ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 14 September 2018

"HEBATNYA DOA SEORANG ISTERI DAN SEORANG IBU"

Isteri adalah tulang belakang sesebuah keluarga. Dialah ibu kepada anak-anak dan dia lah juga teman hidup seorang suami.

Doa seorang isteri itu cepat dimakbul Allah. 
Betul???

Memang benar, Nabi SAW pernah ditanya kenapa sebabnya doa seorang isteri @ ibu itu cepat dimakbulkan Allah. Nabi SAW menjelaskan kerana sifat penyayang seorang isteri (sifat keibuannya) dan orang yang penyayang itu doanya diterima Allah.

INILAH YANG SEPATUTNYA MENJADI TERAS KEJAYAAN SUAMI DAN KEBAHAGIAAN SEBUAH KELUARGA.

Isteri sepatutnya menjadi sebab kebahagiaan dan kejayaan samada anak-anak dan suami tercinta. Kenapa? Kerana hebatnya doa isteri. Maka setiap kali seorang isteri itu berdoa, kemungkinan Allah memakbulkannya adalah sangat tinggi berbanding si suami. Namun, dewasa ini kita melihat banyak berlakunya kepincangan dan permasalahan suami/anak-anak dalam sesebuah keluarga. Mengapa semua ini harus terjadi?

🔳Apakah si isteri sekarang kurang dan sudah malas berdoa kepada Allah?

🔳Apakah doa isteri itu sudah tidak bermakna dan tidak sampai kepada Allah swt?

🔳Apakah semakin luntur dan hilang kehebatan doa seorang isteri itu?

PARA ISTERI PERLU SENTIASA MUHASABAH DIRI. JANGAN HANYA MENJAWAB... "BUKAN DOA ISTERI JE YANG KENA KIRA, DOA SUAMI PUN SAMA" ATAU MENJAWAB... "AMBOI, AMBOI, AMBOI SALAHKAN DOA KITE PULAK YER"

POSITIFkan diri wahai kaum isteri! 
POSITIFkan diri.Kamu punyai kehebatan tersendiri iaitu Doa kamu! Doa yang mudah dimakbul. Doa yang hebat statusnya di sisi Allah.

""'Maka jika tiba-tiba doa itu tiada mengubah apa-apa (hari-hari berdoa tapi tiada hasilnya...) maka itu tandanya ada masalah dalam diri/hati kamu...""

Renung balik diri kamu dan cari kesilapan yang mungkin terzahir atau tersembunyi. Bertaubat nasuha dan etulkan semula dan jangan dibiarkan ia menjadi sebab doa kamu tertolak oleh Allah swt.

WAHAI ISTERI, KAMULAH PENYOKONG KEPADA SUAMIMU. MAKA JADILAH SEORANG YANG SETIA BERDOA UNTUK SUAMIMU, UNTUK KEBAHAGIAAN DAN KEHARMONIAN RUMAHTANGGA KAMU.

DOA KAMU (WAHAI PARA ISTERI) CUKUP-CUKUP HEBAT DI SISI ALLAH

Sabda Rasulullah saw:

"Apakah kalian mau saya beritahu tentang simpanan seseorang yang paling berharga? Iaitu wanita solehah yang suaminya menjadi bahagia bila memandangnya, bila diperintah segera dipenuhi, dan bila suaminya tidak ada dia menjaga kehormatannya."
(HR Imam Ahmad)

Maka itulah yang sebaiknya, jadilah seorang isteri yang taat dan solehah. Selalulah berdoa untuk suami dan keluarganya. Doa kamu para isteri, sangat-sangat bermakna bagi suamimu dan anak-anakmu.


[ N.A.M.N Poknik Adeq ]
Renungan Sufi 
Cermin Sufi 2018

Copy and paste: Whatsapp Group Haji 2/2017 
14.9.2018 : 9.27 am

No comments:

Post a Comment