ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 23 September 2019

PETANDA KEMATIAN HUSN AL-KHATIMAH - PENGAKHIRAN HIDUP YANG INDAH

Kematian yang paling baik adalah kematian dalam Husn al-Khatimah (pengakhiran yang baik) manakala kematian yang buruk adalah kematian dalam Su'ul al-Khatimah (pengakhiran yang buruk).
Kunci untuk mendapatkan Husn al-Khatimah ialah keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Keadaan sewaktu sakaratulmaut tergantung kepada amalannya semasa sihat. Jika buruk amalan seseorang itu ketika sihatnya,maka buruklah keadaan saat kematiannya. Manakala jika baik amalannya ketika sihatnya, maka baiklah keadaan saat kematiannya. 

PETANDA KEMATIAN HUSN AL-KHATIMAH:
  1. Mengucap 2 kalimah syahadah sewaktu meninggal dunia. 
  2. Kening berkeringat (berpeluh)
  3. Meninggal pada Malam Jumaat atau hari Jumaat. 
  4. Mati syahid di medan perang atau ketika berjuang di jalan Allah s.w.t. 
  5. Penyakit Taun,penyakit perut, tuberkulosis dan bengkak pada selaput dada di tulang rusuk (tumor).
  6. Terbakar
  7. Tenggelam atau ditimpa runtuhan.
  8. Meninggal disebabkan melahirkan anak. 
  9. Mempertahan harta yang hendak dirampas. 
  10. Mempertahankan agama dan dirinya. 
  11. Dalam keadaan ribat (berjaga di perbatasan).
  12. Ketika melakukan amal soleh.
  13. Memberi nasihat kepada pembesar yang zalim.
(Ustaz Fauzi Abdul Hamid - Majalah Solusi 05/2013)
23/9/2019 : 9.06 pm


No comments:

Post a Comment