- 11 Mei - KD Rajawali (Cawangan Udara TLDM) dengan 6 helikopter WASP HAS Mk 1 ditauliahkan.
- 17 - 21 Mei - RMN International Royal Fleet Review berlansung di Pulau Pinang. (** saya bertugas di KD Lekir terlibat dalam RMN IRFR ini).
- 1 November - Laksamana Madya Tan Sri Mohd Shariff bin Ishak dilantik Panglima Tentera Laut yang ke 8.
1991
- 28 September - KD Mahawangsa dan KD Lekir terlibat dalam Royal New Zealand Navy International Fleet Review di Auckland, New Zealand sempena 50 tahun RNZN. (** saya bertugas dengan KD Lekir ketika itu terlibat dalam IRFR NZ)
- 31 Oktober - KD Sri Rejang dibubarkan setelah perletakan senjata komunis pada tahun 1989.
- 11 -15 November - Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) yang pertama diadakan di Pulau Langkawi. (**saya bertugas dengan KD Lekir ketika ini dan terlibat dengan LIMA Langkawi yang pertama)
1993
- 10 April - 3 anggota KD Sri Sarawak diserang oleh Nelayan Siam, seorang dilaporkan hilang dan tidak dapat dikesan hingga kini, seorang lagi dibebaskan di Songkhla, manakala LK1 PPP Abjalil bin Saat ditolak ke dalam laut dan terapung di laut selama 29 jam sebelum diselamatkan.
1994
- 3 Disember - KD Lekiu dilancarkan oleh di Glasgow, Scotland oleh YBhg Datin Seri Rosman Mansor.
1995
- 10 April - KD Sri Inderapura ditauliahkan di Norfolk, Virginia, USA.
- 27 Mei - KD Jebat dilancarkan di Glasgow, Scotland oleh YABhg Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali.
- 30 Julai - Wisma Samudera dirasmikan oleh PTL Tan Sri Mohd Shariff bin Ishak di Lumut, Perak.
- 13 Oktober - Laksamana Madya Tan Sri Dato' Seri Ahmad Ramli bin Hj Mohd Nor dilantik Panglima Tentera Laut yang ke 9.
1996
- 31 Mei - KD Sundang melepaskan tembakan amaran dan menahan kapal kargo asing World Aretus.
- 24 September - KD Sri Sandakan dirasmikan oleh Menteri Pertahanan Dato' Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar.
- 12 November - Lt. Kdr Noraini binti Sheikh Ahmad dilantik sebagai Pegawai Memerintah SKTLDM Sitiawan, merupakan pegawai wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Memerintah dalam TLDM.
1997
- 28 Julai - KD Laksamana Hang Nadim dan KD Laksamana Tun Abdul Jamil ditauliahkan di La Spezia, Italy.
- 3 Disember - Berek TLDM Woodlands diserahkan secara rasmi kepada Kerajaan Singapura.
- 15 Disember - Lt. Zaharuddin bin Mohd Maideen TLDM menjadi rakyat Malaysia pertama berjaya menjejakkan kaki ke Antartika.
1998
- 21 April - 2 anggota TLDM berjaya membuat terjun bebas di Khutub Utara iaitu Lt. Ahmad Ramli bin Kardi dan BM PPP (PKL) Mohd Idrus bin Mohd Yusuf.
- 30 April - Lt.Kdr Anuar bin Alias TLDM berjaya mematahkan rancangan serangan pemberontak Angkatan Bersenjata Angola (FAA) di perkampungan Lomue N'gove, Angola.
- 27 Ogos - Raja di Hilir Perak, DYMM Raja Jaafar Ibni Raja Musa dikurniakan Komander (Kehormat) PSSTLDM.
- 5 September - Kerajaan Malaysia menganugerahkan kontrak kepada Penang Shipyard Corporation Naval Dockyard (PSC-ND) dengan kerjasama German Naval Group (GNG) untuk membina 6 buah kapal NGPV iaitu KD Perak, KD Kelantan, KD Selangor, KD Pahang, KD Terengganu dan KD Kedah.
- 15 September - Markas Selam dan Peperangan Periuk Api mula beroperasi di Lumut, Perak.
- 12 Oktober - KD Perantau ditauliahkan.
- 14 Oktober - Laksamana Tan Sri Dato' Seri Abu Bakar bin Jamal dilantik Panglima Tentera Laut yang ke 10.
- 9 November - Lt.Kdr Anuar bin Alias TLDM menyelamatkan nyawa 4 orang awam yang diancam oleh sekumpulan pemberontak di Huambo-Alto Alma, Angola.
