ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 21 December 2019

Kelebihan penuntut ilmu khasnya ilmu Al Quran

1)    Sebaik-baik manusia ialah yang belajar dan mengajar Al-Quran. 

2)    Ahli Al-Quran adalah insan yang harus diperlumbai amalannya kerena tiada amalan yg lebih mulia dari membaca Al-Quran.

3)    Yang mahir dengan Al-Quran akan bersama dengan para malaikat yang termulia dan para nabi ‘alaihimussalaam.

4)    Pembaca Al-Quran diibaratkan seperti limau yang manis yang   mempunyai bau & rasa yang enak iaitu disukai ramai.

5)    Darjat dan tingkatan syurga untuk ahli Al-Quran ialah sebanyak mana ayat yang dibaca sewaktu di dunia

6)   Pembaca Al-Quran yang terbaik ialah bacaannya menandakan yang ianya takutkan Allah.

7)   Pendamping Al-Quran akan dipakaikan mahkota dan pakaian serta mendapat kemuliaan dan akan mendapat keredhoan Allah Ta'ala.
      
8)  Sebanyak mana seseorang itu menghafal Al-Quran sebanyak itulah ia telah menerima wahyu cuma bezanya ianya bukan nabi.

9)   Hafiz Al-Quran dapat memberi syafa’at untuk masuk syurga kepada 10 orang dari ahli keluarganya yang telah wajib masuk neraka.

10) Barangsiapa yang beramal dengan al-Quran maka akan terselamat dari kesesatan di dunia dan kesusahan di akhirat.

11) Pendengar kepada bacaan Al-Quran ialah orang yang paling cepat  mendapat rahmat dari Allah.

12) Pembacanya tidak digolongkan dalam kalangan orang-orang yang lalai.

13) Pembaca yang bertajwid sempurna dapat 70 *pahala* bagi setiap huruf (70×340 740= 23851800) berbanding yang baca secara biasa.

14) Pembaca yang ikut hukum tajwid dapat pahala syahid.

15) Allah berbual dengan pembaca Al-Quran.

16) Manusia yang paling dicintai Allah ialah mereka yang paling pandai dalam ilmu Al-Quran.

17) Pembaca yang tahu makna Al-Quran adalah lebih mulia dari yang tidak memahami isi kandungannya.

Kongsikan kepada orang-orang yang anda sayangi...!! 😊
Copy and paste from Whatsapp
21/12/2019: 7.38 am

No comments:

Post a Comment