ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 17 March 2019

A LETTER FROM A CHINESE REVERT SISTER TO A TERRORIST WHO ATTACK MUSLIM IN NEW ZEALAND

Beautifully written by a Chinese revert sister. (It is written to the killer who attacked Muslims in NZ)

(I) Appreciate that you made the effort to find out the timing of our noon prayer.

Appreciate that you learnt more about our religion to know that Fridays are the days the men go to the Mosques for their congregational prayers.

But I guess there were some things you, rather unfortunately, didn’t get to learn. 

Perhaps you didn’t know that what you did made them Martyrs. 

And how you have single-handedly raised the statuses of our brothers and sisters in the eyes of their beloved Creator with your actions. And how, through your actions, they will be raised as the most righteous and pious of Muslims. 

Perhaps you didn’t know that doing what you did, at the time and place you chose, it actually meant that the last words that escaped their lips were probably words of remembrance and praise of Allah. Which is a noble end many Muslims could only dream of. 

And perhaps you didn’t know, but what you did would almost guarantee them paradise. 

Appreciate that you showed the world how Muslims welcome, with open arms, even people like yourself into our Mosques, which is our second home. 

Appreciate you for showing that our mosques have no locks or gates, and are unguarded because everyone and anyone is welcome to be with us.

Appreciate you for allowing the world to see the powerful image of a man you injured, lying on back on the stretcher with his index finger raised high, as a declaration of his faith and complete trust in Allah. 

Appreciate how you brought the Churches and communities together to stand with us Muslims. 

Appreciate that you made countless New Zealanders come out of their homes to visit the mosques nearest to them with flowers with beautiful messages of peace and love.

You have broken many many hearts and you have made the world weep. You have left a huge void. 

But what you also have done have brought us closer together. And it has strengthened our faith and resolve.

In the coming weeks, more people will turn up in the Mosques, a place you hate so much, fortified by the strength in their faith, and inspired by their fallen brothers and sisters.

In the coming weeks, more non Muslims will turn up at the gates of mosques with fresh flowers and beautifully handwritten notes. They may not have known where the mosques in their area was. But now, they do. All because of you.

You may have achieved your aim of intended destruction, but I guess you failed to incite hatred, fear and despair in all of us. 

And while I understand that it may have been your objective, I hate to say that after all of that elaborate planning, and the perverse and wretched efforts on your part, you still failed to drive a divide among the the Muslims and non-Muslims in the world.

For that, I can’t say that I’m sorry.
(A Radiant Muslim)

Copy and paste: 17.3.2019: 3.17 pm

BERHATI-HATI DALAM TUDUHAN

Salamullahi Wasalamu Watahiyathuhi Wabarakathu.
Salamun Qaulammir Rabbirrahim.
Assalamu Alaina Wa'ala
Ibadillahissalihin.

Qad Aflaha Man Zakkaha Wa Qod Khoba Man Dassaha.
Subhanallahi Salamullahi Rabbul Aalaamiin.
Fadkuruni Adzkurkum Wasykuruli Walatakfurun.
Ala Bidzikrillah Tathmainnul Qulub.
Bismillahirrahmanirrahim.
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Surah Al-Hujuraat 49:6)
Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
( Surah Al-Hujuraat 49:9, 10, 11, 12 & 13)
"Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya); dan (sebenarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya; dan yang demikian itulah kemenangan yang besar (nilainya)". (Surah Ghaafir 40:9)
Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Maaidah 5:39)
Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: "Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (Surah Al-An'aam 6:54)
Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu terhadap orang-orang yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilan, kemudian mereka bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, sesungguhnya Tuhanmu sesudah (mereka bertaubat) itu, adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Nahl 16:119)
Aamiin Yaa Rabbal Aalamiin.
- Laa ilaaha illallah -
Copy and paste: FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
17.3.2019: 2.48 pm

