ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 27 June 2019

GEJALA BIBLIOKALISME KITAB TURATH DAN PESANAN FARNENDO BEAZ.

Zube Al-Kilawi
Bibliokalisme bermaksud sebuah tindakan memusnahkan buku. Pada asalnya istilah ini digunakan untuk kemusnahan buku secara fizikal (dengan cara membakar atau lainnya), tetapi kemudiannya penggunaannya diluaskan kepada kemusnahan buku secara non-fizikal juga (dengan cara mensia-siakan buku atau tidak menunaikan haknya). Perbahasan bibliokalisme ini sangat jarang dibahas secara khusus oleh sarjana islam, walaupun ramai dari mereka dikenali sebagai pencinta buku. (IDKW?)
Bibliokalisme berlaku dalam hampir setiap peradaban, bermula sejak 55 abad yang lalu, sejak kali pertama buku ditemui. Dan sesememangnya dalam beberapa keadaan Biblioclasm ini juga perlu, untuk menjaga keharmonian dan kesatuan sesebuah peradaban, tetapi Biblioclasm ini perlu dipantau, supaya Biblioclasm ini hanya berkalu pada perkara yang benar-benar perlu sahaja. Perkara ini juga berlaku dalam sejarah peradaban islam.
Dan di atas alasan inilah, (menurut sebahagian riwayat yang diperdebatkan) ketika pasukan islam yang dipimpin oleh Amru bin Ash menawan kota Alexanderia pada disember 640m, mereka telah memecahkan tembok kota Alexanderia dan menawan semua pendukuknya. Setelah melihat buku yang banyak di dalam perpustakaan Alexanderia, Amru bin al-Ash telah menuliskan surat kepada khalifah Ummar al-Khattab, bertanyakan tentang tindakan kepada buku-buku itu. Umar r.a telah membalas,
"....Sehubungan dengan buku-buku yang anda sebutkan itu, jika buku-buku itu mengandungi perkara-perkara yang sesuai dengan kitab Allah (Quran), maka kitab Allah itu sudah cukup (tidak diperlukan kitab-kitab lainnya). Dan jika kitab-kitab itu ingin membenarkan kitab Allah, maka kitab Allah sudah tidak berhajat kepada itu". Setelah itu, semua buku-buku yang mengandungi perkara-perkara yang berlawanan dengan agama islam telah dibakar.
Di atas alasan ini jugalah Syekh Abu Hasan Ali bin Harzaham al-Magribi melalui i'tiqadnya telah membakar kitab-kitab Ihya ulmuddin, dan kesultanan Aceh dulunya membakar karya-karya Syekh Hamzah al-Funsuri. Terlepas daripada benar atau salahnya tindakan mereka ini, tindakan itu adalah sebuah bibliokalisme yang dilakukan atas maksud menjaga kesatuan dan memberi manfaat kepada umat islam.
Namun ada juga bibliokalisme yang berlaku bukan atas dasar kebijakan pemimpin. Dan sudah tentulah Bibliokalisme dari jalan ini memberikan kerugian yang besar kepada islam. Contohnya adalah Bibliokalisme yang berlaku ketika peperangan salib. Pada tahun 1108m pasukan Salib telah menghancurkan sebuah perpustakaan di Damaskus, dan dianggarkan lebih dari 3 juta kitab telah dimusnahkan dalam kejadian itu. Setahun kemudian iaitu pada tahun 1109 di Tripoli pula, pasukan salib sekali lagi telah menghancurkan sebuah khazanah umat islam yang dipercayai mengandungi lebih dari sejuta buah kitab.
Kemudian pada tahun 1258, peristiwa hitam yang merupakan peristiwa terburuk di dalam sejarah islam, apabila tentera Monggol menyerang kota Baghdad. Selain pembantaian besar-besaran kepada orang-orang islam, mereka juga telah memusnahkan perpustakaan agung umat islam yang menjadi rujukan lebih 400 tahun. Mereka telah mencampakkan khazahan umat islam itu kedalam sungai Daljah/Targis sehingga sungai yang luasnya melebihi 400 meter itu telah menjadi hitam selama beberapa bulan kerana dakwat-dakwat yang larut daripada khazanah umat islam itu.