1999
- Mac - PW1 KNA Amewa binti Ahmad menjadi wanita pertama dinaikkan pangkat Pegawai Waren 1 TLDM.
- 23 Jun - KD Perantau membuktikan keupayaan pengumpulan data bathymetric pada kedalaman 8.045m menggunakan single beam echo sounder di Marianas Trench.
- 31 Julai - KD Laksamana Muhammad Amin dan KD Laksamana Tun Pusmah ditauliahkan di La Spezia, Italy.
- 9 Oktober - KD Lekiu ditauliahkan di Glasgow, Scotland.
- 20 November - KD Jebat ditauliahkan di Glasgow, Scotland.
2000
- 14 Januari - Lt. Ahmad Ramli bin Kardi TLDM bersama 5 penerjun Negara berjaya melaksanakan terjun bebas di Khutub Selatan menjadikan mereka pasukan pertama dari Asia yang berjaya melaksanakan penerjunan tersebut.
- 20 Mac - Badan Kesenian TLDM (BAKES) ditubuhkan.
- 29 Mac - Latihan Rekrut bermula di Pengkalan TLDM di Tg. Pengelih, Johor.
- 2 Jun - Lt. Kdr Anuar bin Alias TLDM menerima pingat Panglima Gagah Berani (PGB) dari DYMM SPB YDP Agong. Satu-satunya anggota TLDM yang dikurniakan pingat PGB atas keberanian beliau ketika bertugas sebagai anggota Pengaman PBB di Angola pada tahun 1998.
2001
- 12 Mac - Markas Pasukan Khas Laut mula beroperasi di Lumut, Perak
- 29 Mei - KD Sri Tiga dan KD Sri Gaya ditauliahkan di Labuan.
- 6 Ogos - 96 Hospital Angkatan Tentera di Pengkalan TLDM Lumut, Perak di lancarkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Dr.Mahathir Muhammad.
- 22 November - DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dilantik Kapten Yang Di Pertua TLDM yang ke 4.
2002
- 5 Jun - Kerajaan Malaysia memeterai Kontrak dengan Syarikat Direction des Construction Navales Services (DCNS) Perancis dan Syarikat Navantia dar Sepanyol untuk pembelian 2 buah kapal selam jenis Scorpene.
- 13 Ogos - Laksamana Datuk Mohd Ramly bin Abu Bakar dilantik Panglima Tentera Laut yang ke 11.
- 24 September - Bridge Simulator (WASPADA) - latihan simulasi untuk pegawai dan anggota Petugas Anjungan mula beroperasi. Penyelaku Mengawal Kerosakan dan Melawan Api (MKMA) atau TANGKAS mula beroperasi di Pengkalan TLDM Lumut, Perak.
2003
- 23 April - 2 penyelam TLDM mencipta rekod kebangsaan dengan melakukan penyelaman terdalam dengan kedalaman 94.1 meter di Pulau Sembilan, Perak. Mereka ialah Lt.Kdr Muhammad Feekry Choo Abdullah dan LK PLM Adnan Lemon.
- 27 April - WASPADA (Bridge Simulator) mula digunakan di pengkalan TDLM Lumut untuk latihan kepada Setaf Anjungan di Kapal.
- 24 Mei - Salah sebuah helikopter WASP HAS Mk1 yang telah dilucutkan tauliah telah diserahkan kepada Pengarah Muzium Pahang En. Ahmad Farid bin Abdul Jalal oleh PTL Datuk Mohd Ramly.
- 5 Julai - Laksamana Datuk Mohd Ramly bin Abu Bakar Panglima Tentera Laut menjadi juara dalam pertandingan Pelayaran Panglima Tentera Laut Asia.
- 13 Ogos - Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Bin Hj Mohd Nor dilantik Panglima Tentera Laut yang ke 12.
- 25 September - Pelancaran KD Kedah oleh YM Tunku Intan Syafinaz.
- 2 Oktober - KD Pahang dilancarkan oleh DYMM Sultanah Pahang Hajjah Kalsom.
- 19 Disember - KD Rahmat dilucutkan tauliah dalam TLDM.
2004
- 1 Mac - KD Sri Semporna (PASKAL) dirasmikan oleh Yang Di Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Shah bin Abdullah.
- April - Squadron 502 (Fennec) cawangan Udara TLDM mula beroperasi.
- 20 September - Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) ditubuhkan di Lumut, Perak.
- 24 Disember - KD Sri Indera Sakti dan KD Mahawangsa ditugaskan menghantar bantuan Kemanusiaan dalam Tragedi Tsunami di Acheh, Indonesia.