ILLUMINITI DAN MELAYU

Untuk kali ini saya ingin mengulas tentang budaya komunis dalam perjuangan kita dalam usaha membangkitkan Islam dari Timur.
Sesungguhnya golongan freemason Illuminati ini mempunyai agenda dan rancangan yang hebat untuk memastikan mereka menjadi Tuhan kepada dunia ini.
Ketika pengaruh Islam semakin lama semakin subur di Asia Tenggara,para Mufti Iblis Illuminati semakin risau dengan perkembangan ini.
Pada zaman dahulu ketika masyarakat Eropah masih tidak mengetahui tentang dunia Nusantara kecuali dari manuskrip-manuskrip purba di Perpustakaan Diraja Iskandariah (Alexandria Library),terdapat banyak mitos tentang dunia sebelah sini. Namun Dajjal telah lama tahu tentang Dunia Melayu ini dan ke mana keturunan Rasullullah s.a.w memulakan kehidupan baru mereka.
Melalui perjumpaan-perjumpaan rahsia para penyembah Iblis,Dajjal The AntiChrist telah memaklumkan kepada raja-raja Eropah (kerabat diraja Eropah sememangnya diketahui taksub dengan kelompok-kelompok rahsia dan amalan sihir) di dalam 'inner circle' supaya cepat-cepat membiayai ekspedisi-ekspedisi ke Timur.
Tujuannya ialah:
MENCARI SIAPAKAH YANG MENGISLAMKAN PARAMESWARA DAN RAJA-RAJA MELAYU PURBA DI NUSANTARA.
Raja-raja Eropah pun bertungkus-lumus memajukan teknologi perkapalan mereka dan merekrut ramai anak kapal.
Walaupun Portugis telah berjaya bertapak di Melaka,namun mereka begitu sukar hendak meluaskan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu,ini kerana tentangan sengit daripada pelbagai penjuru seperti dari Kerajaan Johor-Riau,kerajaan-kerajaan kecil di Tanah Melayu dan Kerajaan Acheh begitu sukar buat mereka meluaskan pengaruh.
Orang-orang Melayu di Tanah Melayu lebih baik sedikit dari kepulauan Indonesia dari segi perpaduan,ini kerana di Indonesia,suku kaumnya lebih kompleks dan ragam bahasanya lebih banyak.Ini yang membuatkan Belanda lebih mudah menjajah Indonesia.
Tetapi teori ini tidak boleh dipakai di Tanah Melayu.Komposisi kaum di Tanah Melayu perlu dirumitkan supaya teknik 'Divide and Rule' dapat dilaksanakan!
Belanda juga menyerah kalah di Melaka setelah mengambilalihnya dari Portugis walaupun mereka berjaya mengendalikan Indonesia yang besar tetapi mereka masih kabur dengan keadaan di 'Semenanjung Tanduk Emas' yang begitu misteri buat mereka sebagai bangsa Eropah.Mereka cuba bertapak di Perak tetapi loji-loji mereka di Sungai Perak telah dimusnahkan.
Apa yang membuatkan mereka takut di Perak amatlah misteri.Tetapi The Hidden Hand tidak berputus asa,dia pun menghantar British (Inggeris adalah pangkalan terhebat dan terbesar The Hidden Hand ketika itu) untuk meninjau peluang untuk menguasai Tanah Melayu.Setelah mengkaji komposisi kaum dan keadaan di Tanah Melayu,wakil Illuminati Inggeris telah mengambil keputusan untuk membawa masuk ramai pekerja-pekerja Cina dan India ke Tanah Melayu.Mengapa Cina dan India? Kerana dua negara ini mempunyai tenaga manusia yang ramai dan miskin.
Memecahkan komposisi penduduk di Tanah Melayu amatlah penting untuk merealisasikan satu cabang dari prinsip Freemason-Illuminati 'Ordo Ab Chao' iaitu Divide and Rule atau Pecah dan Perintah.
Semakin ramai pekerja Cina di Tanah Melayu.Mereka banyak bekerja di tapak-tapak perlombongan ketika itu.
WAKIL-WAKIL SECRET SOCIETIES DI TANAH MELAYU
Di antara mereka adalah ketua-ketua dan wakil-wakil 'secret societies' Cina yang menganut faham Illuminati dan juga ejen-ejen Freemason.Merekalah yang menubuhkan pelbagai kongsi gelap bagi orang-orang Cina.
Apabila majoriti pekerja Cina sudah ramai dipecah-pecahkan untuk menyertai pelbagai kongsi gelap,inilah masanya untuk bermain api.Perebutan kawasan perlombongan cuma taktik sahaja.Contoh yang terbaik ialah di Perak,negeri yang pertama menerima residen British di Tanah Melayu.
Dua kongsi gelap terbesar iaitu Ghee Hin dan Hai San telah bertempur dalam siri Perang Larut,mengakibatkan British campur tangan di Perak.Taktik ini juga digunakan dikesemua negeri-negeri yang akhirnya menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Orang luar yang membuat kekacauan dan orang luar yang datang masuk menjajah.Tanpa bantuan para konspirator dari kalangan Chinese Illuminist dan tuan Eropah mereka,maka sampai kiamat pun British tidak dapat menjajah Tanah Melayu.Perhatikan,British boleh sahaja membawa angkatan perangnya menyerang Tanah Melayu sepertimana Belanda menjajah Indonesia dan Sepanyol menjajah Filipina,tetapi mengapa British bersusah payah membuat perjanjian demi perjanjian,strategi dan siasah serta mengekalkan sultan-sultan?Lihatlah taktik Illuminati-Inggeris ditempat-tempat lain.India misalnya,raja-raja Hindu dan Moghul dibunuh atau dilucutkan takhtanya dan warisan dirajanya dimusnahkan.
KEINGINAN UNTUK MENAMATKAN RIWAYAT KESULTANAN MELAYU.
Raja-raja Pattani telah dikejar sehingga ke Kedah dan Perak dan dibunuh dengan kerjasama orang-orang Thai.Kesultanan Jawa juga telah ditamatkan kuasa politiknya oleh Belanda dan kini tiada apa-apa pun kepentingan sekadar wujud untuk dijadikan 'muzium hidup' di Indonesia.Kesultanan Sulu sudah lama pupus.
Cuma yang tinggal ialah Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dan Kesultanan Brunei.Inilah dua Kesultanan Melayu yang masih gagah berdiri setelah pelbagai perancangan Illuminati-Inggeris ke atas mereka.Sementara itu di jajahan-jajahan Inggeris yang lain, pemerintah-pemerintah mereka terus dihapuskan tanpa banyak soal.
Maharaja China berjaya dihapuskan dengan mudah sekali (China tidak dijajah British secara langsung tetapi secara halus dengan anjing-anjing penjajah yang berkeliaran di sana sini merosakkan orang-orang Cina dengan candu dan menghasut mereka menggulingkan maharaja,China juga terpaksa tunduk dengan kehendak British selepas kekalahan memalukan China dalam siri Perang Candu,hanya Hong Kong dijajah British).
Dan di tempat-tempat lain seperti di Afrika dan Pasifik,kesemuanya menjadi jajahan total mereka,namun Tanah Melayu nampaknya naik sedikit darjat jajahan mereka sebagai 'negeri naungan Ratu Inggeris'.
Mengapa?Kerana Tanah Melayu masih mempunyai pemerintah.Dan Inggeris hanya mampu mengacau melalui residen-residen mereka.Tidak seperti di negara-negara lain yang dijajah secara total di mana pemerintah tempatan dihalau atau dibunuh dan Inggeris memerintah secara langsung,sultan-sultan Melayu masih mampu menulis surat kepada Ratu Inggeris dengan gelaran 'Sultan' atau 'Pemerintah' walaupun Ratu Inggeris tahu bahawa itu adalah negeri naungan British,dengan kata lain adalah jajahan mereka.
PERANCANGAN ILLUMINATI TERHADAP BANGSA MELAYU
Segala-galanya dilakukan dengan amat teliti terhadap bangsa spiritual ini.Jika tersilap perancangan,maka akan terangkatlah satu kuasa misteri terahsia bangsa ini.Kuasa ini tidak boleh dikalahkan dengan seribu angkatan perang.Tidak boleh dikalahkan dengan seribu jeneral perang terlatih.
Kuasa ini boleh ditidurkan.Mengapa British tidak menghantar sahaja angkatan perangnya untuk menyuraikan perarakan-perarakan menentang Malayan Union padahal Malayan Union adalah 'masterpiece' yang telah dirancang beratus tahun sebelum itu oleh The Hidden Hand?

