ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 30 December 2018

SEJARAH TLDM (1934 - 1969)

18 March 1915 : HMS Malaya dihadiah oleh Raja-Raja Melayu kepada kerajaan British. HMS Malaya ditauliah pada 27 Januari 1916 dan dilucutkan tauliah pada Ogos 1946. 

1934
27 April - Straits Settlement Royal Naval Volunteer Reserve (SSRNVR) ditubuhkdan di Singapura. Cdr.L.W. Johnson RN dilantik sebagai Pegawai Memerintah pertama. 

1935
18 Februari - Kerajaan British menghadiahkan kapal Korvet Kelas Flower iaitu HMS Laburnum kepada SSRNVR. 

1937
HMS Panglima dan HMS Pahlawan ditauliahkan untuk tugas rondaan pantai. 

1938
Oktober - Straits Settlement Royal Naval Volunteer Reserve (SSRNVR) ditubuhkan di Pulau Pinang. 

1939
  • Februari - Malayan Royal Naval Volunteer Reserve ditubuhkan di Pulau Pinang.
  • September - Royal Navy Malay Section atau lebih dikenali Malay Navy ditubuhkan. 
  • 4 September : Malayan Royal Naval Volunteer Reserve dikerahkan sepenuh masa. 

1940
  • MRNVR dilengkapkan dengan 2 buah kapal Penyapu Periuk Api iaitu HMS Trang dan HMS Jerong. 
  • 1 Januari - HMS Terror ditukar nama kepada HMS Sultan. 
  • 4 Februari - Pergaduhan besar berlaku di Happy World Singapura melibatkan 32 anggota Malay Navy. 

