ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 13 September 2019

Sejarah ringkas Maharaja China yang terakhir



Oleh: Norzamri Mokhtar
Puyi (7 Februari 1906-17 Oktober 1967), berasal dari puak Manchu Aisin Gioro, Maharaja terakhir China, dan pemerintah ke 12 dan terakhir dari Dinasti Qing.
Beliau memerintah sebagai Maharaja Xuantong dari tahun 1908 ketika berusia 2 tahun, 10 bulan, 14 hari sehingga turun memerintah pada 12 Februari tahun 1912.
Pada tahun (1912), kegemilangan Dinasti Qing yang memegang takhta pemerintahan China selama 276 tahun hancur dan Pu Yi sebagai maharaja Cina terakhir telah digulingkan dalam revolusi yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen. Selepas revolusi, beliau masih diizinkan untuk tinggal di dalam Istana Kota Larangan.
Dari 1 hingga 12 Julai 1917, beliau telah dipulihkan takhta sebagai maharaja nominal oleh ketua perang Zhang Xun. Zhang Xun mengarahkan tenteranya untuk menjaga barisan mereka untuk menunjukkan kesetiaan kepada maharaja.
Dalam tempoh masa itu, sebuah bom kecil telah diletupkan di Kota Larangan oleh kapal terbang Republikan, menyebabkan kerosakan kecil di kota tersebut.
Ini dianggap pengeboman udara yang pertama berlaku di Asia Timur. Pemulihan takhta gagal kerana pengaruh pembangkang yang luas di seluruh China, dan campur tangan tegas ketua perang lain iaitu Duan Qirui. Pada usia 19 tahun, Pu Yi telah diarahkan mengosongkan istana.
Bermula detik itu, Pu Yi memulakan 'pengembaraan' yang panjang - memihak kepada Jepun dalam Perang Dunia Kedua dan diangkat menjadi 'raja boneka' dalam negara Manchu (Man Zhou Guo - kawasan yang dijajah Jepun) pada tahun 1934 yang merupakan wilayah China dan bersempadan dengan Rusia, Korea Utara dan Mongolia. Beliau memerintah sehingga akhir Perang China-Jepun Kedua pada tahun 1945.
Setelah kekalahan Jepun pada Perang Dunia Kedua, Kesatuan Soviet menguasai Wilayah Manchu dan Pu Yi berjaya ditangkap di lapangan terbang ketika cuba melarikan diri ke Jepun. Pu Yi ditahan di Rusia dan menjalani hukuman penjara selama lima tahun sebelum dihantar kembali ke China pada tahun 1950.
Beliau yang mengakui kesalahannya dan menyatakan penerimaannya terhadap pembaharuan, pendidikan dan revolusi telah menjalani pemulihan di Penjara Fushun War Criminal selama lebih kurang lapan tahun.
Pada tahun 1958, Pu Yi telah mendapat pengampunan dan dibebaskan oleh kerajaan China yang diperintah oleh Parti Komunis. Lapan tahun di Penjara Fushun War Criminal, Pu Yi telah 'dididik untuk menjadi seorang manusia biasa.
Sejak Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1949, Puyi adalah ahli Persidangan Perundingan Politik Rakyat China dari tahun 1964 sehingga kematiannya pada tahun 1967. Pu Yi meninggal dunia pada usia 61 sebagai rakyat biasa dengan sejarah yang penuh warna-warni
Penurunan Takhta puyi pada tahun 1912 menandakan berakhirnya abad pemerintahan dinasti di China, dan beliau juga terkenal sebagai Maharaja Terakhir atau the Last Emperor.
Copy and paste: FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
13.9.2019: 11.11 pm

No comments:

Post a Comment