Semata-mata perarakan sahaja boleh memadamkan hasrat Malayan Union oleh Dajjal Laknatullah?
APA RAHSIANYA?
Bangsa Melayu adalah satu bangsa bertamadun.Ini diakui oleh para penjajah mereka.Apabila mereka sampai ke dunia sebelah sini,betapa terkejutnya mereka dengan satu bangsa aneh yang telah mempunyai kerajaan sendiri,organisasi masyarakat yang tersusun,kostum dan pakaian yang kemas,cara hidup yang tersusun dan yang paling mengejutkan mereka ialah majoritinya menganut agama Islam?!Padahal kaum-kaum di sekeliling mereka hanya memakai cawat dan kurang bertamadun tetapi bangsa misteri ini telah mampu membuat kapal perang!
Mereka telah terlambat untuk menguasai satu bangsa spiritual yang akan menamatkan segala ramalan kitab-kitab kuno.Sebab itu ketika The Hidden Hand (Dajal gemar mengembara ke seluruh dunia untuk memahami karakter sesuatu bangsa) yang telah sampai dahulu di Nusantara,apabila kembali ke Eropah bertemu dengan para pembantunya di kalangan para penyembah Iblis,menceritakan satu bangsa yang menepati ramalan dalam 'Holy Scriptures'.
Sebab itu di dalam buku-buku sejarah,orang-orang Eropah berlumba-lumba mencari jalan ke Timur,dunia misteri yang diidam-idamkan oleh The Hidden Hand.Amerika,Afrika dan India bukanlah tujuan mereka.Itu adalah 'rezeki terpijak' dalam perjalanan mereka mencari bangsa misteri.Beratus tahun mereka menangani bangsa Arab sudah tentu mereka tidak mahu masalah lain bertambah jika bangsa Melayu diIslamkan.Tetapi mereka terlambat.
PERANCANGAN ALLAH LEBIH SEMPURNA DARI MEREKA.
Sebab itu apabila Portugis menapak di Melaka,organisasi Jesuit (satu organisasi Christian Zionist yang amat licik) telah menghantar satu paderi agungnya iaitu St. Francis Xavier untuk mengkristiankan orang-orang Melayu.
Tetapi gagal.Pemerintahan Portugis yang kejam di Melaka telah menggagalkan usaha-usaha The Hidden Hand.Portugis pun dihalau dari Melaka dan digantikan oleh Belanda (Dajal tidak peduli nyawa atau kepentingan orang lain,jika tidak diperlukan maka 'habis madu sepah dibuang').
Tetapi Belanda berkelakuan amat aneh di Melaka.Tindakan-tindakan kejamnya di Indonesia tidak pula dipraktikkan di Melaka.NAMPAKNYA BANGSA MELAYU TIDAK BOLEH DILAYAN KEJAM.
Belanda dan Inggeris telah belajar dari kegagalan Portugis.Setelah mempelajari karakter bangsa Melayu,maka tahulah mereka bahawa ORANG-ORANG MELAYU LEBIH SUKAKAN DIPLOMASI DARI KEKERASAN.
SEbab itu Inggeris lebih 'beradab' melayan bangsa Melayu di Tanah Melayu berbanding bangsa-bangsa lain di jajahan-jajahan lain.Melayu nampaknya lebih di'manjakan' Inggeris terutama golongan bangsawan,para kerabat diraja dan sultan-sultan.Peristiwa pemberontakan ke atas J.W.W Birch di Perak amat-amat mengajar British supaya menghantar residen yang memahami karakter orang Melayu.
Sebab itu Hugh Low dihantar menggantikan J.W.W Birch merupakan seorang yang telah sedia mengkaji sensitiviti orang Melayu.Di satu ketika,British menggunakan kekerasan,di satu ketika tindakan British seperti ditahan-tahan.Padahal bukan susah untuk mengerahkan bala tenteranya untuk meruntuhkan takhta sultan-sultan,membunuh mereka dan memerintah Tanah Melayu dengan kekerasan seperti yang telah dilakukan di India.PIHAK INGGERIS MEMANG HENDAK MELAKUKAN BEGITU TETAPI DINASIHATKAN OLEH THE HIDDEN HAND supaya memperlahankan tindakan mereka.APA RAHSIANYA?
DAJJAL LAKNATULLAH TAKUT PEPERANGAN BERLAKU DI ANTARA INGGERIS DAN BANGSA SPIRITUAL DI BUMI MALA DAN INI SEOLAH-OLAH MEMPERCEPATKAN RAMALAN-RAMALAN DALAM 'HOLY SCRIPTURES' SEPERTI KEBANGKITAN IMAM MAHADI DAN TURUNNYA NABI ISA A.S
Melalui 'secret societies' di China dan England,Dajjal The AntiChrist telah merangka plan jangka panjang untuk menawan Nusantara.Ramai penyelidik konspirasi tahu tentang plan Illuminati-Zionis dalam merangka plan beratus tahun bagi penubuhan negara Israel,tetapi majoriti mereka masih tidak tahu tentang plan Illuminati untuk menubuhkan pangkalan di Singapura.INILAH PLAN PALING LICIK DAN TERSEMBUNYI.
KONGSI-KONGSI GELAP CINA DI TANAH MELAYU
Satu daripada nama kongsi gelap yang terkenal adalah Heaven and Earth Society.Nama-nama yang lain adalah seperti Hung League dan Three United Association.Freemason sememangnya telah lama berminat kepada kongsi-kongsi gelap ini malah beberapa ahli Freemason telah membuat kajian mendalam serta menulis buku mengenainya termasuk G. Schlegel (The Hung League. 1866) dan J.S.M Ward (The Hung Society. 1925).Sejarah China adalah satu sejarah berkenaan dinasti-dinasti yang memerintah dan penubuhan banyak kongsi gelap untuk menentangnya.Merentasi sejarah China,hanya satu cara untuk menentang para raja dan pemerintahan pusat iaitu melalui kongsi gelap.Kongsi gelap adalah jawapan kepada orang-orang yang tidak mempunyai kuasa,terpinggir atau teraniaya,untuk menentang penindasan atau apa jua yang mengakibatkan kesedihan dan malapetaka kepada kehidupan mereka.