1941
  • 8 Disember - Tentera Jepun mendarat di Kota Bharu, Kelantan. HMS Kelana dibawah perintah Lt.C.J. Windsor telah ditenggelamkan oleh pesawat Tentera Jepun di kawasan Endau, Pahang. 
  • Kapal HMS Pelandok  dibom oleh Tentera Jepun di Singapura. 
  • 9 Disember - ODSM Ahmad bin Saidi (Adik kepada Allahyarham Lt. Adnan bin Saidi) terkorban dalam pertempuran dengan Tentera Jepun.
  • 10 Disember - 2 buah kapal perang British, HMS Prince of Wales dan HMS Repulse tenggelam di perairan Kuantan akibat dibom oleh Tentera Udara Jepun. 
  • 13 Disember - HMS Lipis , Armed Merchant Ship pertama diserang oleh Tentera Jepun semasa dalam pelayaran dari Kuching ke Singapura. HMS Kelantan dibawah Captain H.W. Richardson adalah kapal pertama berjaya meninggalkan Tanah Melayu dan belayar menuju ke Colombo. 
  • 30 Disember - HMS Kudat diserang oleh Tentera Jepun di Teluk Gadong. ABSM Abdul Kadir bin Said dianugerahkan Pingat Distinguished Service Medah (DSM) oleh Kerajaan British atas keberanian beliau menentang Kapalterbang Tentera Jepun di atas Kapal HMS Kudat. Beliau adalah merupakan anak Melayu pertama dikurniakan pingat tersebut. 
1942
  • HMS Surveyor dan HMS Kampar ditenggelamkan oleh Tentera Jepun di perairan Malaya. 
  • 12 Januari - HMS Vyner Brooke diserang oleh pesawat Tentera Jepun di Pulau Bangka Indonesia. Kesemua anggota Malay Navy diatas kapal tersebut terkorban kecuali ABSM Abdul Samad bin Ali. Beliau telah berjaya menyelamatkan 22 jururawat Tentera Australia namun pengorbanan beliau tidak pernah diberi pengiktirafan oleh kerajaan British. Beliau akhirnya membawa diri ke Amerika dan menetap di sana. 
  • 13 Januari - HMS Matahari & HMS Larut tenggelam di perairan Pulau Sabang diserang Tentera Jepun. 
  • 20 Januari - HMS Raub diserang oleh Tentera Jepun di Belawan, Indonesia. HMS Larut dibawah Captain C.E. Cleaver telah diserang oleh Pesawat Jepun berhampiran Pulau Sabang. 
  • 27 Januari - Semua anggota tentera British dan Australia yang berada di Johor Bahru diarah berundu ke Singapura untuk pertahanan terakhir. 
  • 8 Februari - Singapura mula diserang dari Udara oleh tentera Jepun termasuk pengkalan Tentera Laut British di Sembawang dan juga kapal latihan HMS Pelandok. 
  • 11 Februari - HMS Laburnum  diserang oleh Tentera Jepun. Lt.Cdr. H. Vickers Pegawai Memerintah HMS Pelandok memberi pilihan kepada anggota Malay Navy dan MRNVR samada terus berjuang dengan Tentera Laut British atau menanggalkan pakaian seragam Tentera Laut dan pulang ke kampong masing-masing. 
  • 13 Februari - HMS Laburnum ditenggelamkan oleh pesawat Jepun. 
  • 14 Februari - HMS Vyner Brooke, HMS Siang Wo dan HMS Shu Kuang tenggelam akibat serangan serangan Jepun di perairan Tanah Melayu. 
  • 15 Februari - Singapura jatuh ke tangan Tentera Jepun. 
  • 8 Mac - HMS Kedah tiba di Colombo setelah diserang oleh Tentera Laut Jepun. 
1944