2005
- 17 Januari - Skim cat kapal Hidrografi TLDM (KD Mutiara dan KD Perantau) ditukarkan dari warna putih kepada warna kelabu.
- 26 Februari - Pusat Latihan Rekrut, KD Sultan Ismail telah dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Sir Ismail di Tanjung Pengelih, Johor.
- 28 April - Laksamana Tan Sri Ilyas bin Hj Din dilantik Panglima Tentera Laut yang ke 13.
- 29 April - Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Bin Hj Mohd Nor dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera Malaysia, merupakan Panglima TLDM yang pertama menjadi Panglima Angkatan Tentera Malaysia.
- 5 Mei - KD Duyong kapal latihan Penyelam ditauliahkan.
- 30 Jun - Raja Di Hilir Perak, DYMM Raja Jaafar ibni Raja Musa dikurniakan Laksamana Pertama (Kehormat) PSSTLDM.
- 1 Julai - Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan di Jalan Semarak, Kuala Lumpur mula beroperasi.
- 12 Julai - KD Sri Semporna ditauliahkan di Semporna, Sabah.
- 1 Ogos - penyerahan kapal KD Kris, KD Badek, KD Sri Sarawak, KD Sundang, KD Kelewang dan KD Panah kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
- 14 Oktober - Pusat Hidrografi Nasional Pelabuhan Klang mula beroperasi.
2006
- 20 Januari - PW 1 Arzahari bin Sudin dilantik sebagai Pegawai Waren TDLM yang pertama (** setahu saya semasa saya masih berkhidmat dalam TLDM, Pegawai Waren TLDM yang pertama ialah PW1 Mulabakh)
- 27 Januari - Penyerahan kapal KD Kerambit, KD Beladau, KD Rentaka, KD Sri Negri Sembilan, KD Sri Sabah, KD Renchong dan KD Tombak kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
- 15 Mei - KD Sultan Idris pusat latihan Pegawai TLDM dirasmikan oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Lumut, Perak.
- 2 Jun - Markas Wilayah Laut 2 mula beroperasi di Kota Kinabalu, Sabah setelah berpindah dari Labuan.
- 5 Jun - KD Kedah ditauliahkan.
- 23 Jun - Penyerahan kapal KD Musytari, KD Marikh, KD Sri Melaka dan KD Lembing kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
- 27 Jun - KD Rentaka dilucutkan tauliah
- 3 Ogos - KD Pahang ditauliahkan
- 15 November - Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed Ali dilantik Panglima Tentera Laut yang ke 14.
- 19 Disember - KD Sultan Abdul Aziz Shah di Pulau Indah, Klang, Selangor dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj.
2007
- 12 Mac - KLD Tunas Samudera memulakan pelayaran mengelilingi dunia dari Pelabuhan Klang melayari jarak pelayaran sejauh 32,690 batu nautika dan singgah di 25 pelabuhan di 23 buah negara. KLD Tunas Samudera kembali ke tanahair pada 27 April 2008. Jumlah hari pelayaran : 412 hari.
- 27 April - Kapsul Masa TLDM dan Kapsul Masa Pengkalan TLDM Lumut diwujudkan.
- 28 April - FREEDOM OF ENTRY Kota Kinabalu Sabah.
- 29 Jun - Markas Wilayah Laut 3 mula beroperasi di Pulau Langkawi, Kedah.
- 5 Ogos - Kru KLD Tunas Samudera terlibat dalam perbarisan di Poland.
- 18 September - SEA SKUA air-to-surface missile dilancarkan dari Super Lynx helicopter.
- 2 Oktober - The A244S Torpedo dilancarkan dari kapal KD Jebat.
- 23 Oktober - Penamaan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman di Cherboug, Peranchis oleh isteri Menteri Pertahanan YBhg Datin Seri Rosman Mansor.
- 29 Oktober - Kumpulan pertama wanita TLDM berkhidmat dengan pasukan Pengaman PBB (MALCON II UNIFIL) berlepas ke Lebanon.
- 12 November - Pelancaran KD Perak oleh DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun.
- 6 Disember - Pelancaran KD Terengganu oleh DYMM SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.
2008
- 12 Februari - The Whitehead anti-submarine torpedo dilancarkan dari Helikopter Super Lynx.
- 1 April - Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar dilantik Panglima Tentera Laut yang ke 15.
- 30 Ogos - OPS Fajar - operasi menyelamatkan 2 buah kapal Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) yang dirampas oleh lanun Somalia di Teluk Aden.