Mereka tidak pernah kekurangan anggota dalam kongsi gelap dan tidak juga kekurangan alasan untuk memujuk orang-orang miskin dan tertindas untuk menyertai kongsi-kongsi gelap.Berbeza dengan 'secret societies' di Eropah dimana umumnya ahlinya terdiri dari golongan pertengahan dan elit,kongsi-kongsi gelap Cina adalah terdiri daripada orang-orang miskin dan bawahan.Bilangan rakyat China yang ramai adalah sebab utama 'The Hidden Hand' mahu mempergunakan orang-orang Cina.Mereka dijadikan 'pawn of the game' dalam usaha 'The Hidden Hand' mahu menubuhkan pangkalannya di Singapura.
ORANG-ORANG CINA IBARAT BENTENG MANUSIA BARISAN HADAPAN BAGI MENGHADAPI PENENTANGAN MUSLIM MELAYU.
Jika peperangan terjadi,orang-orang Cina yang akan terbunuh dahulu dengan segala AMUK DAN PARANG TERBANG Melayu.Bangsa kesayangan The Hidden Hand,Yahudi Zionis dan hamba kesayangannya,Christian Zionist (Freemason sebagai contoh) sudah pasti terselamat dari amukan orang-orang Melayu dan sempat melarikan diri sambil memijak mayat-mayat orang-orang Cina sebelum merancang pelbagai plan untuk membuat 'counter attack'.
AMUK
Orang-orang Melayu adalah satu bangsa yang suka MEMENDAM RASA.Sikap mereka misteri dan pendiam.Mereka tidak suka mencetuskan kekacauan serta-merta jika mereka diganggu,diprovok atau diusik sensitiviti mereka.TETAPI MEREKA AKAN MEMENDAM PERASAAN DEMI PERASAAN DENDAM MEREKA sehingga ke tahap kritikal dan 'psycho'.
Apabila sampai satu tahap,ALTER AMUK mereka akan meletus.Inilah yang cuba dihindarkan setiap penjajah mereka.Dari mana perkataan 'amok' dalam bahasa Inggeris diambil? Lihat, bahasa Inggeris terpaksa meminjam perkataan 'amuk' dari bahasa Melayu untuk menerangkan fenomena ini disebabkan mereka tidak mempunyai konotasi yang tepat dari bahasa mereka untuk menjelaskan jenis psikologi ini.
Alter amuk adalah seolah-olah ekslusif untuk bangsa Melayu walaupun semua manusia turut mengamuk jika berada pada tahap tertentu.JIka kita lihat di Barat,sudah menjadi trend para pelajar yang dibuli atau menghadapi tekanan perasaan yang teruk untuk memikul senjata menembak secara rambang ke arah pelajar-pelajar lain.Tetapi setiap orang Melayu tulen amnya menyimpan alter berbahaya ini.Istimewanya,mereka pandai mengawal dan menggunakannya.Jika tidak,sudah tentu tidak ada seorang pun Cina atau India rasis dan kauvinis dapat hidup di bumi mereka.
JIKA KAUM-KAUM LAIN PANDAI MENGHORMATI BUDAYA DAN AGAMA MEREKA,TIDAK MENJADI MASALAH BUAT ORANG-ORANG MELAYU UNTUK TURUT MENYAMBUT MEREKA DENGAN SENYUMAN DAN MENGHORMATI MEREKA KEMBALI.
Ingat,orang-orang Melayu sukakan diplomasi dari kekerasan.Inilah salah satu hasil kesimpulan Francis Light,Stamford Raffles atau Frank Swettenham dari pengalaman mereka di Tanah Melayu.
Kongsi-kongsi gelap semakin popular di kalangan orang-orang Cina di Tanah Melayu.Pertamanya,majoriti orang-orang Cina yang dibawa ke Tanah Melayu terdiri dan rakyat bawahan yang miskin dan melarat,jadi kongsi gelaplah harapan mereka untuk mengadu segala masalah kehidupan mereka ketika di perantauan.
Mereka dapat berkongsi suka duka bersama dan masalah yang sama di dalam kongsi-kongsi gelap ini.Keduanya,siapa yang menjadi ejen British di China bagi urusan membekalkan orang-orang Cina ke Nusantara (perlu diingat di tempat-tempat lain di Kepulauan Melayu contohnya di Indonesia juga menghadapi keadaan yang sama),khasnya di Tanah Melayu?
Mereka adalah juga KONGSI-KONGSI GELAP INI.Merekalah ejen-ejen yang bekerja mengumpulkan orang-orang Cina dari wilayah-wilayah miskin yang tidak mempunyai harapan terhadap tanahair mereka yang penuh kekacauan dan pemberontakan untuk disumbat ke dalam tongkang-tongkang ke syurga perdagangan di Singapura dan Tanah Melayu.
Semua ini berjalan lancar lebih-lebih lagi selepas kerajaan China terpaksa menandatangani perjanjian dengan pihak British untuk membenarkan Illuiminati Inggeris 'menculik' rakyat China untuk memecahkan komposisi kaum di Tanah Melayu dan menubuhkan pangkalan Yahudi di Singapura.
Rakyat China miskin yang 'innocent' tidak mengetahui apa-apa perancangan Yahudi dan Kristian Zionis ke atas mereka.Orang-orang Cina yang paling malang adalah yang terlibat dalam tragedi 13 Mei,menjadi korban mudah Illuminati dan Zionis,mati dalam keadaan keliru dan menyedihkan.Juga para pegawai istana serta maharaja mereka yang telah lama menghidu taktik Barat,juga tidak bersalah dalam hal ini malah mereka juga menjadi korban para penyembah syaitan Illuminati.
Budaya-budaya komunism ini juga cuba di selitkan dalam perjuangan tentera fisabilillah. Tentanglah komunism ini dari menular dalam perjuangan kita! Jangan berpecah belah kembalilah ke pangkal jalan... ke jalan putih yang sebenar. Duit adalah dewa yang digunakan dalam kongsi gelap, kenapa perlu ikut budaya komunis cina sedangkan kita lebih hebat dari mereka?
Perjuangan kita kerana Allah bukan kerana Duit.
Copy and paste: FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
17.3.2019: 2.41 pm