  • April - 52 anggota Malay Navy dianugerah Pacific Star dan War Medal oleh Kerajaan British. 
  • 9 Mei - ABSM Johari bin Mohd Amin menyertai OSS 404 (U.S.Army). OSS 404 dikatakan adalah asas kepada penubuhan CIA di Amerika sekarang. 
  • 1 Disember - Force 136 yang dianggotai oleh beberapa anggota Malay Navy mendarat di Temenggor, Perak diketuai oleh Lt. Col. P.G. Dobrey. 
1945
  • 5 Ogos - Anggota Malay Navy belayar dengan HMS Braganza di Bombay dan dilatih mengenai taktik peperangan di Laut. 
  • 6 Ogos - Pesawat B-29 Bomber (USAAF) menggugurkan bom Atom di Bandar Hiroshima, Jepun/
  • 9 Ogos - Pesawat B29 Tentera Udara Amerika menggugurkan Bom Atom di Bandar Nagasaki di Jepun. 
1946
  • 12 Januari - sebahagian anggota Malay Navy dan MRNVR berkhidmat semula di HMS Derby Heaven. 
  • 26 Februari - MRNVR dibubarkan. 
  • 8 Jun - beberapa anggota Malay Navy terlibat dalam London Victory Parade. 
1947
  •  April - Malay Navy dibubarkan. MRNVR ditubuhkan semula dibawah perintah Cdr. F.E.W Lammert.
1948
  • 21 Januari - Perjanjian antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura ditandatangani  bagi menubuhkan sebuah Pasukan Tentera Laut. 
  • 12 Julai - Darurat diisytiharkan di Tanah Melayu. 
  • 22 Disember - Majlis Perundangan Singapura telah mengesahkan penubuhan Malayan Naval Force (MNF).
  • 24 Disember - Malayan Naval Force Ordinance 1948 telah mendapat kelulusan Majlis Perundangan Singapura. 
1949
  • 10 Januari - Malayan Naval Force ditubuhkan secara rasmi. Sarkawi bin Bujang memakai nombor rasmi 800001. 
  • 18 Februari - Captain H.E.H. Nicholls RN telah dilantik sebagai Senior Officer Malayan Naval Force. 
  • 3 Mac - Struktur gaji dan elaun Malayan Naval Force diumumkan. 
  • 4 Mac - The Malayan Naval Force Regulation 1949 telah diwartakan. 
  • 15 Mac - Draft Ordinan "Malayan Naval Force dan Defence Ordinance" dibentang didalam Majlis Perundangan Singapura. 
  • 8 April - Kapal HMS Pelandok ditauliahkan kepada Malayan Naval Force selepas kapal pertama HMS Test. 
  • 18 April - HMMS Sri Melaka ditauliah dalam Malayan Naval Force. 
  • 18 April - Kapal LCT MK 3 diserahkan kepada Malayan Naval Force dan dinamakan MS Malaya dan ditukarkan kepada HMMS Malaya pada tahun 1952.
  • Jun - Landing Craft Gun (LCG 439) diserahkan kepada MNF dan dinamakan HMS Pelandok. 
  • Jun - Landing Craft Gun (LCG 450) diserahkan kepada Malayan Naval Force dan dinamakan MS Pelandok dan kemudian ditukar kepada HMMS Sri Perlis. 
  • 19 November - Bekas Stesen wireless Royal AirForce di Woodlands, Singapura dirasmikan sebagai Berek Malayan Naval Force. 
1950
  • 23 Mei - Upacara Penyerahan Loceng HMS Malaya kepada Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan oleh Kerajaan British. 
1951
  • 1 Januari - MS Pelandok ditukar nama kepada MS Malaya. 
  • 27 Januari - Kapal baru HMS Laburnum dinamakan oleh Lady Gimson, isteri Gabenor Singapura, Sir Franklin Gimson. 

