ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 3 September 2018

SEJARAH PENGKALAN TLDM LUMUT

Oleh Hj ZUlheimy Maamor
3 September 2018

Sebelum pengkalan TLDM di Lumut beroperasi, pengkalan TLDM ketika itu ialah di Woodlands, Singapura. 

Pada 1 November 1979, TLDM telah berpindah ke Pengkalan yang baru di Lumut, Perak. 

Pengkalan yang mula dibina pada 5 Januari 1973 siap sepenuhnya pada 6 Februari 1983. 

Lumut telah dipilih sebagai Pengkalan TLDM adalah dari cetusan idea Komodor Datuk K. Thanabalisingam, anak Malaysia pertama dilantik sebagai Ketua Turus Tentera Laut (Panglima Tentera Laut) pada tahun 1967.
Beliau telah mencetuskan idea agar TLDM mempunyai pengkalan Tentera Laut di negara sendiri pada tahun 1969. Adalah tidak sesuai jika Pengkalan TLDM masih terletak di Singapura yang telah pun keluar dari Malaysia pada tahun 1965.

Rear Admiral (Rtd) Tan Sri Dato' Seri K. Thanabalasingam is the third chief of the Royal Malaysian Navy and the first Malaysian to be appointed to the post.

Serentak itu Kerajaan Malaysia telah memutuskan rancangan membina pengkalan TLDM yang baru di Malaysia. Dengan Kerjasama sebuah firma German F.H.KOCKS KG yang dilantik membuat kajian terperinci mencari sebuah lokasi yang sesuai untuk sebuah pengkalan TLDM. Akhirnya pada May 1972, Syarikat berkenaan telah memilih Lumut di Perak sebagai lokasi yang paling strategik untuk sebuah pengkalan TLDM. 
Lumut dipilih sebagai lokasi pengkalan TLDM kerana tanah seluas 1,800 ekar itu sangat sesuai dari sudut geologi, pertahanan dan kedalaman laut yang sangat sesuai untuk sebuah pengkalan tentera laut. 
Antara lokasi lain yang turut disenaraikan ketika itu adalah Kelang, namun dari kajian terperinci dan beberapa faktor yang mendapati Kelang tidak sesuai untuk dijadikan pengkalan TLDM.
"Naval Study Team" telah dibentuk terdiri dari 2 pegawai TLDM ketika itu iaitu Commander V. Ramachandran sebagai Ketua Operasi dan Perancangan dan Lt. Cdr. T.A. Scully sebagai Pegawai Kejuruteraan. 
Kelulusan diberi oleh Kerajaan dan kerja-kerja pembinaan bermula pada Januari 1973. 
Satu lagi firma German dilantik untuk kajian dan membina Limbugan Kapal TLDM di Lumut iaitu Thyssen Rheinstahl Technik yang akan berkerjasama dengan F.H. KOCKS KG. 
Kumpulan pelatih muda pertama di latih di sini pada 14 Januari 1980 iaitu kumpulan Pelatih Muda TLDM pengambilan 139/80. 
Kumpulan ini telah menamatkan latihan pada 26 Jun 1980 dan merupakan kumpulan pertama menamatkan latihan di Pengkalan TLDM Lumut.




 Rumah Kelamin TLDM ada yang masih belum siap sepenuhnya.

Beginilah keadaan Lumut Base Jetty sewaktu kami mula-mula tiba dulu

Lumut Base Jetty dibelakang itu masih belum ada kapal-kapal bertambat.


Lumut Base jetty sekarang

 Padang kawad hanya siap 2 bulan sebelum kami tamat latihan...


Lihatlah bezanya Padang Kawad KD Pelandok sekarang dengan padang Kawad sewaktu kami baru tiba pada tahun 1980 dulu..

Pengambilan 139/80 sewaktu suaikenal dan pengambilan seragam dan peralatan. 







Masjid di Pengkalan TLDM Lumut masih belum siap sepenuhnya...






Kelihatan Pengkalan TLDM Lumut ketika itu masih diliputi tanah merah...


Jalan Raya di Pengkalan TLDM Lumut masih belum siap sepenuhnya.

TAMAT LATIHAN REKRUT - PENGAMBILAN 139/80
16 JUN 1980
Pengambilan 139/80 mula tiba di Pengkalan TLDM Lumut, Perak pada 13 Januari 1980 dan telah memulakan latihan selama 6 bulan bermula 15 Januari 1980 sehingga 26 Jun 1980. 
Kumpulan ini telah menamatkan latihan dan satu perbarisan yang pertama kalinya diadakan di Pengkalan TLDM Lumut, Perak pada 26 Jun 1980. 














Lapangsasar Abdul Samad yang terletak di Pengkalan TLDM Lumut, Perak adalah dinamakan sempena nama ABRM Abdul Samad bin Suliman, anak kapal KD Sri Selangor yang terkorban dalam pertempuran dengan Korps Komando Operasi (KKO) Indonesia semasa Konfrantasi pada 24 Julai 1964. 
Bila Lapangsasar ini dirasmikan, saya tidak dapat menemui tarikh sebenar kerana tidak terdapat dalam carian di Google dan buku Rujukan. Cuma seingat saya Lapangsasar ini dibuka ketika saya masih dalam rekrut pada tahun 1980 kerana saya adalah dari kumpulan pertama Rekrut TLDM (Intake 139/80) di Lumut, Perak. 

Gambaran Lukisan KD Sri Selangor ketika bertempur dengan KKO Indonesia pada 24 Julai 1964 yang mengorbankan ABRM Abdul Samad Suliman 



Dewan M.Sidek Shabudin bersebelahan Padang Kawad KD Pelandok, Lumut, Perak. 
Dewan ini dinamakan sempena nama bekas Panglima Wilayah Laut 1, Allahyarham N400090 Komodor Mohamed Sidek Shabudin yang telah meninggal dunia pada 28 April 1979. 
Arwah juga pernah menjadi Ketua Projek Pengkalan TLDM Lumut, Perak. Namun takdir menentukan segalanya. Allahyarham tidak sempat melihat perkembangan Pengkalan TLDM Lumut dimana beliau menjadi Ketua Projeknya. 


Inilah adalah kumpulan Laskarnita yang pertama di latih di Pengkalan TLDM Lumut, Perak. Manakalan Kumpulan pertama Laskarnita Tetap dilatih di Woodlands, Singapura sekitar akhir 70 an..

Antara Kumpulan Kadet Wanita di Lumut, Perak






PENGAMBILAN 139/80 DALAM LIPATAN SEJARAH TLDM



Tambahan:

No comments:

Post a Comment