Diikuti pula dengan kejatuhan kejaraan Islam di Andalusia pada tahun 1492 kepada ratu Isabella dan suaminya. Maka sebuah perpustakaan bernama al-Hakam yang memiliki sejumlah penerjemah yang peka dan penjilid yang cekap, dan menyimpan lebih 500. 000 manu skrip yang berharga, telah dikeluarkan segala khazanahnya dan dibakar di tengah-tengah lapangan Granada selama berhari-hari, dianggarkan lebih satu juta naskah buku telah dibakar dalam kejadian ini.
Dan masih banyak lagi peristiwa-peristiwa Bibliokalisme yang melanda dunia islam yang tidak mungkin dicatatkan semuanya di sini. Umat islam telah kehilangan ribuan cendekiawan dan kerugian jutaan ilmu dalam semua peristiwa di atas dan yang seumpamanya. Kerugian yang tidak mungkin dapat dibayar dalam apa bentuk sekali pun.
Sehubungan itu, pada bulan Mei 2003, Amerika Syarikat telah menghantar tenteranya untuk menyerang Iraq. Dalam peristiwa itu, tentera Amerika telah menyerang sebuah universiti yang merupakan pusat pengajian utama di kota Baghdad, akibat serangan itu perpustakaan rasmi universiti itu telah terbakar dan hancur sepenuhnya bersama ribuan buku-buku penting yang berada di dalamnya.
Melihatkan kejadian itu, seorang profesor yang merupakan penasihat kepada UNESCO bernama Prof Farnendo Beaz telah datang melawat universiti itu. Ketika itulah, seorang pelajar universiti itu telah bertanya kepadanya sebuah soalan yang kedengaran sederhana iaitu "Mengapakah manusia menghancurkan buku?". Soalan ini terus bermain difikiran Baez selama beberapa tahun, akhirnya Baez telah membuat keputusan untuk menulis sebuah buku yang khusus untuk menjawab soalan itu. Buku itu diberi tajuk 'Historia universal de la destruccion de libros'. Buku ini kemudiannya diterjemahkan kedalam banyak bahasa, termasuk ke dalam bahasa Indonesia dengan tajuk 'Penghancuran buku dari masa ke semasa'.
Dalam buku ini, Baez telah menjelaskan secara terperinci tentang peristiwa-peristiwa penghapusan buku sepanjang sejarah kewujudan buku selama 55 abad kebelakangan ini. Sungguh merupakan sebuah perbahasan yang terbaik dan terlengkap di dalam topik ini. Sebuah yang unik adalah, Baiz juga menjelaskan bentuk-bentuk Bibliokalisme yang sering berlaku di zaman ini.
Antaranya Beaz berkata (yang kesimpulannya), bibliokalisme juga berlaku dengan cara MENGUMPULKAN BUKU-BUKU YANG LANGKA SEBAGAI SIMPANAN PERIBADI DAN MEMBIARKANNYA TANPA DIBACA DAN DIKAJI. INI JUGA MERUPAKAN BENTUK BIBLIOKALISME YANG TIDAK DISEDARI. KERANA JIKA BUKU ITU TIDAK DIAMBIL MANFAAT DARIPADANYA, SAMA SAHAJA DENGAN MEMBAKARNYA SEJAK AWAL LAGI...
Membaca perkataan Baez ini membuat saya berfikir lama, apakah selama ini saya juga termasuk yang melakukan bibliokalisme terhadap kitab-kitab thuras? Melihat kembali kepada sejumlah kitab-kitab yang saya kumpulkan sejak beberapa tahun yang lalu, kebanyakannya tidak pernah dibaca, apatah lagi dikaji...
Jadi azam 2019 saya adalah membaca dan mengulang-kaji semua koleksi-koleksi yang tersia ini....

Copy and paste: FB Laksamana Sejarah
27.6.2019: 9.03 pm

No comments:

Post a Comment