debar menanti keputusan “Ahli Jawatankuasa Menyiasat Mat Kilau” yang dilantik oleh kerajaan negeri Pahang.
Akhirnya, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan.. dan disahkan sebagai Mat Kilau yang sebenar, oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd She
Oleh itu maka sahlah, Mat Siam itu adalah Mat Kilau, anak kepada Imam Rasul atau Tok Gajah Pendekar Pahang yang terbilang itu!
Akhirnya, pada tanggal 16 ogos 1970, Pendekar Sufi terbilang ini telah menghembuskan nafas terakhirnya.. dan disemadikan di tanah perkuburan Pulau Tawar bersebelahan dengan kubur ibunya Teh Mahada, atas wasiat Mat Kilau sendiri sementara ayahnya telah meninggal dunia dalam pelarian, dan dikuburkan di kampung Pasir Nering Trengganu.
Sempena mengingati pemergiannya menemui Tuhannya 50 tahun yang lalu, setelah berjuang dan berkorban melawan musuh islam.. iaitu penjajah Inggeris dan Siam, marilah kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada beliau!
Kata-kata semangat Mat Kilau, untuk renungan anak bangsa :
“Aku rela mati semasa bertempur dengan penjajah daripada menyerah dan mati di tali gantung mereka!”
"Jagalah Agama , Jagalah Bangsa dan Jagalah Negara . Jangan Sampai Bangsa Ku Tiada Negara."
Copy and paste: 12/12/2019: 3.16 pm

No comments:

Post a Comment