ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 1 May 2019

SUHARTO PENDAMAI KEMPEN GANYANG MALAYSIA.

OLEH MOHD H ROSLAN


Kalau kita malu itu juga biasa, 

Namun kalau kita lapar atau malu itu karena Malaysia, kurang ajar!
Kerahkan pasukan ke Kalimantan, kita ajar cecunguk (lipas) Malayan itu!
Pukul dan sikat jangan sampai tanah dan udara kita diinjak-injak oleh Malaysian keparat itu


Doakan aku, aku bakal berangkat ke medan juang sebagai patriot bangsa, sebagai syahid Bangsa dan sebagai peluru Bangsa yang enggan diindjak-injak harga dirinya
Serukan serukan keseluruh pelosok negeri bahwa kita akan bersatu untuk melawan kehinaan ini kita akan membalas perlakuan ini dan kita tunjukkan bahwa kita masih memiliki gigi dan tulang yang kuat dan kita juga masih memiliki martabat!

Yoo...ayoo... kita... Ganyang...
Ganyang... Malaysia!
Ganyang... Malaysia!

Itulah petikan kata-kata Sukarno di dalam lipatan Sejarah Konfrantasi di antara Malaysia-Indonesia yang merupakan satu sejarah yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh mereka yang pernah melaluinya.
Namun dalam mengenang semua peristiwa itu seringkali saja sejarah ketenteraan kedua-dua negara diangkat sebagai satu kisah yang penuh bangga dan duka diantara kedua belah pihak. Para tentera sering diingatkan bahawa dek kerana politik yang tidak mengenal sempadan, tentera kedua-dua negara telah menjadi korban.
Namun begitulah hakikat sejarah, hakikat untuk berkuasa. Seseorang perlu dikorbankan untuk mencapai matlamat menyelamatkan ratusan nyawa yang lain atau untuk menjadi penutup kepada sesuatu kegagalan dan kejayaan.
Dalam perihal ini juga selalu kita baca tentang Perjanjian Damai Bangkok yang berlansung pada 28 Mei 1966 yang menandakan berakhirnya hubungan tegang diantara kedua buah negara. Dalam peristiwa ini Malaysia telah diwakili oleh Tun Razak manakala Indonesia diwakili oleh Dr Adam Malik.
Detik bersejarah ini turut membawa kepada satu bentuk hubungan baru yang lebih damai diantara kedua-dua rakyat yang lebih baik dan hubungan itu kekal sehingga sekarang biar pun seringkali kelihatan provokasi dari kumpulan-kumpulan kecil di Indonesia namun ia hanyalah bersifat sementara.
Konfrantasi ini bermula apabila Presiden Sukarno mendakwa kemasukan Sabah dan Sarawak adalah tidak sah dan menggap bahawa kedua buah negeri tersebut haruslah digabungkan dengan Borneo namun begitu menurut CP Fritzgerald seorang sejarawan British, beliau mengatakan walaupun Sukarno telah membuat usaha ini namun kelihatan tidak ada tindakan dari segi pentadbiran sama ada untuk menjadikan Sabah dan Sarawak digabungkan ke dalam Indonesia atau dimasukkan semula ke dalam Brunei. Pada 23 Julai 1963 Sukarno melancarkan kempen “Ganyang Malaysia”.
Namun dibalik semangat juang Sukarno yang bersikap anti kolonial ini dan ucapan-ucapannya yang sentiasa membuat bulu roma merinding tiada siapa menyangka bahawa beliau akan dijatuhkan oleh Suharto iaitu Panglima Angkatan Darat merangkap Menteri yang dilantik oleh Sukarno.
Di dalam kekalutan menguruskan masalah Malaysia, G30S ataupun Gerakan 30 September 1965 dilancarkan oleh Parti Komunis Indonesia yang telah membunuh 7 orang pegawai atasan Tentera Indonesia. Peristiwa pembunuhan ini dikenali sebagai “Peristiwa Lubang Buaya” apabila kesemua 7 mayat anggota tentera ini dibuang ke dalam satu lubang yang sama.
Akhirnya akibat desakan rakyat pada 11 Mac 1966 Sukarno meletakkan jawatan akibat tuntuan “Tritura” – Tiga Tuntutan Rakyat iaitu
1. Supaya PKI diharamkan
2. Supaya Kabinet Baru Dibentuk
3. Supaya barangan keperluan diturunkan.
Pada 12 Mac 1966, Suharto dilantik sebagai Presiden Indonesia dan telah mengharamkan PKI dengan serta merta.
Suharto dilahirkan pada 8 Jun 1921 di Kemusuk, sebuah daerah di dalam negeri Jogjakarta. Pada tahun tahun 1940 beliau telah menyertai KNIL namun kemudiannya akibat penjajahan Indonesia oleh Jepun pada tahun 1943 beliau telah menyertai PETA. Pada 26 Dis 1947 beliau telah berkahwin dengan Raden Ayu Siti Hartinah dan dikurniakan dengan 6 orang cahaya mata.
Pada 18 mac 1966 , lima belas menteri diantaranya Dr. Subandrio dan Chairul Saleh telah ditangkap. Pada 27 mac 1966, Jeneral Nasution telah dilantik sebagai Wakil Panglima Besar’ Komando Ganyang Malaysia’ dan diletakkan kembali dalam kabinet. Pada hari berikutnya. Polis Tentera Angkatan Darat telah mengambil alih tugas untuk menjaga istana Presiden berikutan dengan pembubaran Rejimen Cakrabirawa.
Pada 30 mac, sebuah cabinet baru dibentuk yang terdiri dari Leimena, Idham Chalid, Abdul Gani, Sultan Yogya, Soeharto dan Adam Malik. Soeharto dilantik sebagai Menteri Pertahanan dan Adam Malik sebagai Menteri luar. Dengan “rampasan” kuasa ini maka berakhirlah era Sukarno dan kempen Ganyang Malaysia mulai reda. Suharto turut membubarkan KOGAM (Komando Ganyang Malaysia) dan Dwikora.
Bagi memulihkan semula keadaan, pada 16 Mac 1970 Suharto telah mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama 4 hari dan diiringi oleh menteri-menteri serta pegawai dari Indonesia. Lawatan ini secara rasminya mengakhiri hubungan tegang diantara kedua-dua negara.
Sumber
Mastika 1970
Ninie Amira, UKM, Konfrantasi, Academia.
Wikipedia
Kompasina

Copy and paste: FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
1/5/2019: 12.40 pm

No comments:

Post a Comment