1952
  • 23 April - HMMS Sri Johor ditauliahkan. 
  • 29 Ogos - Ratu Elizabeth II mengurniakan gelaran "DiRaja" kepada Malayan Naval Force. Pengkalan MS Malaya ditukar nama kepada HMMS Malaya. 
1953
  • 1 Disember - 2 anggota Senior Rates ditauliahkan Pegawai Tugas Khas iaitu Ismail bin Hassan dan Syed Halim Bin Syed Abu Hasan. 
1954
  • (-) HMS Dabchick (Kapal Penyapu Periuk Api) diserahkan kepada Royal Malayan Navy dan dinamakan HMMS Penyu. Kapal ini kemudiannya dinamakan kembali sebagai HMMS Sri Johor  pada 31 Ogos 1958. 
  • 16 April - Pegawai Kadet Peter Chia Cheng Lock N/400072, CPO Ismail bin Hassan and CPO Syed Halim bin Syed Abu Hassan merupakan anak tempatan pertama dihantar berkursus di British Royal Naval Cadet, Darmouth, England. 
  • 4 Mei - Kapal HMS Dabchick ditauliah ke dalam Tentera Laut Malaya dengan nama HMMS Penyu. 
1955
  • 30 Mei - 9 Pegawai Kadet pertama melapor di Woodlands, Singapura. 
  • 5 Ogos - Ketua Menteri Singapura, David Marshall melawat pengkalan Malayan Naval Force di Woodlands, Singapura. 
  • Disember - 9 Pegawai Kadet berlepas ke Royal Naval College, Darmouth, England. 
1956
  • 14 Januari - HMS Panglima dilancarkan di United Engineers, Singapura oleh Lady Black, isteri Gabenor Singapura, Sir Robert Black
1957
  • 15 Mei - Capt. E.D.Norman RN mengambilalih jawatan Senior Officer Royal Malayan Navy. 
  • 31 Ogos - Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. 
  • 18 Oktober - 12 wanita pengambilan pertama Singapore Women Auxiliary Naval Services (SWANS) ditubuhkan. 
1958
  • 1 Januari - Captain R.S. Tuffnell dilantik Pemerintah Pasukan MRNVR. Pentadbiran Tentera Laut Malaya berpindah dari Kerajaan Singapura kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. 
  • 17 April - J.B.L Thomas, The First Lord of Admiralty melawat Pasukan MRNVR. 
  • 21 April - Admiral of The Fleet RN, Earl Mountbatten of Burma, The First Sea Lord melawat Pasukan MRNVR. 
  • 1 Julai - Tentera Laut DiRaja Malaya menjadi hakmilik Persekutuan Tanah Melayu secara rasmi. 
  • 12 Julai - Tentera Laut DiRaja Malaya diserahkan secara rasmi kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Ketua Menteri Singapura, En. Lim Yew Hock di pengkalan HMS Malaya di Singapura. Upacara ini turut di hadiri oleh Gabenor Singapura Sir William Goode.
  • 12 Ogos - Kerajaan British menyerahkan kapal HMS Bedham kepada Kerajaan Persekutuan dan ditukar nama kepada HMMS Langkasuka. 
  • 31 Ogos - HMMS Pelandok dinamakan HMMS Sri Perlis. HMMS Penyu dinamakan HMMS Sri Johor. 
  • 7 September - Perbarisan Di Raja Armada yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu. 
  • 1 November - Kerajaan British menyerahkan kapal HMS Brantingham kepada Kerajaan Persekutuan dan ditukar nama kepada KD Temasek. 
1959
  • 1 April - Commander in Chief Far Eastern Station, Admiral Sir Gerald Fladstone RN menyerahkan 2 buah kapal HMS Altham dan HMS Asheldham kepada Kerajaan Persekutuan. Kedua-dua kapal ditukar nama kepada KD Sri Johor  dan KD Sri Perlis. 
  • 3 Julai - HMMS Sri Pahang ditauliahkan. 
1960
  • Februari - TLDM Menyertai Latihan Commonwealth Joint Exercise Training  (Latihan Jet 60) bersama Australia,Ceylon, India, New Zealand, Pakistan dan United Kingdom. 
  • 8 Februari - Capt. W.J. Dovers RAN  dilantik Captain of the Navy TLDM menggantikan Commodore E.D. Norman. 
  • 10 Februari - Sultan Sir Ismail ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim dilantik sebagai Kapten Yang DiPertua TLDM yang pertama. 
  • 24 Mei - Kerajaan British menyerahkan HMS Darlaston  (KD Mahamiru) kepada TLDM. 
  • 1 November - Captain R.G. Banks dilantik pemerintah MRNVR division Singapura. 
1961
