ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 16 April 2019

FREEMASON: FITNAH DAJJAL, STRATEGI MENAKLUKI NEGARA ISLAM

Kamu sangka kamu akan berada di belakang Imam Mahdi, tetapi kemungkinan kamulah di antara mereka yang akan memusuhi Imam Mahdi. Kerana telah dikhabarkan musuh Imam Mahdi juga adalah daripada orang Islam sendiri. Janganlah kamu tergolong didalamnya.
Sebab itu, buat masa sekarang, Freemason menggunakan setiap saat ini untuk menukarkan umat Islam (Manusia) sehingga menjadi anjing mereka. Kerana apabila kamu telah menjadi anjing, kamu tidak akan mampu mengenali IMAM MAHDI, walaupun DIA sedang berada di hadapan kamu...
Merekalah di antara umat Islam yang akan menentang IMAM MAHDI.
Lalu kamu menyalak terhadap Khalifah alam itu.
DIA tetap akan menyelamatkan kamu, melainkan kamu telah memilih untuk membunuhnya, maka kamu akan mati jua (dalam kesesatan).
DIA tidak memusuhi kamu, hakikatnya kamulah yang memusuhi DIA.
KAITAN FREEMASON DAN ISLAM
Jadi apakah kaitannya FREEMASON dengan ISLAM? Kenapakah Islam dilihat seperti ditindas melampau-lampau berbanding agama lain?
Kerana Freemason tahu kerajaan mereka itu akan jatuh dengan dasyatnya apabila Imam Mahdi muncul nanti.
Maka, mereka perlu mencari dan membunuh DIA. Tetapi mereka tidak tahu bagaimanakah wajahnya, maka ramailah kanak-kanak dan wanita-wanita dibunuh sesuka hati seperti Firaun.
Sebab itu, negara-negara Islam telah hancur! Mereka masuk dan mencari Imam Mahdi. Mereka bunuh kanak-kanak dan ibu-ibu disana dengan harapan Imam Mahdi ada diantaranya.
Kini giliran Malaysia pula. Kemungkinan Imam Mahdi ada disini. Negara kita menjadi pilihan akhir mereka.
Mereka telah pun berada di hadapan rumah (negara) kita. MH370 adalah kunci mereka, dan pergaduhan antara kita adalah laluan mereka.
Setibanya mereka disini, maka akan disekatlah media facebook, akan disekat segala media. Negara kita akan menjadi sunyi. Dan kadang-kadang akan dengarlah kita bunyi-bunyi letupan, tembakan, jeritan, tangisan dan kehancuran. 
Jadi, bukalah mata hati kita.

FREEMASON MENCARI KELIBAT IMAM MAHDI
Jadi Freemason perlu masuk ke dalam negara kita untuk berjaga-jaga. Mereka perlu cipta FITNAH secara besar-besaran terhadap negara kita.
Dalam keadaan inilah, negara kita akan goyah dan mereka akan masuk dengan mudah seperti hero tanpa bantahan dunia.
Mereka akan mencipta satu peristiwa dan fitnah melalui kelemahan kita. Lalu kelemahan dan kesalahan kita akan dilihat dunia.
Mereka akan membuatkan seluruh dunia keji kepada kita. Akhirnya mereka akan masuk ke dalam negara seolah-olah kita perlu dikawal.
Tindakan mereka itu akan disokong majoriti seluruh dunia. Ketika itu, barulah kita akan bangkit dari kelalaian dan berjihad seperti mana negara-negara Islam lain.
Kematian akan berlaku setiap hari sehingga anak kecil ditembak, wanita dicabul, lelaki pula disembelih. PIHAK MEDIA PULA AKAN MENCERITAKAN SEBALIKNYA!
Ingat! media antarabangsa dikawal oleh Rothschild. Umat Islam akan difitnah dengan begitu kejam!
Rasulullah SAW bersabda :
''DI ANTARA PENCIPTAAN ADAM DAN TERJADINYA KIAMAT, TIDAK ADA FITNAH (DUGAAN) YANG LEBIH DAHSYAT DARIPADA FITNAH DAJJAL". [HR MUSLIM] (Hadis No.2946)
Ketika itu, sudah terlambat untuk kita keluar daripada cengkaman mereka. Jadi, cukuplah semua ini sekadar gambaran apa yang akan berlaku.
Kita perlu sedar corak strategi Freemason. Nampak seperti tiada apa-apa berlaku. Hakikatnya kita sedang berjalan ke dalam perancangan mereka.
Rasulullah SAW bersabda :
“Tidak ada satu negeri pun yang tidak akan dimasuki oleh Dajjal, kecuali Mekkah dan Madinah. Setiap tempat masuk [pintunya] akan dijaga oleh para malaikat yang berbaris. Kemudian Madinah bergoncang tiga kali dan Allah mengusir orang-orang kafir dan munafik.” (HR. Bukhari no. 1881 dan Muslim no. 2943).
KESIMPULAN
Freemason mencipta sistem politik yang menyebabkan umat Islam bercerai-berai, supaya bila Islam LEMAH, senjata kita paling hebat iaitu DOA menjadi tidak mustajab.
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai..” Surah Ali ‘Imran: 103
Copy and paste: FB Info Akhir Zaman
16 April 2019: 9.14 pm

No comments:

Post a Comment