ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 6 October 2019

Asal-usul Mereka Berfikiran Negatif Kepada Melayu & Sejarahnya

Srikandi
FB Kebangkita Bani Jawi (Nusantara)

Jika diperhatikan, pihak yang menuduh Melayu tak menggunakan akal itu adalah orang yang sama mendongengkan Hang Tuah dan orang yang sama menuduh Sulalatus Salatin 'copy-paste' Hikayat Raja-raja Pasai. Yeah.... dia satu pakej. Mesti jadi macam tu sebab dia bermula dari mindset negatif terhadap orang Melayu dan sejarahnya. Bila yang di dalam negatif, maka output semua negatif atau cenderung negatif.
Tapi orang Melayu tak suka dibodoh-bodohkan lagi. Mereka sudah bosan bila orang yang perasan bagus menekan dan menindas intelektual mereka sejak zaman penjajahan. Mereka mahu bangkit dan 'move on' seperti bangsa-bangsa maju yang lain.
Artikel semalam menjadi tular hasil dari lonjakan perasaan orang Melayu menentang pembodohan zaman kolonial ini. Terima kasih semua!
Okay, ini garismasa ringkas bagaimana 'profesor Melayu' itu dan kuncu-kuncunya terperangkap dengan pemikiran negatif pasal Melayu.
1) Sebelum era kolonial Eropah:
- Melayu sudah berkerajaan, bina kota, istana, buka perdagangan, buka pasar-pasar, buat jaringan perdagangan, bina bisnes maritim yang berjaya di Selat Melaka. Memiliki tradisi berdagang yang diiktiraf dunia.
2) Ketika era kolonial Eropah
- Penjajah terutamanya Belanda dan British mengamalkan dasar monopoli. British menekan pribumi Melayu supaya tidak menjalankan aktiviti ekonomi besar-besaran. Melayu hanya bersawah saja dengan had tertentu, tidak dibenarkan buka ladang besar. Polisi tahun 1930-an dibentuk supaya orang Melayu tidak mampu bersaing dengan bangsa lain dalam hal ekonomi. Ini supaya orang Melayu sebagai majoriti kekal lemah, tidak mampu melawan imperialisme British.
Rujuk tulisan Dr. Muhammed Abdul Khalid dalam bukunya 'The Colour of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia'.
3) Selepas beberapa generasi, orang Melayu hilang tradisi berniaga dan berdagang....
4) Bila hilang tradisi berniaga dan berdagang, ditindas dan ditekan-tekan lagi, orang Melayu menjadi lemah dan pasrah dengan apa yang terjadi. Ekonomi mereka menjadi lemah. Semangat berdagang mereka dihakis perlahan-lahan. Ekonomi mereka dipenjara, tidak boleh mengembangkan usaha-usaha ekonomi mereka ke tahap lebih besar dan moden. Maka modal berniaga tidak ada, jika mahu kena pinjam dengan ceti. Maka tanah digadai. Maka ceti mengenakan bunga yang terlampau tinggi. Tak mampu bayar sehingga semua tanah jadi milik orang lain.
Maka, rata-ratanya mereka 'move on' dengan meneruskan ekonomi sara diri kais pagi makan pagi kais petang makan petang. British telah mendiskriminasi mereka untuk tidak menceburkan diri ke dalam ekonomi moden, yang mana diberi kepada kaum lain, yakni 'tongkat' dari British.
5) Bila seluruhnya sistem sosioekonomi Melayu menjadi sempit dan terbangsat, para penulis penjajah dengan senang hati menuliskan bahawa orang Melayu itu pemalas dan kurang guna akal. Orang Melayu hanya tahu meniru dan tidak punya tamadun hebat.
Propaganda ini dibebankan lagi kepada minda dan psikologi Melayu supaya mereka kekal lemah dan kekal tunduk menyerah kepada tuan penjajah.
6) Pandangan ini kemudiannya diturunkan kepada orang Melayu yang percaya bulat-bulat. Diperturunkan lagi... dan lagi sehingga dibaca oleh pelajar sejarah sebelum merdeka atau sekitar pascamerdeka.
7) Pelajar sejarah (kemudiannya menjadi 'pakar') yang percaya 'mitos' ini akan setup penulisannya berpaksikan premis-premis negatif pasal Melayu. Jika Melayu ada karya maka dituduh meniru karya lain. Jika Melayu ada tokohnya sendiri, dituduh itu dongeng. Jika ada watak negatif dalam karya yang sama, maka watak itu dikatakan pula wujud! Bukan dongeng! Ini ajaib!
Justifikasi negatif kepada seluruh orang Melayu hanya dibuat berdasarkan permainan linguistik, jargon-jargon dan filologi sahaja, dari dalam bilik berhawa dingin. Ini berbeza dengan Prof. John N. Miksic yang menemui nilai-nilai positif dalam karya agung Melayu (Sulalatus Salatin contohnya) dan diri orang Melayu sendiri berdasarkan kerja-kerja lapangan, ekskavasi dan penyelidikan yang mendalam dari pelbagai sumber.
Niche penulisan orang itu sepertinya gaya Paizal Irani, bezanya dia ambil part mendongengkan watak-watak positif dalam karya-karya agung Melayu, menafikan hal-hal yang positif dalam sejarah Melayu. Si Paizal Irani pulak bekerja pagi ke malam untuk mengangkat watak-watak NEGATIF dalam karya-karya agung Melayu sebagai BENAR (hairannya, tidak dongeng pula!) dan dijadikan justifikasi kepada seluruh orang Melayu tentang hal-hal yang negatif itu.
Jika ditanyakan tentang pencapaian, maka dirumuskan Melayu itu malas dan tidak menggunakan akal.
Begitulah cara saka penjajah diternak. Orang Melayu mesti belajar perkara-perkara aneh dan ajaib seperti ini supaya tidak ditipu lagi dan penat mengulang sejarah pahit.
~Srikandi
"كقواتن دري سجاره"

Copy and paste: 6 Oktober 2019 : 5.11 PM

No comments:

Post a Comment