ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 8 May 2019

BAALBECK: MISTERI TEKNOLOGI YANG BELUM TERUNGKAI


Nabi Ilyas (Elia) pernah berkata kepada kaumnya iaitu bangsa Phoenisia,
"Patutkah kamu menyembah berhala Ba'la dan kamu meninggalkan (ibadat kepada) sebijak-bijak Pencipta?" (As-Saaffaat 37:125)
Baalbeck atau Kota Ba'al (Ba'al adalah dewa orang Phoenisia) merupakan sebuah kota di Lubnan timur yang terkenal kerana kemegahannya dahulu. Di sana terdapat runtuhan-runtuhan kuil Rom yang dibina di atas runtuhan-runtuhan Kuil Baalbeck.
Baalbeck adalah kota bangsa Phoenisia yang dibina di penghujung 3000 Sebelum Masihi. Kemudian kota tersebut dikuasai bangsa Yunani pada tahun 331 SM dan dinamakan "Heliopolis" (Kota Matahari).
Kemudian kota tersebut jatuh ke tangan Rom. Orang-orang Rom membina tiga kuil, tiga 'courtyard' (halaman tanpa bumbung) dan tembok di sekelilingnya dengan menggunakan batu-batu yang sangat besar yang banyak tersedia di sana.
Ramai yang menganggap bahawa pemotongan dan pengangkutan batu-batu raksasa itu menggunakan teknologi makhluk asing.
Batu-batu bangunan itu sangat besar bila dibandingkan dengan ukuran manusia moden. Dibentuk dengan halus dan rapi sebagai bahagian-bahagian bangunan yang megah dan artistik.
Namun hal yang paling menghairankan adalah batu seberat itu mampu dibentuk dan disusun sedemikian rupa, sedangkan pada zaman kini pun masih terlalu berat untuk dapat diangkat oleh beberapa kren besar sekaligus.
Di sebelah selatan Baalbek terdapat lokasi bekas penggalian yang merupakan tempat untuk pemotongan batu-batu besar bahan bangunan kuil tersebut.
Di tempat tersebut terdapat sebuah rasuk batu raksasa dan telah berada di sana sejak dipotong lebih dari 2000 tahun yang lalu. Rasuk batu ini dinamakan "Stone of the Pregnant Woman" dan dinyatakan sebagai batu yang diproses terbesar di dunia. Berukuran 21.5 m x 4.2 m dengan berat dianggarkan mencapai 1500 tan.
Ada beberapa cerita di sebalik nama "Stone of the Pregnant Woman". Salah satunya mengatakan seorang wanita hamil menipu orang-orang Baalbeck bahawa dia tahu cara memindahkan batu raksasa jika mereka mahu memberinya makan sehingga dia bersalin.
Yang lain mengatakan nama itu berasal dari lagenda bahawa jin hamil diberikan tugas memotong dan memindahkan batu. Sementara yang lain mengatakan bahawa nama itu mencerminkan kepercayaan bahawa seorang wanita yang menyentuh batu itu akan mengalami peningkatan tahap kesuburan.
Sehingga kini, para arkitek dan jurutera mengatakan bahawa kita tidak memiliki teknologi yang dapat mengangkat dan memposisikan batu-batu ini.
Sumber:
1. versesofuniverse.blogspot
2. Ruprechtsberger, Erwin M. (1999), "From the quarry to the Jupiter temple of Heliopolis/Baalbek (Lebanon)".
3. Hanauer, James Edward (1907), "Folk-lore of the Holy Land: Moslem, Christian and Jewish".
4. Doyle, Paul (2012-03-01), "Lebanon".
-Debu-
Copy and paste: FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
8 Mei 2019 : 2.24 am

No comments:

Post a Comment