Friday, 8 March 2019

TANDA-TANDA LALAI

Dengar di Radio IKIM... Ustaz Pahrol Mat Juoi kupas tentang LALAI.  Mula² Ustaz kongsi tanda² LALAI.

Tanda2 LALAI antaranya:
1.   Kurang membaca Al Quran
2.   Kurang berzikir
3.   Lalai dlm solat, kurang ingat pd Allah:
       -  Tidak fokus,
       -   Sering terlupa bilangan rakaat,
       -   Melewatkan solat,
       -   Kurang solat jemaah.
4.   Banyak membuang masa utk hiburan, sukan & dimeja makan serta menonton tv.
5.   Kurang @ malas berdoa.  Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6.   Sentiasa sibuk dgn urusan dunia; mudah stress.
7.   Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.
8.   Tak berhati² dgn perkara yg syubhah & haram.
9.    Tangguh utk bertaubat.
10.  Malu utk belajar agama.
11.  Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini.

Ada juga Ustaz sebut:
 Jarak antara hati kita dgn ketenangan, ibarat jarak' kita dgn Al-Quran.

Pesan Ustaz:
Beli Al Quran guna duit sendiri.  Pilih ikut citarasa kita.  Cakap dgn Al Quran tu, kita nak bersahabat dgn dia. (nak baca)

Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat LALAI:
1.  Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca Quran.
2.  'Bunuh' kebaikan yg kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yg utama.
3.  Hilang fokus dlm hidup.
4.  Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & suka tangguh beribadah & kerja soleh.

Sebab-Sebab LALAI:
1.  Mengulang² dosa kecil sampai jadi kelaziman.
2.  Berkawan dgn org² yg lalai.
3.  Berada dlm persekitaran 'rosak'. (Cth: pergaulan bebas dgn bukan muhrim, dedah aurat & buat maksiat), berada di situ bukan utk tujuan berdakwah.
4.  Tidak berzikir.
5.  Terjerat dlm perancangan² licik musuh Islam. (Cth: berlebihan dlm mendengar lagu, tonton filem Yg melalaikan dll.

Cara² mengatasi LALAI:

1.    Cari sahabat yg baik & soleh.
2.    Hadiri majlis ilmu.
3.    Bangun malam utk  solat tahajjud.
4.    Banyakkan zikir & taubat.
5.    Rajin baca quran.
6.    Bersangka baik pd org lain. 
7.    Pemaaf.
8.    Ingat mati.
9.    Kurangkan makan.
10.  Amalkan sunnah Nabi saw.
11.  Bersabar bersyukur & bertawakkal.

Share jika ia memberi manfaat.
Copy and paste: Whatsapp Group Haji 2/2017
8 Mac 2019: 12.08pm

Wednesday, 6 March 2019

PEMAKANAN SELEPAS SERANGAN SAKIT JANTUNG!

” En. Khairul, saya sering mendengar tentang diet bagi mengelakkan sakit jantung. Bagaimana pula dengan datuk saya yang baru sahaja balik dari hospital akibat serangan jantung? Sama juga kah dengan orang yang belum pernah kena serangan jantung? “


Di hospital, saya bertugas di wad yang melibatkan pesakit sebelum pembedahan jantung kebanyakannya CABG. Pesakit yang akan menjalani pembedahan jenis ini selalunya memang sudah biasa kena serangan jantung minor atau sakit-sakit di dada atau pernah buat stenting pada saluran ke jantung.