  • 7 Februari - Semua perintah kawad dalam ATM menggunakan bahasa Melayu dikuatkuasakan. 
  • 20 Mei - KD Mutiara kapal pertama secara rasminya dianugerah gelaran "Kapal Di Raja" (KD) dan juga kapal pertama yang dibina khusus untuk TLDM di dalam negeri. Lt Ismail Hassan dilantik Pegawai Memerintah dan merupakan anak tempatan pertama memerintah sebuah kapal Tentera Laut. 
1962
  • 4 Jun - KD Sri Kedah ditauliahkan oleh isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaya di London, Tunku Maimunah. 
  • 14 Julai - Commodore A.M. Synnot RAN dilantik Chief of Navy yang ketiga. 
1963
  • 20 Januari - Konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia diumumkan oleh Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio. 
  • 25 Mac - KD Sri Kedah ditauliahkan. 
  • 6 Jun - KD Sri Perak  ditauliahkan. 
  • 2 September - KD Sri Perak memulakan pelayaran dari Portsmouth, England dibawah Pegawai Memerintah Lt. Cdr B.E.I. Hydesmith RN. 
  • 16 September - Pembentukan Malaysia. TLDM kini dikenali sebagai Tentera Laut Di Raja Malaysia. Jawatan Chief of The Navy ditukar kepada Ketua Turus Tentera Laut. 
  • 22 September - Penyerahan MRNVR Cawangan Singapura kepada Kerajaan Persekutuan berikutan kemasukan Singapura ke dalam Malaysia. HMS Laburnum, HMS Panglima dan HMS Panji ditukar nama kepada KD Singapura, KD Panglima dan KD Panji. 
  • 25 Oktober - 800001 POWG Sarkawi Bin Bujang bersara dari TLDM.  
  • 12 November - KD Sri Kelantan ditauliahkan di Portsmout Pier, UK. 
1964
  • 19 Mac - KD Mutiara berjaya menghalang sebuah Gun Boat Indonesia menceroboh perairan negara. 
  • 21 Mac - Panglima Tentera Laut DiRaja British, Admiral Sir John David Luce memeriksana perbarisan Kehormatan di KD Malaya, Woodlands, Singapura. 
  • April - Kerajaan British menyerahkan tanggungjawab pengukuran Hidrografi kepada Kerajaan Malaysia. 
  • 11 April - KD Panglima ditauliahkan.
  • 17 April - KD Kinabalu dan KD Jerai dilancarkan di England. 
  • 20 Julai - KD Perantau ditauliahkan. 
  • 24 Julai - KD Sri Selangor dibawah perintah Lt. P.K. Nettur terlibat dalam pertempuran dengan KKO Indonesia di perairan Pulau St. John. ABEM Abdul Samad bin Suliman terkorban manakala PKK Musa Jabar dan LRRG Kweh Onn Cheong tercedera. 
  • 17 Ogos - 108 anggota Tentera Nasionalis Indonesia (TNI) mendarat di Kukup dan Benut dalam daerah Pontian, Johor. 
  • 1 September - 96 anggota TNI (Indonesia) mendarat di Labis Johor. 
  • 4 September - Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan Darurat ke seluruh negara ekoran pencerobohan Tentera Nasional Indonesia di wilayah-wilayah Malaysia yang semakin meluas. 
  • 28 September - KD Sri Negri Sembilan ditauliahkan. 
  • 2 Oktober -  HMS Loch Insh diserahkan kepada TLDM dan dinamakan KD Hang Tuah (F433). 
  • 15 Oktober - 15 perintis wanita dari Singapore Women Auxiliary Naval Services (SWANS) dikerah sepenuh tenaga dalam Tentera Laut. 
  • 11 November - KD Hang Tuah (F433) belayar dari Portsmout, UK .
  • 1 Disember - KD Sri Pahang dibawah perintah Lt. M.W. Alvisse TLDM bertempur dengan bot KKO Indonesia di perairan Bedok,Singapura. 
  • - Elaun Sabah dan Sarawak diperkenalkan kepada anggota TLDM yang bertugas di Sabah dan Sarawak. 
  • 30 Disember - KD Hang Tuah (F433) tiba di Woodlands Singapura. 
1965
  • 9 Januari - KD Sri Perak dibawah perintah Lt. Hyde Smith RN bertempur dengan bot musuh di perairan Selat Melaka dan berjaya menawan 15 tentera penceroboh dari Indonesia. Pada hari yang sama KD Panglima dibawah Peg.Memerintah Lt. Ong Kian Lam RMNVR berjaya menawan 4 anggota TNI di Kukup, Pontian, Johor. 
  • 9 Februari - KD Sri Perak berjaya menawan sebuah Bot Tunda dan 10 Gerila Indonesia d Tanjung Tuan, Port Dickson, NS. 
  • 14 Februari -  KD Sri Tawau ditubuhkan. 
