ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 13 September 2019

TAMADUN PURBA - KEDAH TUA (1)

Oleh : Izzudin Al Jitrawiy

Kerajaan Kesultanan Kedah adalah kerajaan yang diiktiraf sebagai kesultanan yang tertua di dunia. Semenjak Phra Ong Mahawangsa Durbar Raja II, Raja Kedah yang ke-9 memeluk islam dan menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Syah I pada Tahun 1136 M, nasabnya kekal sehingga kini iaitu Yang Dipertuan Agong sekarang, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Syah inbi Al-Marhum Sultan Badlisyah, Sultan Kedah yang ke-27.
Namun, sejarah negara Kedah amatlah jauh. Jauh lebih lama daripada zaman Kesultanan Kedah. Ia bukan bermula dengan Merong Mahawangsa ataupun Maharaja Durbar Raja I. Merong Mahawangsa berkemungkinan adalah pahlawan dan nakhoda melayu daripada zaman Heraclius atau Heraclonas, dua pemerintah bersama dalam empayar Rom Timur (Bizantine). Selepas kejayaan mengalahkan Parsi (Perang dengan Khosrau II), Mungkin Heraclius menghantar Merong Mahawangsa sebagai jurumudi dan kapten pelayaran ke China, untuk mengahwinkan putranya dengan putri Raja China di sebuah tempat yang dinamakan Langkasuka, kawasan pertemuan di antara dunia timur dan dunia barat. Namun, tiada maklumat sejarah dari Roman, Byzantine mahupun Parsi yang merekodkan perkahwinan tersebut. Misi terahsia ke Timur.
Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, Merong Mahawangsa dikatakan belayar membawa Anak Raja Rom yang ingin dikahwinkan dengan Anak Raja Cina. Lalu, rombongan perkahwinan mereka diserang oleh Garuda, burung yang sangat besar dan memusnahkan bahtera-bahtera mereka. Lalu mereka berteduh di Langkasuka dan menukarkan negeri mereka kepada Negeri Kedah Zamin Tua. Merong Mahawangsa adalah Raja Kedah yang asal, tetapi memencilkan diri sehingga ke Byzantine. Setelah Kedah Zamin Tua ini aman dari Garuda, Barulah Merong pulang semula ke Rom setelah merajakan Merong Mahadipusat, anakanda baginda di Kedah. Rekod dari negara China menunjukkan Chieh-Cha (Kedah) menghantarkan utusan ke negara China ialah pada tahun 638 M.
Hikayat Merong Mahawangsa Durbar Raja I adalah zaman di mana Kedah telah menjadi sebuah Kotaraya yang makmur. Baginda menjadi raja, setelah lebih kurang 1000 tahun Kedah menjadi sebuah negara. Sebelum Merong menaiki takhta, Kedah sudahpun melalui pelbagai onak duri dan ranjau selama 1000 tahun, dan telah menjadi pengeksport utama besi dan emas ke serata dunia.
Lalu, siapakah raja dan empayar terdahulu daripada Merong Mahawangsa dan bagaimana dengan mudahnya Merong Mahawangsa mewarisi takhta Kedah Tua yang berusia 1000 tahun lamanya? Sebab itu, saya mencadangkan bahawa Merong Mahawangsa ialah raja asal yang dalam buangan dari Negara Kedah yang ditakluk oleh Chih Tu. Baginda kembali ke Kedah untuk membebaskan Negara Kedah (dalam federasi Langkasuka) daripada Empayar Chih Tu yang bergabung di bawah satu federasi. Namun, Merong Mahawangsa tidak berjaya membebaskan sepenuhnya penguasaan saudara-mara baginda dari Kerajaan Funan, tetapi baginda berjaya membebaskan Wilayah Kedah Tua sahaja, lalu menamakan Negara itu sebagai Kedah Zamin Tua. Ikut kembali kewujudan Kerajaan Kedah Tua yang wujud dari tahun 600 S.M. sebelum diserap dalam empayar melayu Jawaka.
Langkasuka ini telah wujud sedari awal kurun pertama Masihi dan ada dalam rekod negara China dinasti Wu pada tahun 243 M. Langkasuka adalah sebuah federasi dari pantai Timur ke Pantai Barat, sebelum diserap ke dalam Funan.
Kedah Tua bermula sebagai sebuah Kota Pelabuhan dari awal kurun ke-6 S.M. Fungsi Kedah sebagai sebuah Kota Pelabuhan sangat menarik minat ramai pedagang dari arah Barat kerana Kedah Tua menghasilkan besi yang paling bermutu, yang banyak digunakan dalam kempen peperangan di zaman dahulu. Sejak zaman Assyria membentuk sebuah empayar, diganti dengan Persia dan Rom, beralih pula ke Tamadun Indus atau Utara Anak Benua India sehinggalah ke zaman penyatuan Srivijaya. Kedah menjadi sebuah Kota yang Gilang Gemilang, kaya-raya, ditambah pula dengan kewujudan laluan Trans-Semenanjung Purba yang merentasi Langkasuka, Chih Tu dan sebagainya. Kedah Tua pula bergabung dengan negarakota-negara kota.
Misi ReBRANDing SEJARAH & AKHIR ZAMAN by @izzuddin.aljitrawiy
.


Copy and paste: FB Sungai Batu - Tamadun Melayu  788 SM
13.9.2019: 10.38 pm

No comments:

Post a Comment