Bagi orang yang pernah kena serangan jantung, pemakanan yang baik dan rawatan susulan ke hospital adalah perlu lebih kerap bagi mengelakkan serangan kedua yang mungkin lagi teruk. Mungkin 3 bulan sekali untuk melihat tekanan darah, bacaan gula, kolesterol dan lain-lain.

Sebagai Dietitian , saya hanya mahu fokus kepada pemakanan dan gaya hidup yang sihat bagi mereka yang pernah terkena serangan jantung.

1. Mulakan dengan tidur yang cukup dan kawalan stress yang baik. Berjalan sekitar taman atau kampung bagi menghirup udara segar. Tak perlu bersenam seperti orang lain. Cukup dengan berjalan dahulu. Untuk yang baru bermula ‘ less is better ‘ .

2. Sarapan yang sihat – makan putih telur setiap pagi , karbohidrat kompleks yang tinggi serat seperti roti mi penuh atau wholegrain, oats – bukan 3in1, susu rendah lemak atau susu omega. Tambahkan sebiji buah setiap pagi – simpan buah lebih banyak dalam peti sejuk.
Nak minum teh/kopi nescafe kena pastikan ia nipis dan tiada susu pekat manis/susu cair/krimer – lemak tepu. 1 sudu teh gula tiada masalah.

3. Bekalkan buah & snek rendah lemak seperti biskut rendah lemak tinggi serat – baca label, yogurt rendah lemak, kekacang yang berlemak baik seperti almonds, cashew dll. Makan dalam jam 10-11 pagi + air masak 2 liter sehari. Buah dan sayur adalah antara yang terbaik untuk jantung yang sihat!

4. Makan tengahari ikut konsep suku-suku separuh. Nasi 2 senduk, kuah 2-3 sudu, lauk jenis rebus, bakar, singang dll yang kurang lemak – banyakkan ikan ( at least sehari sekali ) , sayur- kurangkan kuah santan. Kalau masak di rumah , gantikan santan dengan susu rendah lemak atau kari tanpa santan. Saya pernah cuba, sedap juga! Masak kat rumah juga kita boleh guna minyak masak yang lebih sihat untuk sayur seperti minyak zaitun, minyak jagung, canola dan flexseed oil.

5. Kalau ada makan-makan di majlis atau mesyuarat, kurangkan kuih yang dibuat dari santan atau isi kelapa atau yang digoreng tenggelam. Sebaiknya kurangkan atau elakkan jika ada pilihan kuih yang lebih baik. Paling bagus ambil buah yang kita dah bawa dari rumah tu. Sakit kita tanggung, bukan orang lain.

6. Garam perlu betul-betul dijaga dalam diet. Selalunya dari kuah, kicap, sos tiram, sos cili, nasi goreng. Kajian di Malaysia menunjukkan rakyat Malaysia banyak ambil garam dari makanan yang telah dimasak seperti nasi goreng ikan masin, nasi goreng kampung dan makanan segera.

7. Awalkan makan malam. Makan lebih kurang macam makan tengahari, bezanya kurangkan gula waktu malam terutamanya air manis dan makanan manis. Pergerakan yang agak kurang pada waktu malam boleh menyebabkan lebihan gula menjadi lemak. Stevia boleh.

8. Functional foods seperti beta glucan dalam oats – rolled oats, quick rolled oats atau pelbagai lagi jenis oats selain instant atau 3in1; omega 3 dalam ikan, chia seed dan flex seed, soya, green tea, plant sterols – omega milk contohnya.

Diet di atas adalah diet sihat yang boleh diamalkan oleh semua orang tapi sangat bagus untuk mereka yang pernah terkena serangan jantung.

Semoga memberi manfaat untuk dikongsi bersama.


Mohd Khairul Azuan
Dietitian


#dietsakitjantung
#jantungsihat
#dietitian
#nasihatdiet 
#jantungsihat

Sumber:
6/3/2019: 10.02 pm

Monday, 4 March 2019

Sayangilah jantung kita

Kerap merokok, kurangnya aktiviti fizikal dan pengambilan makanan tidak seimbang antara faktor utama berlaku pelbagai penyakit yang akhirnya memudaratkan diri dan individu terdekat.
Kebanyakan wanita beranggapan penyakit ini lebih cenderung menyerang lelaki, namun hakikatnya serangan jantung boleh berlaku pada sesiapa saja tanpa mengira jantina. Wanita yang sudah menopaus mempunyai risiko sama tinggi dengan lelaki untuk mendapat serangan jantung.
Menjaga kesihatan jantung sebenarnya tidaklah sukar jika menjalankan gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat bukan saja akan meningkatkan kualiti kehidupan malah mengurangkan risiko diserang penyakit ini.
Di sini terdapat beberapa langkah mudah yang anda boleh lakukan bagi mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

Berjemur
Sinar matahari mengandung vitamin D yang dapat meminimumkan pembentukan plak pada pembuluh darah. Kajian Universiti California menunjukkan wanita mendapat vitamin D yang tinggi kurang 31 peratus risiko menghidap penyakit jantung. Maka berjemur pada waktu pagi iaitu sebelum jam 10 pagi selama 20 hingga 30 minit mampu membantu anda mendapat vitamin D yang mencukupi.

Pengambilan coklat
Makanan ini sering kali dihindari kerana dianggap menyebabkan kegemukan, tetapi jangan salah faham kerana coklat juga mempunyai manfaatnya tersendiri sekiranya diambil dalam kuantiti yang betul.
Coklat mengandungi magnesium yang dapat menurunkan kadar kolesterol. Kandungan salah satu lemak dalam coklat didapati baik untuk jantung. Pastikan coklat yang anda ambil mengandungi 70 peratus koko untuk mendapatkan manfaatnya.

