ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 4 August 2019

4 SALAH FAHAM UTAMA ORANG BUKAN MELAYU TENTANG TAMADUN MELAYU

Salah Faham 1
Melaka Tamadun Melayu Pertama. 

Jawapan:
  • Melaka yang bermula pada tahun 1400 Masehi bukan Kerajaan Melayu pertama. 
  • Srivijaya (650 M) , Langkasuka (Abad ke 2 Masehi), Kedah Tua (788 SM), Gangga Negara (Abad ke 5 Masehi), Kesultanan Kedah (1163 Masehi). 
  • Parameswara itu sendiri datang dari Kerajaan Singapura Lama (1129 Masehi), menandakan Melayu telah membina kerajaan bertahun-tahun lamanya sebelum kerajaan Melayu Melaka. 
Salah Faham 2
Kerajaan Hindu-Buddha di Alam Melayu milik orang Tamil. 

Jawapan:
  • Nama tidak menunjukkan bangsa
  • Apakah orang Melayu seperti Helmi dan Airul membawa maksud bahawa mereka orang Arab. 
  • Hari ini kesan peninggalan agama ini di Alam Melayu adalah seperti di Bali, Indonesia dengan versi agama Hindu-Buddha tersendiri. 
  • Orang Melayu dahulu penganut agama Hindu-Buddha, maka tidak hairanlah jikalau nama kerajaan mereka berbaur Sanskrit. 
Salah Faham 3:
Orang Asli orang Asal, Melayu Pendatang

Jawapan:
  • Orang Asli di Malaysia ada 2 kategori iaitu Aslian terdiri daripada Austroasiatik manakala satu lagi kategori Proto Melayu
  • Contoh Jakun, Semelai dan Temuan. 
  • Orang Melayu hari ini serumpun linguistik, genetik dan budaya dengan Melayu Proto. Mengatakan orang Melayu pendatang adalah sama seperti menuduh Jakun, Semelai dan Temuan sebagai pendatang. 
Salah Faham 4:
Rajendra Chola dari Selatan India membina Kedah Tua

Jawapan:
  • Rajendra Chola 1 yang menyerang Kedah pemerintah Empayar Chola pada sekitar 1014 - 1044 Masehi. 
  • Kedah Tua pada angka terbaru yang diketahui berdiri paling awal pada tahun 788 Sebelum Masehi. 
  • Binaan seperti di Lembah Bujang dan Sungai Batu tidak ada kena mengena dengan orang Chola maupun Tamil kerana serangan berbentuk penjarahan Rajendra Chola I adalah ribuan tahun sebelum tamadun ini berdiri. 
Content: Helmi Efendy
Sumber: The Patriots Asia...

4 Ogos 2019: 5.24 pm


No comments:

Post a Comment