- 16 September - KD Sri Kota Kinabalu ditubuhkan menggantikan KD Sri Labuan.
- 9 Oktober - Penamaan kapal selam KD Tun Abdul Razak di Cartagene, Sepanyol oleh DYMM SPB YDP Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
- 24 November - Pelancaran KD Kelantan oleh DYMM Raja Permaisuri Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
2009
- 22 Januari - KD Rahmat dijadikan sebagai Muzium Terapong di Lumut, Perak.
- 27 Januari - KD Tunku Abdul Rahman ditauliahkan di Cartagena, Spain.
- 15 April - KD Panglima Hitam (Paskal) ditauliah oleh PTL Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar.
- 24 April - Pengisytiharan Lumut sebagai Bandar Tentera Laut, Pelancongan dan Maritim.
- 27 April - KD Panglima Hitam dikurniakan Panji Di Raja oleh Sultan Selangor.
- 27 April - Wang Syiling dan Setem kenangan sempena 75 Tahun Ulangtahun TLDM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan Pos Malaysa Berhad telah dilancarkan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj.
- 1 Jun - Kapal Auxiliary pertama Bunga Mas diterima oleh TLDM dari MISC.
- 3 Jun - KD Perak ditauliahkan.
- 14 Jun - Lt Muda Bakhri bin Abdullah TLDM menerima Britannia Association Sword of Honour di Britannia Royal Naval College, Dartmouth, England. Beliau adalah penerima pertama dari kalangan bukan rakyat British.
- 2 Julai - ASPIDE surface-to-air missile dilancarkan dari kapal KD Laksamana Muhammad Amin.
- 7 Julai - MM38 surface-to-surface missile dilancarkan dari kapal KD Perdana.
- 23 Julai - Pelancaran KD Selangor oleh HH Tengku Zatasya.
- 1 September - Markas Angkatan Kapal Selam mula beroperasi di Kota Kinabalu, Sabah.
- 3 September - Pos Malaysia Berhad mengeluarkan Sampul Surat Pertama bagi memperingati ketibaan kapal Selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman.
- 5 November - KD Tun Abdul Razak ditauliahkan.
- 12 November - Exocet MM38 Missile dilancarkan dari KD Gempita.
- 2 Disember - KD Sultan Badlishah di Pulau Langkawi dirasmikan oleh Sultan Kedah Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah.
- - Skuadron 501 (Super Lynx) Cawangan Udara TLDM dianugerahkan oleh Agusta Westland.
- 8 Disember - KD Terengganu ditauliahkan.
2010
- 6 Mei - KD Kelantan ditauliahkan.
- 10 Mei - Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar (PTL) menerima anugerah "Knight Grand Cross of The Most Noble Order of The Crown of Thailand".
- 24 Mei - Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar (PTL) menerima anugerah "Order of Legion of Honneur" daripada Kerajaan Perancis.
- 14 Julai - Markas Angkatan Kapal Selam dirasmikan oleh PTL Laksamana Tan Sri Abdul Aziz di Pengkalan TLDM di Kota Kinabalu, Sabah
- 25 Julai - SM-39 Exocet Missile dilancarkan dari kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman di Laut China Selatan.
- 4 Ogos - Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar (PTL) menerima anugerah "The Legion of Merit (Commander Degree) daripada Kerajaan Amerika Syarikat.
- 3 November - Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Dr. Zambry bin Abd Kadir merupakan Menteri Besar pertama dikurniakan pangkat Laksamana Pertama (Kehormat) PSSTLDM.
- 3 Disember - Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar (PTL) menerima anugerah "Bintang Jalasena Utama" daripada Kerajaan Republik Indonesia.
- 28 Disember - KD Selangor ditauliahkan.
2011
- 21 Januari - The Ship Protection Team dari Bunga MAS 5 menyelamatkan kapal MT Bunga Laurel 2 jam selepas ditawan oleh lanun kira-kira 300 batu nautika dti Timur Oman.
- 8 Ogos - Kapal Auxiliary kedua Bunga Mas 6 diterima dari MISC.
- 8 September - KD Laksamana Tun Pusmah menyelamatkan kru bot nelayan Indonesia yang karam di Selat Melaka.
- 17 - 21 September - Bot Layar TLDM , ZUHAL menjadi juara dalam Sabang International Regatta di Indonesia.
- 28 Oktober - TLDM berjaya menyelamatkan sebuah kapal Tangki Minyak Pesisir, MV Nautica Johor Bahru milik E.A. Technique (M) Sdn Bhd dari rampasan lanun di Pulau Jemaja di Laut China Selatan. Kapal terlibat ialah KD Jebat, KD Lekiu, KD Mahawangsa dan KD Kelantan.