Olahraga atau bersukan
Jantung adalah otot yang perlu dilatih secara teratur supaya tetap berada dalam keadaan baik. Kegiatan aktif seperti berjalan cepat, menari, berenang, joging atau bersukan dapat memberikan latihan terbaik buat jantung anda.
Jurnal Perubatan New England melaporkan, dengan melakukan senaman ringan seperti berjalan cepat selama dua hingga lima jam seminggu dapat mengurangkan satu pertiga risiko serangan jantung dan strok.
Aktiviti itu juga dapat meningkatkan kadar kolesterol baik dalam darah, namun anda perlulah berbincang dengan doktor sebelum memulakan melakukan olahraga khususnya bagi mereka yang tidak pernah bersenam atau mempunyai masalah kesihatan.

Pengambilan makanan laut
Makanan yang berasal dari laut dapat melindungi jantung anda kerana mengandung lemak omega-3 yang dapat menurunkan risiko serangan jantung, kadar kolesterol jahat, tekanan darah tinggi dan penggumpalan darah. Namun perlu diingat, ambillah makanan ini dalam kuantiti yang sederhana supaya tidak terkena serangan penyakit lain akibat terlebih pengambilan makanan laut.

Berhenti merokok
Rokok mengandung lebih 600 bahan kimia yang dapat merosakkan sel salur darah. Hal itu menyebabkan peningkatan kolesterol dalam jantung. Selepas anda berhenti merokok, risiko untuk mendapat penyakit jantung menurun hingga 50 peratus.

Bergembiralah
Dengan ketawa atau bergembira anda dapat menghilangkan tekanan minda. Tekanan itu sendiri boleh menjadi antara faktor risiko mendapat sakit jantung atau menyebabkan faktor risiko lain menjadi lebih buruk.
Contohnya ketika dalam keadaan tertekan, tekanan darah meningkat, kita mungkin akan makan banyak, malas bersenam dan mempunyai kecenderungan untuk merokok yang semuanya menjadi faktor risiko sakit jantung. Jadi belajarlah mengawal tekanan dan cuba lakukan perkara yang menggembirakan setiap hari.

Jangan lupakan gigi
Menurut kajian yang dilakukan Hospital Pergigian Sidney pada 2006, bakteria boleh memasuki pembuluh darah melalui gusi yang tidak sihat. Hal ini menyebabkan radang yang merosakkan lapisan arteri. Beruslah gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari dan berjumpalah dengan doktor gigi anda secara teratur.

Tidur cukup tidur
Individu yang tidur kurang daripada lima jam cenderung mengalami pengumpulan mineral kalsium dalam pembuluh darah jantung dan ia boleh pecah dan menimbulkan serangan jantung dan strok. Waktu tidur yang sepatutnya adalah enam hingga tujuh jam sehari.

Copy and paste: Whatsapp Group
4.3.2019: 7.30 am

AMARAN : Apakah Serangan Jantung?

Dr Beni Rusani

Serangan jantung (Sindrom Akut Koronari atau myocardium infarction) adalah satu kecemasan perubatan yang boleh membawa kepada komplikasi yang serius dan juga maut. Ia disebabkan oleh kekurangan bekalan darah ke jantung, saluran darah yang sempit disebabkan oleh plak kolestrol. Plak-plak yang tidak stabil ini boleh pecah dan seterusnya akan membentuk darah beku yang akan menghalang saluran-saluran secara keseluruhan.

