ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 20 July 2019

Serangan hendap Lahad Datu 1985

Serangan hendap Lahad Datu 1985 ialah sebuah siri rompakan dan tembakan rambang yang berlaku pada 23 September 1985 apabila 15-20 lanun asing mendarat di pantai Lahad Datu dan mula menyerang pekan tersebut. Setelah mendarat, lanun-lanun tersebut terus melepaskan tembakan rambang, membunuh serta mencederakan orang awam, mereka juga sempat merompak wang dalam anggaran RM 200,000 dari sebuah bank tempatan dan beberapa ribu RM dari pejabat Malaysia Airlines.

Latar belakang.
Hampir seluruh kawasan di timur Sabah terkenal dengan jumlah warga Filipina yang tinggi, termasuk yang tinggal secara sah ataupun secara haram. Kawasan ini telah menjadi syurga kepada lanun-lanun dari Filipina dan Sabah sendiri telah menderita 10 serangan besar sejak 1976. Pada petang 23 September 85, sejumlah lelaki bersenjata yang memakai seperti askar muncul di pekan tersebut dan mula melancarkan tembakan rambang. Serangan dan tembakan tersebut meninggalkan pekan itu dengan kemusnahan dan darah mereka yang ditembak boleh ditemui hampir di setiap penjuru. Salah seorang mangsa yang merupakan wanita yang sarat mengandung, ditembak ketika beliau sedang dihantar pulang di dalam van. Pemandu van tersebut sempat membawanya ke hospital namun beliau telah disahkan meninggal dunia setibanya di situ. Seorang lagi mangsa, seorang Cina cedera ditembak dalam serangan tersebut.
Lokasi :Lahad Datu, Sabah
Koordinat : 5°1′48″N 118°20′24″E
Tarikh:23 September 1985 – 24 September 1985(1 hari)
Waktu petang hingga keesokan paginya (UTC+8)
Jenis serangan : Rompakan bank, rompakan, tembakan rambang
Senjata : M-16, Carbine, Machine guns.
Motif :Rompakan

Ops PAGAR di lancarkan. Antara kapal TLDM yang terlibat 13th Squadron PC yang berpengakalan di Labuan KD Kerambit, KD Sri Melaka dan PX16 (yang berpengkalan di Lahad Datu) secara ringkas;- OPS PAGAR dalam kenangan..
Copy and paste: FB Veteran Tentera Laut
20/7/2019: 4.54 pm

No comments:

Post a Comment