ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 6 October 2018

NEW ZEALAND NORTHERN ISLAND: 6 OKTOBER 2018

Sambungan dari:
NEW ZEALAND NORTHERN ISLAND: 5 OKTOBER 2018

6 Oktober 2018 - rombongan Kembara Sufi Travel and Tours Sdn Bhd masih lagi berada di Rotorua, New Zealand dan hari ini rombongan akan dibawa melawat ke sekitar Rotorua. 






AGRODOME FARM TOUR, ROTORUA

Rombongan dibawa melawat ke Agrodome Farm Tour, 10 minit perjalanan dari pusat bandar Rotorua. Kawasan ladang subur seluas 350 ekar merupakan ladang ternakan haiwan yang sangat popular di New Zealand. 













SULPHUR POINT WALKWAY
Rombongan kemudian dibawa ke Sulphur Walkway yang terletak ditepi Tasik Rotorua. Disini dapat dilihat beberapa buah kawah kecil yang terbentuk dari muntahan gas bumi secara semulajadi. 




  

SKYLINE LUGE ROTORUA
Rotorua Skyline Luge mempunyai trek sejauh 2 km menaiki Gunung Ngongotaha dengan pemandangan yang menarik dengan tasik yang berdekatan. 















WHAKAREWAREWA - THE LIVING MAORI VILLAGE, ROTORUA
Whakarewarewa adalah warisan dan rumah orang Tūhourangi Ngāti Wāhiao, yang telah berkongsi cara hidup mereka yang unik dengan pengunjung dari seluruh dunia selama lebih dari dua ratus tahun.
Masyarakat Maori ini mampu menjejaki warisan nenek moyang mereka iaitu puak Te Arawa yang pertama kali menduduki lembah itu pada tahun 1325M. 
Sejak dari tahun 1800 lagi mereka telah menjadi tuan rumah dan mengalu-alukan para tetamu asing ke rumah mereka untuk berkongsi pengalamana dan budaya masyarakat Maori. 

“Rangatira for Tūhourangi Ngāti Wāhiao”














Satu lagi daya tarikan di Whakarewarewa Village ini ialah ciri-ciri panas bumi (Geothermal features) yang terdapat di perkampungan ini. 
Lembah Whakarewarewa adalah sebuah kawasan panas bumi yang aktif dengan kolam renang  yang panas, lumpur mendidih dan geyser. Orang-orang Māori telah tinggal di sini selama berabad-abad, bersama-sama dengan harmoni dengan kuasa-kuasa geoterma yang terletak di bawah kakinya.





TASIK ROTORUA
Tasik Rotorua terletak Pulau Utara New Zealand mempunyai lanskap semulajadi yang tiada tandingannya. 
Tasik yang terbentuk akibat letusan Gunung Berapi aktif iaitu Gunung Tarawera itu dikelilingi air jernih,udara yang nyaman, burung yang berkicauan dan Hutan Hijau Paku Pakis. 
Adalah difahamkan bahawa kali terakhir Gunung Tarawera meletus ialah pada tahun 1886 yang telah mengorbankan lebih dari 100 orang. 










Antara yang mengindahkan lagi suasana di Tasik Rotorua ini ialah kehadiran burung Camar yang banyak berterbangan melayani angin yang nyaman petang itu. 
Burung camar atau Gulls adalah spesies burung laut dari keluarga Laridae yang mampu terbang untuk masa yang lama. 
Kehadiran burung camar di lautan mengembirakan para Pelaut di Kapal kerana itu adalah petanda daratan semakin hampir.... 



Selesai lawatan untuk hari ini, rombongan dibawa kembali ke Rosecourt Motel untuk beristirehat dengan acara bebas di waktu malam. 

No comments:

Post a Comment