ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 13 November 2018

2018 - AEON PERMAS JAYA, PERMAS JAYA JOHOR BAHRU


Pada 13 November 2018, saya bersama team Awareness dari Yayasan Jantung Malaysia bergerak dari Kuala Lumpur menuju ke Permas Jaya, Johor Bahru untuk program Minggu Jantung Johor Bahru 2018 yang akan berlansung di AEON Mall Permas Jaya, Johor dari 14-18 November 2018. 
Perjalanan sejauh 336 km mengambil masa perjalanan 3 jam 30 minit. 

Permas Jaya adalah sebuah bandar dibawah Daerah Pasir Gudang, Johor dan ditadbir oleh Majlis Bandaran Johor Bahru.

Dalam perjalanan kami singgah untuk istirehat dan makan tengahari di Hentian Rehat Ayer Keroh, Melaka. 



Kami tiba di Hotel penginapan kami iaitu Lavender Inn Permas Jaya Johor lebih kurang jam 4.30 petang. 





Lavender Inn Permas Jaya
G16, 17 & 18, Block B, Permas Mall, 
Jalan Permas Utara, Bandar Baru Permas Jaya, 
81750 Johor Bahru, 
Johor
Tel: 07-388 2007

Kami berada di Permas Jaya adalah untuk program Minggu Jantung Johor Bahru 2018 yang akan berlansung di AEON Mall Permas Jaya, bermula dari 14 November sehingga 18 November 2018. 






Kerja-kerja pemasangan karpet dan Bilik ECG dilakukan oleh Kontraktor dari William Exhibition Sdn Bhd Johor Bahru selepas jam 10.30 malam, kerana pihak pentadbiran AEON memang tidak membenarkan sebarang kerja-kerja pemasangan dilakukan pada waktu operasi AEON. Saya bersama 2 lagi setaf YJM memantau kerja-kerja yang mereka lakukan. 
Mujurlah hotel penginapan kami terletak dibelakang AEON Permas Jaya, jadi senanglah kami nak pulang setelah selesai kerja pemasangan pada jam 12.30 malam.

MINGGU JANTUNG JOHOR BAHRU 2018
AEON MALL PERMAS JAYA JOHOR

Program selama 5 hari (14-18 November 2018) mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk sekitar Permas Jaya dan Johor Bahru, malah ada juga dari warga Singapura yang datang pada hari minggu. 






 Ujian Glukosa dan Kolesterol



 Ujian Tekanan Darah Tinggi
 Ujian Body Mass Index

 2 jururawat dari Klinik Kesihatan Masai turut membantu program kami

 Nasihat Permakanan dan Kesihatan

 Jururawat Pelatih dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Johor Bahru bersama 2 Pensyarah banyak membantu kami sepanjang kempen dijalankan selama 5 hari... 



Bergambar kenangan bersama Jururawat Pelatih dan Pensyarah dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Johor Bahru

Kami pulang ke Kuala Lumpur pada 19 November 2018 setelah selesai program pada 18 November. 






No comments:

Post a Comment