ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 19 July 2019

Picisan pagi Jumaat •Maksiat Memadam Iman

Assalamu’alaikum..
Salam jumaat, penghulu segala hari buat semua selagi mana whatsapp ini dapat “terjah” masuk ke dalam talipon bimbit kalian. Dalam kekalutan menyiap kan rutin harian kita, jangan lupa perbanyakkan selawat dan pada nabi besar nabi junjungan Saw. Semuga kita semua sentiasa di dalam perlindungan dan barakah Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang....

Perasan atau tak perasaan, kita yang sering melakukan dosa kekadang kalau kita positifkan keadaan itu, ia akan mendatangkan satu rasa bersalah pada Allah yang teramat sangat. Dan semua tahu, baik buruk semua datang dari Allah. Jadi bila ada yang buruk berlaku, terasa pula itu satu susunan dari Allah untuk mejadikan kita ini terasa perlu segera bertaubat dan kembali segera padaNya. Tidaklah, kita ini sentiasa merasa bersih dari dosa dan hebat dari orang lain. Inilah pemikiran positif yang saya kita perlu ada. Maka, selalu “stay positive” bila ada saja kekurangan dalam diri kita. Sebaliknya, renunglah sekali semula perbuatan kita yang mejauhkan kita dengan Allah. Sama sama lah kita muhasabah, dan berusaha sebaik mungkin utk tinggal kan maksiat. Moga Allah pelihara dan bantu kita utk tinggalkan maksiat sebelum kita jadi mayat.

Saya ada bertemu dengan satu kata kata ulamak :
 “Hati itu seperti telapak tangan. Awalnya ia dalam keadaan terbuka dan jika berbuat dosa, maka telapak tangan tersebut akan tergenggam. Jika berbuat dosa, maka jari jemari perlahan lahan akan menutup telapak tangan tersebut. Jika ia berbuat dosa lagi, maka jari lainnya akan menutup telapak tangan tadi. Akhirnya seluruh telapak tangan tadi tertutupi oleh jari jemari.”

Berhati hati dengan maksiat sendiri, selalu bertaubat. 

Maksud dari satu hadis: “Seorang hamba apabila melakukan suatu maksiat, maka dititikkan dalam hati nya satu titik hitam. Apabila ia meninggalkannya dan meminta ampun serta bertaubat, hatinya dibersih kan”

Alhamdulillah, malam tadi sempat berkumpul satu keluarga untuk hadiah kan zikir tahlil pada arwah arwah yang terdahulu. Semoga di terima Allah membantu mereka di alam barzakh. Itulah kita dan mak ayah kita serta datuk nenek moyang kita, tidak pernah terputus. Didunia anak anak harapkan redha mak ayah nak raih redha Allah, selepas mati, mak ayah pula harapkan doa dan perbuatan soleh anak anak untuk bantu mereka di narzakh. 

Alhamdulillah. Sempat juga saya luangkan masa untuk sebentar solat sunat taubat awwabin. Selepas sekelian lama meneruskan hari hari kehidupan, macam macam daki dosa melekat yang tidak diketahui. Inilah salah satu kerja kita..

 “Sesiapa yang solat enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat duabelas tahun.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan AtTurmuzi.)

Kena pandang perkara benda ini dengan mata hati barulah rasa faedah dan nikmatnya..

Akhirul kalam

Selamat berjuang untuk sebuah kehidupan. Moga Allah beri kita kekuatan untuk meninggalkan segala maksiat dan ketagihan maksiat, lalu kita dengan pantas berlari semula kepada Allah untuk bertaubat lagi dan lagi sampailah mati. Huhu.

Wallahua'lam

Wassalam
Ncs

Copy and paste : Whatsapp Group Haji 2/2017
19.7.2019: 3.36 pm

No comments:

Post a Comment