ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 16 January 2019

KULIAH ARKEOLOGI 21 - 33

DR. AMINUDIN BIN ABDUL KARIM
FB: KULIAH ARKEOLOGI

Kuliah Arkeologi 21
Zaman Megalithic

Zaman ini biasanya merupakan batu kubur yang biasanya dipanggil "Dolmen" seperti didapati diAylesford diKent atau ada terdapat diPeranchis yang dikenali allee cauverte. Dinegara kita boleh ditemui di Pengkalan Kempas, di Sarawak dan lain-lain.

Kuliah Arkeologi 22
Zaman Megalithic -Zaman ini dibarat terus berkembang dan juga di Eropah Tengah dan mengembang menjadikan satu tamadun yang kemudian berasaskan pertanian dimana manusia tinggal dikawasan yang subur dan tepian sungai. Di Eropah dikenal sebagai Danube atau Danubians.

Arkeologi Mesir
Mari kita lihat kedudukan Sejarah Mesir secara bandingannya

Kuliah Arkeologi 23 -Arkeologi Mesir Purba
Kajian arkeologi tidak lengkap sekiranya tidak mengutip pengalaman dari sejarah Mesir Purba.Bagi sejarah Mesir sudahlah tentu berkisar diSungai Nil dan juga budaya serta pemerintahannya.Sejarah penulisan dan penomboran tidak menafikan bermula diMesir dimana Hieroglyphs digunakan untuk dokumentasi.Kemudian penakluk Mesir memperkenalkan tembikar dan peralatan pembuatan tembikar.Apa yang menariknya pengguna kayu dalam bangunan diMesir dikenalpasti namun Mesir bukanlah pengeluar kayu dan begitu jugalah pembinaan pyramid Mesir dari granite juga tidak ada dibumi Mesir. Jadi dari manakah datang ini semua? Kajian saya tentang Lembah Bama (2009) menyingkap bahawa bahan binaan pyramid iaitu granite adalah datangnya Lembah Bama dan begitu jugalah kayu turut datang dari sini untuk kegunaan orang Mesir.

Kuliah Arkeologi 24-Arkeologi Rom Purba
Mempelajari kesan-kesan arkeologi Rom Purba juga merupakan satu pembelajaran yang cukup menarik .Sistem pemerintah kerajaan Rom dirujuk oleh banyak pihak disamping itu "Roman Colonization" turut dikaji dan keindahan bangunan yang dibina turut menjadi subjek yang menarik bagi pelajar arkeologi barat.
Kuliah 25-Arkeologi Mesopotamia
Mengkaji tamadun Mesopotamia menarik perhatian ahli arekologi yang memperlihatkan kepada kita negeri itu dibahagi kepada dua bahagian iaitu Akkad diutara dan Sumer diselatan.Keduanya terletak diantara dua sungai iaitu Euphrates dan Tigris.
Nama kota Susa yang jarang kita dengar sebagai kota menyebar budaya ketika itu dan terdapat pemerintahan Dinasti Krish ketika itu.

Kuliah 26-Arkeologi Minoan Crete
Budaya Crete dikenali setara dengan Mesir, artifak-artifak dari Crete dijumpai Mesir takala Zaman Dinastinya yang pertama.Manakala vas batu buatan Mesir memperlihatkan ciri-ciri budaya Crete.Dengan katalain ada silang-budaya diantara dua budaya lamaini. Malahan terdapat artifak-artifak buat Crete tentang perkahwinan banyak mempengaruhi negara-negara sekitar Mediterranean.