  • 3 Mac - Commodore A.N. Dollard RAN dilantik Ketua Turus Tentera Laut yang ke empat. 
  • 29 Mac - Headquarters for Commander Naval Force West Malaysia (COMNAVWEST) ditubuhkan di Woodlands, Singapura. 
  • 21 Jun - KD Sri Langkawi ditauliahkan. 
  • 29 Julai - DYMM SPB YDP Agong melawat KD Singapura. 
  • 30 Julai - Lawatan Di Raja, DYMM SPB YDP Agong, Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullai ke KD Malaya dan KD Sri Selangor di Woodlands, Singapura. 
  • 22 Oktober - Perkasa Class Patrol Boat dilancarkan oleh Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di England. 
Antara peristiwa Konfrontasi yang tidak dinyatakan tarikh:
  • KD Panglima dibawah perintah Lt. Ong Kiam Lam RMNVR berjaya menawan 4 anggota tentera Indonesia di Kukup daerah Pontian, Johor. 
  • KD Sri Kedah dibawah perintah Lt. A.W. Townsend RN bertempur dengan KKO di Selat Melaka. 
  • KD Ledang dibawah perintah Lt. B. Cormack RN melepaskan tembakan ke arah beberapa Komando Indonesia yang cuba menyeludup masuk berhampiran Pulau St. John. 
  • KD Sri Kelantan dibawah perintah Lt. J. Buchanan RAN  berjaya menembak mati beberapa anggota KKO Indonesia. 
1966
  • 1 Januari -  KD Kris ditauliahkan. 
  • 1 Februari - Semua Kapal milik Singapore Naval Volunteer kecuali KD Panglima diserahkan kepada Kerajaan Singapura selepas perpisahan Singapura dari Malaysia. 
  • 5 Mac - Pentauliah 2 buah Inshore Minsweeper M2627 KD Todak (ex HMS Felmersham) dan M2610 KD Jerong (ex HMS Boreham). 
  • 12 Mac - DYMM SPB YDP Agong ke 4, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Zainal Abidin III Muazam Shah mengurniakan Panji-Panji Di Raja kepada TLDM. 
  • 18 April - KD Tahan ditauliahkan. Lt.Kdr Mohd Zain bin Mohd Salleh TLDM dilantik Pegawai Memerintah pertama. 
  • 8 Mei - KD Badek dilancarkan di Portsmouth, UK. 
  • 16 Mei - KD Sri Labuan (Markas Wilayah II) dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak bin Hussein. 
  • 29 Jun - DYMM Sultan Johor, Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dilantik Kapten Yang Di Pertua TLDM yang pertama. 
  • 9 Ogos - Singapore Women Auxiliary Naval Services (SWANS) dibubarkan. 
  • 4 September - TLDM mengambilalih sepenuhnya kuasa gerakan perairan di Sabah dan Sarawak.
1967
  • 15 Mac - KD Rentaka dilancarkan di Limbungan Vosper Ltd, Portsmouth, UK. 
  • 12 April - KD Lembing ditauliahkan di Portsmouth, England. 
  • 19 Mei - KD Serampang ditauliahkan. 
  • 22 September - KD Rentaka ditauliahkan. 
  • 1 Disember - Laksamana Muda Tan Sri Dato' Sri K. Thanabalasingam dilantik Ketua Turus Tentera Laut yang ke 5 dan juga anak tempatan yang pertama memegang jawatan tersebut. 
  • 18 Disember - Pelancaran KD Hang Jebat (KD Rahmat) dilakukan oleh PUan Seri Norhimah isteri kepada Duta Besar Malaysia ke UK ketika itu. 
1968
  • 24 Januari - KD Sri Perlis ditauliahkan. 
  • 14 Februari - KD Sri Johor ditauliahkan oleh Ketua Turus Tentera Laut Commodore K.Thanabalasingam.
  • April - Ensign Tentera Laut Di Raja British ditukarkan kepada Ensign TLDM. 
  • 20 April - KD Sri Medini ditubuhkan di Kem Majidee, Johor Bahru. 
  • 1 November - Naval Officer Incharge East Malaysia (NOICEM) ditukarkan kepada Commander Naval Force East Malaysia (COMNAVEAST).
1969
  • 26 Mei - KD Sri Perlis dibawah Pegawai Memerintah Lt. Ng Teng Hin TLDM berjaya menahan bot penyeludup Indonesia di Tanjung Tohor Light. 
Update: 29.12.2018: 10.19 am

** Segala butir-butir diatas adalah dari pengumpulan saya sendiri melalui rujukan beberapa buah buku dan laman sesawang......bukan copy and paste
Saya tidak melarang sebarang copy and paste tetapi sila nyatakan rujukan dari mana ia diambil....

No comments:

Post a Comment