ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 13 September 2019

THE PATRIOTS MENJAWAB PENYELEWENGAN SEJARAH MELAYU OLEH SITI SIFAJEE

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada cik Siti Sifajee Kami terpanggil untuk menjawab sebuah percubaan penyelewengan SEJARAH MELAYU yang cuba dibangkitkan oleh pihak cik dalam menyatakan bahawa MELAYU INI PENDATANG. Hakikatnya, Melayu memang bumiputera di tanah ini, namun hakikat itu bukanlah ingin mengatakan bahawa bangsa lain tidak mempunyai hak langsung.

Saudari HARUS MALU dalam menyebarkan SEJARAH yang entah diambil dari cerok yang mana pun kami tak tahu. Dalam usaha kami menyebarkan sejarah bangsa yang sebenarnya, masih ada lagi spesis yang seperti saudari yang tidak habis-habis cuba untuk melakarkan KISAH DONGENG lalu diletak label bahawa ianya ialah sejarah sebenar.
Pertama, ingin saya tegaskan di sini bahawa Parameswara adalah dari keturunan Srivijaya, yang merupakan keturunan raja-raja pemerintah Singapura Purba. Dari susur galur Parameswara, ianya bersambung dengan raja-raja hebat zaman Srivijaya dahulu.
Apakah hanya kerana nama PARAMESWARA itu daripada BAHASA SANSKRIT, maka terus dilabelkan bahawa dia adalah seorang TAMIL ataupun INDIA? Kalian fikir Hindu itu melambangkan India, bukannya bangsa lain? Tahukah kalian mazhab Huindu di Nusantara ini jauh berbeza dengan Hindu dari negara kalian. Pernah ke Bali? Apakah mereka itu adalah orang India? Tidak… mereka tetap Melayu yang beragama Hindu.
Apa masalahnya Parameswara itu beragama Hindu?Adakah sebarang tinggalan sejarah atau nama tokoh di Nusantara ini yang mempunyai unsur agama Hindu,maka terus dilabelkan sebagai tinggalan orang India?
Jika diikutkan Parameswara berasal dari perkataan bahasa Sanskrit yang membawa maksud tuan berkuasa(mighty lord).Parameswara juga merupakan salah satu daripada gelaran Dewa Shiva,salah satu tuhan dalam kepercayaan agama Hindu.
Ada pendapat mengatakan Parameswara itu sebenarnya hanyalah nama gelaran sahaja,bukannya nama mutlak raja tersebut.Parameswara adalah gelaran yang banyak digunakan oleh raja-raja Melayu dahulukala.Tidak dapat dipastikan nama sebenar tokoh Parameswara yang mengasaskan Melaka itu,namun dalam Sulalatus Salatin,pengasas Melaka dinamakan sebagai Raja Iskandar Shah.
Gelaran Parameswara juga digunakan oleh pemerintah keempat Melaka,Sultan Abu Syahid yang memakai gelaran Sri Parameswara Dewa Syah.Moyang kepada Parameswara iatu Sang Nila Utama (pengasas Singapura) juga memakai nama gelaran Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana.
Tetapi,walaupun Parameswara atau moyangnya beragama Hindu atau memakai nama gelaran berunsur Hindu sekalipun,itu tidak mengubah bangsanya.Baginda tetap raja berketurunan MELAYU.
Dan untuk pengetahuan saudari juga,amalan keagamaan dan kepercayaan Hindu di Kepulauan Melayu terdapat perbezaan berbanding amalan kepercayaan orang Hindu di India.Jika tidak percaya,silalah melawat ke Pulau Bali.
Untuk pengetahuan saudari,pengamalan kebudayaan India di alam Melayu dalam seni ukiran,kebudayaan,agama dan seni bina ukan bermaksud orang Melayu zaman dahulu tidak ada budayanya sendiri,sehingga mencuri budaya dari India.
Kebudayaan India yang ada di Alam Melayu ini bukan dibawa melalui proses penaklukan oleh kuasa dari India atau sebagainya,namun dijemput sendiri oleh masyarakat setempat kemudian menyesuaikannya dengan kebudayaan tempatan.