2012
- 20 Februari - Kapten Yang Di Pertua TLDM, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj dikurniakan "Commandeur de la Legion d'Honneur" oleh Presiden Peranchis, Nicolas Sarkozy. Anugerah tersebut disampaikan oleh Panglima Tentera Laut Perancis, Admiral Eduoard Guilaud bagi pihak Kerajaan Perancis di Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur.
- 24 Februari - 4 Mac - LK1 PNK Mohd Nor Rizuan binZainal dan LK1 PAP Mohd Zamri bin Salleh mewakili negara dalam 2012 Le Tour de Langkawi Race.
- 31 Mac - Markas Pemerintahan Bantuan Lumut, Perak mula beroperasi.
- 13 Jun - LK1 Kom Siti Hanisah Sharudin merupakan wanita Malaysia pertama sampai ke puncak Gunung Elbrus,Gunung tertinggi di Eropah. Beliau kemudian berjaya tiba ke puncak Gunung Everest pada 21 Mei 2013 dan Gunung Kilimanjaro, Gunung tertinggi di Benua Afrika pada 15 Oktober 2013.
- 30 Jun - 1 Julai - Hari Haidrografi Sedunia disambut di Pengkalan TLDM di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor.
- 2 Julai - 76mm OTO MELARA Gun ditembak dari kapal KD Perak.
- 5 Julai - Dato' Lee Chong Wei menjadi pemain badminton Malaysia yang pertama dikurniakan pangkat Lt. Kdr (Kehormat) PSSTLDM.
- 28 Ogos - Markas Udara Lumut mula beroperasi.
- 21 September - LK1 PPP (Paskal) Estino Taniyu merupakan anggota TLDM pertama berjaya merenangi Selat Inggeris dengan masa 13 jam 41 minit 45 saat.
- 23 Oktober - SEAWOLF surface-to-air Missile dilancarkan dari kapal KD Lekiu.
2013
- 21 -31 Januari - Lt.Madya Fathinah Nusrah Yusra binti Mohd Nasri TLDM mewakili Malaysia di Kejohanan Asian Cricket Council (ACC) di Chiang Mai, Thailand.
- 5 Mac - OPS DAULAT - serangan pengganas Sulu di Lahat Datu, Sabah. Kapal terlibat ialah KD Mahawangsa.
- 28 Mac - Squadron 502 (Fennec) cawangan Udara dianugerahkan oleh Eurocopter.
- 5 April - Tengku Mahkota Kelantan KDTYM Dr. Tengku Muhammad Faiz Ibni Tuanku Ismail Petra merupakan kerabat di Raja Kelantan pertama dikurniakan pangkat Laksamana Pertama (Kehormat) PSSTLDM.
- 25 April - Pusat Pembangunan Wanita (PPW) dirasmikan di Lumut, Perak.
- 21 Mei - LK1 Kom Siti Hanisah Sharudin berjaya tiba ke puncak Gunung Everest.
- 4 September - KD Perak membantu melawan kebakaran sebuah kapal di perairan Tg. Labian, Sabah.
- 25 September - DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj merasmikan pengkalan TLDM KD Sri Tawau.
- 8 Oktober - Anak kapal KD Jebat mengambil bahagian dalam Fleet Review Parade di Sydney, Australia.
- 15 Oktober - LK1 Kom Siti Hanisah Sharudin berjaya tiba ke puncak Gunung Kilimanjaro, Gunung tertinggi di Benua Afrika.
- 17 Disember - Lt.Muda Siti Nur Masitah TLDM memenangi pingat Perak dalam acara Pistol Individu 25 Meter di Sukan SEA Myanmar.
2014
- 26 Mac - Pelaka (Plaque) KD Singapura yang telah dibubarkan setelah Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1965 telah dihadiahkan kepada TLDM oleh wakil Bekas Anggota Simpanan Sukarela TLDM (Bahagian Singapura) En. Adrian Villanueva.
** Segala butir-butir diatas adalah dari pengumpulan saya sendiri melalui rujukan beberapa buah buku dan laman sesawang......bukan copy and paste
Saya tidak melarang sebarang copy and paste tetapi sila nyatakan rujukan dari mana ia diambil....
Saya tidak melarang sebarang copy and paste tetapi sila nyatakan rujukan dari mana ia diambil....
2000 tan pusmah berjaya menembak misl otomat dan aspide..
ReplyDeleteTerima Kasih. Ilmu yang amat bermanfaat.
ReplyDelete