Kuliah 27-Kerja-Kerja Logam
Dalam Tamadun Manusia terdapat peringkat Zaman Batu, Zaman Gangsa,Zaman Besi Zaman Mekanikal dan Kini.Selain dari itu ada juga pecahan bagi zaman tersebut untuk Zaman Gangsa yang dikenali sebagai Zaman Tembaga. Logam yang awal dikesan digunakan dalam proses peleburan adalah Tembaga , ini dapat dikesan di Mesir, Mesopotamia,Hungary,Itali dan Ireland sejak 2000 BC. 
Dari Tembaga manusia beralih kepada Gangsa yang lebih mudah dilebur dan banyak digunakan bagi tujuan peralatan dan senjata serta dibentuk dalam acuan atau diproses secara "cire perdue".Foto berikut adalah lombong tembaga di USA.

Kuliah 28-Zaman Gangsa DiEropah
Memang tembaga dan timah diperlukan bagi membentuk gangsa.Tamadun dunia menyaksikan negara kelautan seperti Troy berkembang dari sudut perdaganganya disamping itu Crete juga turut berkembang dengan menyaksikan banyak artifak dari dua tempat itu ditemui diEngland dan Mesir.

Kuliah 29-Era Barbaric Eropah
Asalnya rumah penduduk adalah dari pepohon yang didirikan ditepi tasik.Banyak artifak-artifak dijumpai dipergunungan Alps bagi membuktikan penempatan manusia ketika itu.Kemudian budaya turut berkembang dengan menuruni Lembah Rhine lantas ke Perancis dan Belgium dan menjelajah ke Britain.Begitu jugalah penempatan yang ditemukan di Mesir yang dikenali dengan jolokan, "The Land of Punt" dan juga Lake Takino di Macedonia.

Kuliah 30-Monument Zaman Neolitik
Kita lihat pula monument zaman Neolitik ini diwakili oleh bangunan atau batuan Megalitik hinggalah ke zaman Gangsa. Arifak yang menarik ditemui di Isles British,Brittany, Malta, Itali dan lain-lain. Batu-batu sebegini dikenali sebagai Stonehence di Salisbury yang belum dapat ditelah oleh para pengkajji arkeologi apa tujuannya, namun dinegara kita ianya ditempatkan ditanah perkuburan.


Kuliah 31-Bagaimana Terjadi Batu Megalitik
Batu atau Monument Megalitik terjadi dengan beberapa Teori yang diantaranya oleh Manusia Zaman Neolitik, Oleh Orang Asing (Aliens) atau Raksaksa.Batu sedemikian banyak diBritain dikenal "Stonehence" yang berkembang sedemikian jadinya.

Kuliah 33-Zaman Gangsa di Eropah

Era ini kita lihat tembaga dan timah diperlukan untuk pembikinan gangsa.Artifak arkeologi menyaksikan banyak barangan jenis ini dihasilkan diAnatolia, barangan ini kemudiannya didagangkan diLaut Mediterranean dan Laut Hitam (Black Sea) terutama barangan berbentuk drum.


Arkeologi Perancah Sejak Paleolithic
Memang dalam industri pembinaan betapa pentingnya scaffolding (perancah) sekarang, namun mengkaji sejarah arkeologi kita dapati gua-gua dizaman paleolithic lagi telah menggunakan teknik ini iaitu kira-kira 17,000 tahun dahulu. Walaun zaman moden ini teknik moden yang dibawakan oleh Daniel Palmer Jones dan David Henry Jones dan Teknik Barat yang saya pelajari BS EN 12811-1 sebenarnya untuk kestabilan namun keberkesanan sebenarnya terletak pada minda perkerja itu sendiri, persoalannya adakah minda kita kental ?.

Artifak Arkeologi Mesir Purba

Sebagai saya katakan artifak arkeologi yang ditemui kini hanya kira-kira 30 % yang lain masih tertanam dalam bumi, sebab itu terlalu banyak artifak yang perlu diselidiki. Penemuan artifak diMesir yang dikatakan sezaman Firaun adalah satu penemuan biasa bagi pelajar arkeologi disana, jadi untuk mendapat pembelajaran yang berkesan belajar arkeologi diMesir sungguh menarik dan menambah ilmu.



