ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 3 October 2018

NEW ZEALAND NORTH ISLAND 2018 : 3-4 OKTOBER 2018

Pada 3 Oktober 2018, isteri saya Hjh Norziah bt Ahmad telah mengikuti rombongan Kembara Sufi Travel and Tours Sdn Bhd dalam lawatan ke North Island, New Zealand. 
Rombongan berlepas dari Lapangan Terbang KLIA 2 pada jam 11.40 malam menaiki pesawat Air Asia D7 206. 

Blue field with the Union Flag in the top right corner, and four red stars with white borders to the right.

Jarak dari Malaysia ke New Zealand ialah 8,792.92 km

Bagasi Isteri saya

Saya dan anak bongsu turut menghantar isteri ke KLIA 2

Penerbangan dari Malaysia ke New Zealand akan berhenti di Gold Coast Australia untuk menukar krew penerbangan sebelum meneruskan perjalananan ke New Zealand. 



 Isteri saya bersama rakannya Hjh Noraini telah mengembara bersama-sama ke Eropah (Perancis, Belgium & Netherland) pada 2017 dan juga ke Turki pada awal 2018




Gold Coast merupakan sebuah bandar di Queensland, Australia terletak kira-kira 66 km dari Brisbane. Gold Coast merupakan bandar ke 6 terbesar di Australia. 
Setelah selesai urusan penukaran krew Air Asia di Lapangan Terbang Gold Coast di Australia, rombongan terus menaiki kembali pesawat untuk ke Auckland, New Zealand dan tiba di Lapangan Terbang Auckland, New Zealand pada jam 4.10 petang waktu NZ. 



Setelah selesai segala urusan bagasi dan imigeresen di Lapangan Terbang Auckland, rombongan terus di bawa ke tempat penginapan mereka di Airport Kiwi Motel yang terletak di 144 McKenzie Rd, Mangere Bridge, Auckland 2022, New Zealand. 





INFO MENGENAI NEW ZEALAND & AUCKLAND

New Zealand adalah sebuah negara kepulauan yang terletak di Barat Daya Lautan Pasifik yang mengandungi 2 buah pulau besar yang utama iaitu Northern Island dan Southern Island. 
Masyarakat Maori menamakan New Zealand sebagai Aotearoa yang bermaksud 'Tanah Berawan Putih Yang Panjang'. 
Asal nama New Zealand berasal daripada catatan ahli kartografi pelukis peta Belanda yang memanggilnya 'Nova Zeelandia' , iaitu satu wilayah Belanda yang bernama Zeeland. 
Ahli pelayaran British bernama James Cook telah menginggeriskan nama itu kepada New Zealand. Di sana tiada hubungannya dengan pulau Zealand kepunyaan Denmark.

Auckland sebuah bandar di North Island, NZ adalah bandar terbesar di New Zealand dengan jumlah penduduk 1,628, 900 orang. Nama Auckland dalam bahasa Maori ialah Tamaki atau Tāmaki-makau-rau.

Tiada aturcara lawatan untuk 4 Oktober 2018, kesemua anggota rombongan diberi masa rehat yang cukup untuk program lawatan keesokan harinya. 

No comments:

Post a Comment