ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 23 April 2019

PENGALAMAN PEMBEDAHAN PINTASAN JANTUNG - BAHAGIAN 3


Institut Jantung Negara (IJN) ditubuhkan pada September 1992 adalah merupakan hospital untuk pesakit jantung di Malaysia. Terletak di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur diuruskan oleh IJN Holdings Sdn Bhd, milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia. 






18 Mac 2019 saya ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk Ujian Angiogram. Saya dikehendaki mendaftar masuk ke wad IJN untuk kemasukan ke dalam Wad. 





 Saya dimasukkan ke wad untuk menjalani ujian Angiogram.

 Peralatan mandian disediakan oleh IJN

Alat ini perlu digunakan untuk latihan selepas pembedahan Bypass nanti....


Saya menjalani ujian Agiogram pada keesokan harinya iaitu pada 19 Mac 2019. 
Angiogram koronari ialah ujian x-ray salur darah jantung. Satu tiub kecil (catherer) akan dimasukkan ke salur darah tangan (radial artery) atau kaki (femoral artery) dan terus ke jantung. Apabila tiba di salur darah jantung, cecair pewarna akan dimasukkan dan gambar x-ray akan diambil. 
Dari ujian angiogram inilah doktor akan dapat mengenal pasti samada terdapat sumbatan didalam salur darah jantung. Sekiranya angiogram adalah normal, prosedur akan dihentikan dan pesakit akan dihantar balik ke wad. Sekiranya terdapat sumbatan pada saluran darah, prosedur angioplasti akan dijalankan. 
Namun bagi saya doktor telah mengenal pasti terdapat 3 sumbatan pada salur darah jantung dan tidak sesuai untuk angioplasti. Doktor telah mengesyorkan untuk saya menjalani pembedahan pintasan jantung. 
Tak boleh bayangkan perasaan saya ketika itu, namun saya redha dengan ketentuan Ilahi... munkin ini ketentuan yang terbaik Allah s.w.t rancangkan untuk saya....Syukur ke hadrat Mu Ya Allah. 

Selesai ujian Angiogram, saya dihantar kembali ke wad untuk ditetapkan tarikh pembedahan, kerana doktor telah mengesahkan yang saya perlu menjalani pembedahan segera dan tidak dibenarkan pulang ke rumah sehingga pembedahan. Maka terpaksalah saya tinggal lagi di wad IJN sehingga tarikh pembedahan. 

 Disinilah satu tiub kecil (catherer) dimasukkan ke salur darah jantung...
Selesai menjalani Ujian Angiogram. Bersama isteri yang sentiasa menemani saya di wad


Keluarga yang turut menziarahi ku semasa di IJN





Isteri yang setia menemani... tidor di sebelah ku setiap malam dengan kerusi malas yang disediakan oleh pihak IJN dengan bayaran RM5 satu malam. 




Antara menu yang disediakan oleh pihak IJN kepada pesakit

Yang menariknya, kakak ku yang juga bekas jururawat tidak menduga bertemu semula dengan doktor yang berkhidmat di IJN yang juga pernah bersama bertugas dengannya di Klinik Universiti Islam Antarabangsa suatu ketika dulu.

Pada petang 23 Mac 2019, saya telah diberitahu oleh jururawat bahawa saya akan pembedahan pintasan jantung saya akan dilakukan pada keesokan hari iaitu pada 24 Mac 2019 (Ahad) jam 7.30 pagi. 
Saya diberitahu oleh jururawat untuk membuat persiapan malam ini antaranya saya dikehendaki mandi dengan sabun antibiotik, mencukur semua bulu-bulu di badan dan kaki dan tidor seawalnya. 

Bersambung:



No comments:

Post a Comment