ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 22 September 2018

VICTORY PARADE LONDON 1946




Description:

Sebahagian dari koleksi foto-foto yang menarik memaparkan Kontigen dari Malayayang turut membantu British melawan Tentera Jepun di Singapura dan Tanah Melayu tiba di pelabuhan Southampton bagi acara Victory Day Parade, London. Sambutan ini di adakan bagi meraikan kemenangan pasukan Berikat (British + US+Belanda+Perancis) menewaskan pasukan Paksi (Jerman + Jepun+ Itali) di Asia dan Eropah.


Kontingen dari Malaya terdiri dari Regimen Askar Melayu, Royal Navy, Pasukan Tentera ANZAC, Tentera India & British, Force 136 serta MPAJA (Malayan People Anti-Japanese Army). Kesemua pasukan yang membantu turut serta menerima sokongan samada latihan ataupun senjata di bawa dari Malaya mengikut serta sambutan V (Victory) Day Parade.
*** Selepas 1946 MPAJA (Malayan People Anti-Japanese Army) bertukar menjadi PKM (Parti Komunis Malaya) menentang British dan beterusan cuba menyebarkan idealogi komunis dengan melancarkan serangan serta membunuh orang awam dan anggota Pasukan Keselamatan walaupun selepas kemerdekaan Tanah Melayu, 31 Ogos 1957.
References:
1. 2 Foto Kontigen Malaya di Southampton 1946 sumbangan Tuan Shahrul Afifi. 
2. Foto Pasukan MPAJA (Malayan People Anti-Japanese Army) di Southampton 1946 – Koleksi Rizal Shah Ahmad.
3.Getty Images.

Copy and paste : FB Kebangkita Bani Jawi (Nusantara)
22.9.2018 : 12.01 pm

No comments:

Post a Comment