Artifak Sebagai Bahan Bukti Arkeologi.
Kajian saya tentang Lembah Bama (Kuala Lipis) Sebagai Pusat Tamadun Melayu Silam telah saya buktikan dalam bentuk Artifak Fizikal dan juga Artifak Non Fizikal.Dalam menulis buku saya yang ke 14 berjudul, "Memoir Keh DeRelong Tentang Nama Tempat dan Biografi Foto", saya menemukan Nama Tempat iaitu Bukit Perupuk yang letaknya sebelahan Tembeling.Ramai yang tidak mengetahu apa erti perupuk.Perupuk ertinya Gong Kayu.Gong Kayu memang lama telah wujud dan biasanya dibuat dari kayu keras iaitu Merbau.Dipuncak Bukit Perupuk dahulu kami ambil teras merbau untuk dibuat gasing. Zaman silam pasti disinilah banyak kayu istimewa untuk dibuat Gong Kayu.Natijahnya Bukit Perupuk adalah Artifak Non Fizikal dan Fizikalnya dilahirakan dalam bentuk Gong Kayu.

KENAPA KERIS?
Ada orang tanya saya kenapa saya kaji keris. Bagi saya keris adalah produk budaya Melayu yang sangat istimewa.
1. keris adalah sains Melayu. Dalam sebilah keris terlihat ilmu fizik, ilmu kimia, dan ilmu biologi Melayu. Pada reka bentuk bilah, bahan besi yang diadun dan ditempa, pada reka bentuk hulu dan sarung, jenis kayu dan properties yg terkandung dalam kayu tersebut, pada asid lemah dan asid kuat utk merendam bilah serta bahan arsenik utk warangan, pada racun biologis daripada tumbuhan serta haiwan utk menambah bisa pada bilah mata, segala2nya bukti yg terpadu menunjukkan kebijaksanaan Melayu silam. Rahsia ini hanya terdedah apabila kita mengkaji keris dgn hati terbuka dan ikhlas. Rahsia ini pasti tersembunyi jika kita melihat keris dgn penuh benci atas andaian keris punca khurafat dan sesat.

2. keris adalah teknologi Melayu. Bagaimana bahan besi dikutip kemudian diadunkan sebelum dibentuk menjadi bilah sama ada lurus atau berlok. Tanpa jangkasuhu bagaimana empu mengenal tahap lebur besi dgn hanya melihat warna api. Bagaimana besi baja dan besi tawar dipadukan sedangkan mempunyai tahap suhu lebur yg berbeza. Kepandaian tukang katana Jepun hanya mampu mengadun 3 jenis besi. Bagi empu Melayu 7 jenis besi adalah bilah biasa. Keris istimewa adalah campuran puluhan jenis besi termasuk nikel dan meteorite. Bagaimana terhasilnya corak pamor yg indah sama ada secara alami atau sengaja dirancang. Bagaimana bilah mata dikikir dan lurah dihasilkan. Bagaimana bilah seimbang sedangkan bentuknya tidak simetrikal. Bagaimana pakaian keris dilicin dan dikilatkan tanpa peralatan berteknologi spt sekarang. Tak akan terhasil jika tidak ada teknologi pada leluhur kita orang Melayu.

3. keris adalah falsafah Melayu. Bagaimana keris dlm sarungnya sentiasa terkunci dan hanya direnjis apabila pemiliknya berhajat menggunakannya. Keris lambang kedaulatan, lambang maruah dan lambang jati diri Melayu. Orang Melayu juga menghasilkan dan menggunakan panah, pedang, parang, golok, sundang, badik, pisau, lela, rentaka, istinggar, pemuras, terakol, lembing dan tombak namun keris juga yang dipilih menjadi simbol kemelayuan. Keris adalah lambang keberanian Melayu apabila keadilan menjadi tuntutan.

Ringkasnya keris adalah epitome ilmu Melayu. Keris adalah Melayu...

No comments:

Post a Comment