Menurut Prof.Nik Hassan Shuhaimi,berdasrkan kajiannya,proses INDIANISASI yang berlaku pada orang Melayu dahulu seharusnya ditukar kepada proses PEMBUMIPUTERAAN KEBUDAYAAN INDIA,kerana orang Melayu dahulu bukannya mengamalkan 100% amalan kebudayaan yang dibawa dari India pada masa itu.
Seperti itu juga yang berlaku ketika kemasukan Islam ke Asia Tenggara dahulu,walaupun orang Melayu ada sedikit mengambil sesetengah amalan kebudayaan dari orang Arab,namun ada antarannya disesuaikan mengikut kebudayaan setempat dan tidaklah diamalkan 100% pun.
Kenyataan yang paling kelakar daripada saudari adalah mengatakan bahawa PARAMESWARA menyerang MELAKA. Itu sangat kelakar. Bagaimana Parameswara boleh menyerang Melaka sedangkan Melaka adalah diasaskan oleh Parameswara? Ini satu kenyataan yang paling tak masuk akal, dan oh ya, ISLAM itu datang ke sini atas USAHA ORANG MELAYU ITU SENDIRI ya saudari? Jangan nak buat cerita DONGENG lagi. Mari saya ajar saudari sejarah sebenar.
Antara rekod terawal kemasukan Islam ke sini ialah seawal abad ketujuh Masihi lagi, beratus tahun sebelum Parameswara mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka. Maharaja Indravarman (NAMA TAK MENUNJUKKAN BANGSA) adalah seorang Maharaja Melayu daripada EMPAYAR MELAYU SRIVIJAYA yang berdiri seawal abad ketujuh Masihi lagi pernah mengirimkan surat kepada Khalifah Umar Abdul Aziz menyuruh menghantarkan surat kepada KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ.
Isi surat itu adalah seperti berikut:
““Dari raja kepada Raja yang berketurunan dari seribu raja, yang kandangnya dipenuhi dengan beribu gajah dan kawasan taklukannya adalah dua sungai yang mengairi tanam-tanaman, wangi-wangian, pohon pala dan kapur wangi, yang wangiannya semerbak sehingga 12 batu jauhnya… kepada raja Arab, yang tidak menyekutukan tuhan dari tuhan yang satu. Beta telah menghantar hadiah, yang tidak seberapa sebagai tanda persahabatan dan beta harap agar anda menghantar seseorang yang dapat mengajarkan ajaran Islam serta menunjukkan undang-undangnya.”
Kesimpulan daripada artikel ini, saya pelik mentaliti sesetengah masyarakat tamil dan orang BUTA SEJARAH macam SITI SIFAJEE di Malaysia. Mentaliti agama melambangkan bangsa? Kalau macam tu, saya cabar mana-mana sami agama Hindu Malaysia ke Bali, sana ada lagi orang rumpun Melayu yang masih menganut agama Hindu.
Apakah orang Tamil Hindu di Malaysia kenal siapakah itu Sang Hyang Widhi Wasa? Itu nama tuhan Hindu orang Bali. Pernah dengar tak mengenai kasta-kasta yang ada dalam pengganut Hindu Bali? Antaranya ialah pedanda dan pemangku? Pernah dengar? Kasta paling tinggi Bali ialah Brahma dan paling rendah ialah Sudra.
Hari raya masyarakat Bali yang beragama Hindu adalah seperti berikut Galungan, Kuningan, Saraswati, Banyupinaruh, Siwarti, Nyepi. Bahkan kalendar yang digunakan oleh mereka adalah Kalendar Saka dan Wewaran. Ada tak mana-mana pengganut Hindu di Malaysia atau India menyambut perayaan yang seperti mereka? Menggunakan kalendar seperti mereka?
Kenapa saya sebut Bali? Kebudayaan dan cara hidup orang Hindu Bali ialah gambaran kasar Melayu ketika zaman Srivijaya, Gangga Negara, Langkasuka, Champa, Chih Tu, zaman ketika Islam belum masuk. Itu juga gambaran bahawa HINDU BUKAN MENGGAMBARKAN ORANG TAMIL ATAU INDIA sahaja.
Terus, kenapa mereka terus menerus mendakwa bahawa kerajaan Melayu Pra-Islam itu sebagai kerajaan milik orang Tamil dan India?
Terlalu terdesak sangatkah?
FB THE PATRIOTS
13.9.2019: 10.09 PM

No comments:

Post a Comment