Penyakit jantung (penyakit kardiovaskular / cardiovascular disease) pada masa kini merupakan punca kematian yang utama di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia. Hal  ini dapat dilihat melalui generasi ‘Baby Boom’ yang semakin meningkat usia; yang mana masih membentuk majoriti penduduk di dunia. Di Malaysia, kejadian serangan jantung adalah sekitar 141 bagi setiap 100,000 orang dalam setahun, dan menyebabkan kira-kira tujuh peratus kematian di hospital. Tambahan pula, penyakit kardiovaskular  menyumbang kematian dua setengah kali lebih tinggi di kalangan wanita Malaysia daripada semua jenis kanser apabila digabungkan.
Faktor-faktor risiko untuk serangan jantung adalah:
  1. Jantina (lelaki lebih berisiko daripada perempuan)
  2. Umur lebih daripada 45 tahun, (umur perempuan> 55 tahun atau selepas menopaus)
  3. Penyakit kencing manis
  4. Merokok
  5. Kandungan kolestrol tinggi dalam darah
  6. Penyakit darah tinggi
  7. Obesiti
Walau bagaimanapun, beberapa tahun kebelakangan ini kita melihat peningkatan bilangan kes-kes yang melibatkan orang-orang yang lebih muda, bahkan wanita dan pada awal umur 30-an. Pesakit paling muda yang pernah direkodkan mendapat serangan jantung di Malaysia berusia 19 tahun. Trend yang membimbangkan ini menunjukkan betapa pentingnya untuk mengekalkan berat badan normal, bersenam dan elakkan merokok; terutama mereka yang mempunyai sejarah keluarga mempunyai penyakit jantung.
Simptom utama serangan jantung adalah sakit dada yang digambarkan sebagai ditindih objek berat atau seperti tekanan. Ia mungkin diiringi dengan rasa kebas di sepanjang lengan kiri dan leher, loya dan muntah-muntah. Ada yang menyifatkannya sebagai suatu perasaan seperti “satu azab bakal berlaku”. Harus diingatkan bahawa tidak semua pesakit akan mengalami simptom-simptom klasik ini. Jika terdapat keraguan, sila dapatkan rawatan dan nasihat perubatan.
Walaupun terdapat peningkatan yang ketara dalam pengurusan serangan jantung secara keseluruhan, malangnya kebanyakan kematian berlaku sebelum sempat tiba di hospital. Kesilapan yang biasa dibuat oleh pesakit adalah kelewatan dalam mendapatkan rawatan perubatan atau kecemasan. Mereka sama ada tidak mengendahkan simptom-sipmtom tersebut,  berharap bahawa sakit dada itu akan reda atau menganggap ia disebabkan masalah kesihatan  lain seperti ketidakhadaman perut. Kelewatan ini akan memberi lebih tekanan pada otot jantung yang telah  kekurangan bekalan dan peredaran darah, seterusnya ianya tidak dapat dipulihkan dan kerosakan jantung akan berlaku. Jika tidak dirawat dengan segera atau mereka yang terselamat akibat dari serangan jantung akan mengalami komplikasi lanjut seperti kegagalan fungsi jantung. Kebiasaannya mereka akan mengadu sesak nafas ketika melakukan senaman mahupun ketika sedang berehat.
Secara amnya, prinsip terbaik dalam sebarang kecemasan perubatan adalah dengan mendapatkan bantuan perubatan dengan segera di pusat perubatan yang terdekat. Walau bagaimanapun, memandangkan betapa seriusnya penyakit ini dan juga rawatannya yang kompleks, untuk kes-kes  ‘serangan jantung yang stabil’ adalah dinasihatkan untuk datang terus ke Jabatan Kecemasan terdekat, bukannya mengunjungi  klinik am. Sekiranya pesakit telah datang ke klinik, dalam kebanyakan kes, doktor di klinik akhirnya akan merujuk pesakit tersebut ke hospital yang berdekatan dan ini telah menyebabkan pembaziran masa ketika pesakit tiba di jabatan kecemasan.
Secara ringkasnya, terdapat tiga jenis serangan jantung:
  1. STEMI  (infark miokardium berserta peningkatan segmen ST)
  2. Bukan-STEMI (infark miokardium tidak berserta peningkatan segmen ST)
  3. Angina tidak stabil
Nota: ST merujuk kepada segmen ST yang dirakam di ECG. ECG yang normal mempunyai gelombang P, kompleks QRS dan gelombang T. Salah satu cara untuk mengklasifikasikan serangan jantung adalah dengan perubahan kepada segmen ST dalam ECG.





Sejurus tiba di hospital, berdasarkan jenis serangan jantung (melalui pemeriksaan ECG dan ujian darah), doktor yang merawat akan menentukan rawatan yang paling sesuai untuk pesakit. Ia mungkin terdiri daripada ubat-ubatan yang berasaskan-prosedur seperti angioplasty (pembedahan nyah-halang saluran darah). Selepas penstabilan di Jabatan Kecemasan, pesakit akan dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan dan juga pemerhatian lanjut.
Terdapat juga situasi yang malang, iaitu serangan jantung yang disusuli dengan terhentinya degupan jantung sebelum sempat tiba di hospital, maka adalah sangat penting orang yang berada di sekeliling pesakit ketika serangan untuk melakukan cardio-pulmonary resuscitation atau CPR (tidak terkandung dalam artikel ini) kerana tindakan ini telah terbukti dapat meningkatkan peluang pesakit untuk terus hidup.
Bagi mangsa serangan jantung, adalah penting untuk terus mengambil ubat yang ditetapkan untuk mereka. Kebanyakan ubat-ubatan ini perlu diambil sepanjang hayat kerana sifat mereka ‘penstabilan’ dan bukannya ‘merawat’ jantung. Dengan ini, pesakit perlu berbincang dengan doktor mereka sebelum menghentikan pengambilan ubat-ubatan itu. Kegagalan berbuat demikian mungkin membawa kepada bahaya , contohnya penghentian mengambil Aspirin selepas angioplasty mungkin akan menyebabkan tersumbatnya ‘stent’ yang telah diimplan di dalam saluran darah pada jantung.
LIMA mesej penting yang perlu diingatkan kepada pembaca:
  1. Walaupun serangan jantung biasanya dinyatakan sebagai tekanan seperti sakit dada, jika anda ragu-ragu, sila dapatkan bantuan perubatan.
  2. Jika anda agak stabil, sila datang terus ke Jabatan Kecemasan di hospital yang berdekatan.
  3. Ingat bahawa “masa adalah otot” dan lebih lama mangsa menunggu, lebih banyak otot jantung akan rosak dan semakin besar kemungkinan kerosakan itu tidak dapat dipulihkan.
  4. Jika mangsa tidak sedarkan diri sebelum tiba ke hospital, CPR dapat meningkatkan peluang untuk hidup (CPR mudah dipelajari).
  5. Jangan berhenti mengambil ubat tanpa berunding dengan doktor yang telah memulakan ubat tersebut.
Dr Beni Rusani adalah seorang pakar kardiologi yang kini bertugas di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Beliau mempunyai minat yang mendalam untuk  meningkatkan tahap kesedaran tentang isu-isu kesihatan setempat. Kenali beliau dengan lebih lanjut dalam ruangan ‘The Team’. Artikel ini telah diterjemah oleh Cik Raja Maizatul Azaria.

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.]

Rujukan:
  • Management of Unstable angina / non STEMI. Malaysia Clinical practice guideline. Ministry of Health Malaysia; 2011.
  • Prevention of cardiovascular disease in women. Malaysia Clinical practice guideline. Ministry of Health Malaysia; 2008.

4/3/2019: 12.42 am