ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 13 December 2019

JANGANLAH ROSAK BUAH PINGGANG

Peringatan yang baik untuk kita semua. 
Oleh Cikgu Ghani (mninggal dunia bbrp hari lalu)

Setiap hari Ahad, Selasa dan Khamis, saya wajib hadir di Hospital Pakar Metro, menambat diri selama 4 jam di kerusi dailisis ditemani misi yang mengulang pertanyaan sekali sekala "Pak Cik ok ka?"

Satu pertanyaan routine untuk kepastian pesakit dailisis seperti saya tiada masalah.

Tusukan dua jarum sebesar dawai pagar yang melekat di lengan menelan semua nikmat hidup, aliran darah serta denyutan pedih sudah menjadi mainan demi kelangsungan hidup. 

Tetapi itulah satu satunya jalan yang ada. 

Ketika orang lain berebut meninggalkan rumah untuk ke tempat kerja, saya dan isteri  memandu ke hospital.

Rasa takut sudah lama dihumban jauh demi kelangsungan hidup saya yang ibarat berulang membeli kehidupan sehari dengan nilai tinggi RM200.

Jika tidak dibuat dailisis, insyaAllah dalam seminggu berpindahlah jasad ini ke alam  kubur. Itulah routine hidup saya dan isteri serta anak 3 kali seminggu.

Yang sakit seorang, yang terseret, anak dan isteri kerana menghantar dan menjemput. Seluruh jadual hidup keluarga telah berubah.

Ambillah pengajaran, kawal pengambilan gula untuk mengelak kencing manis yang merosakkan buah pinggang. Kawal tekanan darah yang juga menjadi punca kerosakan buah pinggang.

Ambil insulin jika anda telah terkena daibetes untuk mengelak kerosakan buah pinggang kerana menelan ubat yang lama akan membeban dan merosakkan buah pinggang.

Kos rawatan yang amat tinggi (setahun RM32000) jika anda tidak dibayai kerajaan, perkeso atau insuran hayat. 

Pada pembaca saya, ingatlah kami pesakit kegagalan buah pinggang membeli hidup dengan harga yang mahal sehari RM200 dan ditambat dikerusi selama 4 jam tanpa berubah.

Anda menikmati hidup percuma, tidak berbayar, tidak ditambat dikerusi, bangun pagi, lihat sinar mentari, berfikir untuk makan apa, buat apa yang di suka.

Kami bangun pagi makan kena pilih, banyak yang tidak boleh, air sekadar sebotol mineral kecil untuk sehari, esok ke hospital lagi menadah lengan kepada misi.

Manfaatkanlah waktu sihat dengan ibadat, jangan lupa, suatu hari mungkin anda juga akan mengisi kerusi dailisis ini jika makan ikut menurut hati.

Kepada rakan dailisis, buat apa menyambung hidup jika hanya untuk makan dan rehat sahaja, gunakanlah sehari yang dibeli dengan harga yang mahal itu dengan beribadat untuk kembali kepada Allah.

Maafkan saya, kali ini menulis cerita diri. Bukan minta simpati tetapi saya mengharap bait-bait kata saya ini menjadi satu peringatan kerana firman Allah 'berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu berguna'.

Yang telah ada diabetes, high blood pressure, patuhilah nasihat doktor. Sesungguhnya penyakit ini akan menyusahkan diri dan menyusahkan anak isteri/suami.

Menjadi ujian yang berat kepada mereka dan saya melihat banyak anak yang gagal mengharunginya, membiar ayah ibu dihantar oleh pemandu teksi atau grab ke hospital, tidak ditemani semasa dailisis dan....

ABD GHANI HARON

Copy and paste: 13/12/2019: 3.26 pm

No comments:

Post a Comment