ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 22 November 2019

Tamadun Bangsa Melayu diiktiraf dunia.


Tamadun Sungai Batu kini usianya sampai 3000(788SM) tahun sama timeline dengan Tamadun China dan Rom.
Perindustrian mega eksport besi ke seluruh dunia di Sungai Batu telah tercatat didalam tulisan lama.
Tamadun Sungai Batu ada 2 juta Tuyere dan ada berpuluh tapak Peleburan Besi dibina.
Pedang Qalai dari Sungai Batu adalah antara besi terbaik di dunia sebaris dengan pedang buatan Damascus yang patut Melayu bangga.
Tamadun Sungai Batu siap ada teknologi atap genting sampai Kapten James Low (Kaunselor British di Pulau Pinang) pada tahun 1864 pun terkejut apabila melihat perkara tersebut.
Melayu Sungai Batu boleh bina atap genting 3000 tahun dahulu!
Mitos mengatakan bahawa pada zaman dahulu orang Melayu hanya tinggal di rumah-rumah beratapkan nipah atau daun rumbia sahaja. Atap genting hanya diperkenalkan ketika zaman imperialisme Barat. Khabar angin ini telah berjaya meletakkan dirinya dengan begitu selesa di dalam pembikinan buku-buku sejarah,drama-drama Melayu dan filem-filem. Persoalannya,benarkah begitu?
Penemuan beratus-ratus serpihan atap genting di Tapak Arkeologi Sungai Batu dewasa ini telah menimbulkan satu fenomena baru dan menimbulkan tandatanya; adakah benar orang Melayu tahu tentang atap genting hanya setelah kedatangan orang Barat?
Aplikasi atap genting dalam peradaban manusia setakat ini dari bukti arkeologi telah disahkan seawal kira-kira 3000 tahun sebelum Masehi di Greek Purba. Kemudian atap-atap genting telah popular digunakan pada bangunan-bangunan kerajaan dan rumah-rumah bangsawan serta orang kaya. Tamadun Sungai Batu dari siasatan arkeologi telah menggunakan atap genting dengan struktur bangunan menggunakan batu-bata dan profesion industri perkilangan besi yang berjaya sekitar pemerintahan Darius I di Parsi. Adakah ia benar-benar ‘cerita hikayat’ yang keluar dari blackhole sejarah Melayu.
JIKA kita melihat mitos dan dongeng di dalam majoriti buku-buku sejarah pada hari ini,kita acapkali membaca tentang rumah-rumah beratap rumbia dan melihat bukan sahaja rumah bahkan istana raja Melayu yang buruk dengan hanya beratapkan nipah atau himpunan daun-daun rumbia sahaja berlonggok di atas atap. Mungkin foto zaman imperialisme itu menceritakan situasi yang benar ketika itu pada lokasi tertentu,namun adakah benar persepsi bahawa orang Melayu dan tamadunnya langsung tidak mengenal atau tahu membuat atap genting?
Penemuan batu-bata dan atap genting oleh pasukan arkeologi di bawah Pengarah PPAG, Profesor Dr. Mokhtar Saidin telah menyembuhkan penyakit dongeng dan tahyul yang sekian lama bersarang di dalam minda khasnya di kalangan orang Melayu sendiri.
Penemuan yang agak memeranjatkan pasukan arkeologi tersebut apabila terdapat tapak-tapak yang mendedahkan struktur binaan yang berupa lantai yang disusun selari arah utara, dengan bata yang bersaiz besar dan tebal sesuai sebagai lantai pelantar di tepi sungai.Kajian struktur dan analisis tapak tanah di kawasan ini pula mendapati tiga lapisan kandungan tanah berselut membuktikan sungai pernah berada di tapak itu pada suatu masa dulu.
Anda boleh membayangkan suasana penempatan ketika itu seperti intro di dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios dengan rumah-rumah beratap genting. Cumanya di sana tidak ditunjukkan jeti-jeti beratap genting dan bangunan pentadbiran yang dibina dari batu-bata.
Menurut pengarah PPAG itu lagi,terdapat satu lokasi yang mempunyai kawasan hitam dengan batu-bata, tuyere dan juga sisa besi. Kawasan ini berkemungkinan pernah berlaku aktiviti pembakaran pada masa dahulu.Sehingga kini, sebanyak 2,000,000 tuyere, iaitu alat bagi menghasilkan besi yang merupakan teknologi pada abad ke-2 telahpun diguna bagi mengepam angin di dalam relau untuk menghidupkan api.
Dalam sejarah,penggunaan atap genting telah ditemui dalam budaya negarakota Greek seperti pembinaan Kuil Apollo dan Poseidon seawal 700 tahun sebelum Masehi menerusi rekod-rekod bertulis. Rekod arkeologi pula ialah seawal 3000 tahun Sebelum Masehi di Greek Purba dan sekitar 1000 tahun Sebelum Masehi di China ketika Dinasti Zhou.
Penggunaan atap genting kadangkala adalah lambang kemewahan dan status pemiliknya. Orang yang mampu menempah atap genting dan minta dipasangkan ke rumahnya bukanlah calang-calang orang di dalam masyarakatnya. Mitos-mitos yang dipaksakan kepada kita selama ini adalah teknologi atap genting diperkenalkan Barat. Namun atap genting siapa pula yang ditemui pasukan arkeologi di Sungai Batu?
Adakah ia milik rumah pegawai-pegawai British? Mengapa dibina jauh ke Sungai Batu yang ketika itu adalah hutan rimba? Namun pentarikhan dijalankan di beberapa makmal termasuklah di Beta Analytic Lab di Amerika Syarikat, Universiti Oxford, Universiti Washington dan Institut Sains Asas Korea menerusi kaedah Radio Karbon dan OSL (Optically Stimulated Luminescence) telah menjelaskan cerita sebenar di sebaliknya. Ia bukan milik zaman imperialisme malah bukan milik peradaban Inggeris yang ketika itu masih belum wujud sebagai entiti Englishmen. Bahasa pun masih pekat bernuansa Jerman Kuno.
Menariknya, jika anda ke Tapak Arkeologi Sungai Batu hari ini, anda berpeluang melihat sendiri serpihan-serpihan tersebut. Bagaimana rupanya bangunan atau rumah pada abad-abad sebelum Masehi di Kedah? Ini seakan-akan cerita-ceriti hikayat yang akan membuatkan pendengar pada zaman penjajahan akan terawang-awang mendengar ada kerajaan-kerajaan kayangan yang amat mewah dengan rumah-rumah berdinding batu dan beratap genting.
Hari ini, kita tahu dimanakah salah satu ‘kerajaan kayangan’ itu.

Kredit ayat kepada tuan @amiruddin spelony dan Cik @srikandi.
Copy and paste: 22/11/2019 : 9.31 am

No comments:

Post a Comment