ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 24 September 2019

ADAKAH AKU BERDOSA?

1. Dosa dengan Allah - penyelesaian : Taubat Nasuha
  • Menyesali perbuatan dosa
  • Meninggalkan perbuatan dosa
  • Berazam untuk tidak mengulanginya lagi.
2. Dosa dengan Makhluk - Penyelesaian : Taubat Nasuha serta :
  • Memohon kemaafan
  • Mengembalikan semula hak orang lain atau meminta halal daripada tuan empunya. 
  • Jika ia berhubung tuduhan atau fitnah, perlu menjelaskan semula kebenaran kepada orang yang mendengarnya. 
DOSA DENGAN MAKHLUK ADA 4 JENIS:
    1. Berhubung dengan dirinya - memfitnah, mengumpat, berbohong dan memalukan orang di khalayak ramai. 
    2. Berhubung dengan hartanya  - mencuri , merampas, menipu atau tidak melangsaikan hutang. 
    3. Berhubung dengan keluarganya - menzalimi dan menjatuhkan maruah keluarga orang lain.
    4. Berhubung dengan agamanya - menuduh seseorang itu syirik, bidaah, murtad, zalim, kafir, munafik dan lain-lain.
DOSA BESAR
Abu Talib Al-Makki didalam Qut al-Kulub berpendapat bahawa dosa-dosa besar itu ada 17 jenis. 

HATI:
  • Syirik kepada Allah
  • Berterusan melakukan maksiat
  • Putus asa daripada Rahmat Allah
  • Rasa aman daripada balasan Allah.
LIDAH
  • Bersaksi bohong
  • Menuduh orang berzina
  • Melakukan sihir
  • Sumpah Palsu
PERUT
  • Meminum arak
  • Memakan harta anak yatim dengan aniaya
  • Memakan riba
KEMALUAN
  • Zina
  • Liwat
TANGAN
  • Membunuh
  • Mencuri
KAKI
  • Lari daripada Perang fi sabillillah.
SELURUH BADAN
  • Menderhakai ibu dan bapa

DOSA KECIL
Kesalahan yang tidak diberikan peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat seperti bercakap yang sia-sia.

BAGAIMANA DOSA KECIL BOLEH MENJADI DOSA BESAR
  • Melakukan dosa kecil terus-menerus
  • Memandang ringan dosa yang dilakukan.
  • Merasa gembira ketika melakukan dosa kecil
  • Memandang remeh jika Allah menutup aibnya membuat dosa kecil itu.
  • Menceritakan dengan megah terhadap dosa kecil yang dilakukannya.
  • Ia menjadi ikutan orang. Misalnya seseorang yang alim itu apabila membuat dosa kecil maka ia akan menjadi ikutan orang. 
CARA MENGUBATI DIRI DARIPADA DOSA
  1. Berdamping dengan guru yang mursyid yang menunjukkan jalan ke akhirat dengan banyak memberi tunjuk ajar cara bertaubat yang sebenar. 
  2. Menyegerakan taubat sekalipun dosa kecil. 
  3. Mengingati ayat - ayat Allah yang mengandungi peringatan dan azab bagi mereka yang melakukan dosa dan maksiat. 
  4. Menceritakan atau membaca kisah-kisah nabi dan para sahabat serta wali-wali Allah. Belajar daripada pengalaman mereka menundukkan hawa nafsu dan jatuh bangunnya mereka menuju Allah. 
  5. Mengingati balasan segera yang akan Allah timpakan kepada kita semasa di dunia lagi dan ditahan rezeki kita lantaran kerana banyaknya dosa kita. 
  6. Mengingati hukuman Allah di akhirat atas setiap dosa dan maksiat yang dilakukan. 
  7. Mendampingi sahabat-sahabat yang sentiasa memberi nasihat tentang agama. 
  8. Memperbanyakkan ibadah dan zikrullah serta tidak berputus asa dengan Allah. 
(Majalah Q&A Bil 11 - 10/2012)
24.9.2019 : 8.05 pm

No comments:

Post a Comment