ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 11 July 2018

YANG PERTAMA DI MALAYSIA

  1. A.D. Norman (Captain RN) : Pegawai Turus Tentera Laut Malaya yang pertama.
  2. A.G. Exham (Captain) - Adjutan Askar Melayu yang pertama yang mereka bentuk lencana dan Motto Askar Melayu. 
  3. A.L.Birch - orang yang pertama memulakan siaran radio di Tanah Melayu pada tahun 1921. 
  4. A.R. Cook - the first woman principal of Maxwell Road School, Kuala Lumpur, 1939. 
  5. A.R Venning - Pengasas Lake Garden (Taman Tasik Perdana) di Kuala Lumpur pada tahun 1888. 
  6. Abang Haji Mustapha (Datu Bandar) - Pengasas Parti Negara Sarawak (PANAS) pada 9 April 1960. 
  7. Abdul Aziz bin Ismail - anak Melayu pertama menjadi Pengetua Maktab Melayu Kuala Kangsar. 
  8. Abdul Halim bin Ismail (Datuk Dr. ) - Ketua Eksekutif Bank Islam Malaysia Berhad yang pertama pada Julai 1983. 
  9. Abdul Hamid bin Bidin (Lt.Gen. Tan Sri) : Anggota tentera Lain-lain pangkat yang pertama sampai ke pangkat Jeneral. 
  10. Abdul Hamid bin Desa - Johan Qari pertama Pertandingan Membaca al-Quran Peringkat Kebangsaan di Stadium Merdeka pada 18 Mac 1960. 
  11. Abdul Jalil bin Ibrahim - orang awam pertama dikurniakan Pingat Seri Panglima Gagah Berani (SPGB). Beliau terbunuh dalam siasatan kes Bumiputra Finance Bhd di Hong Kong pada Julai 1983. 
  12. Abdul Kadir bin Said (CPOSM) - anggota Malay Navy semasa Perang Dunia kedua. Beliau adalah anak Melayu pertama dikurniakan pingat "Distinguished Service Medal" oleh Kerajaan British kerana keberanian beliau menentang Tentera Jepun di atas kapal HMS Kudat
  13. Abdul Kadir bin Yusuf (Tan Sri Datuk Hj) - Peguam Negara yang pertama. 
  14. Abdul Malik Mydin (Dato') - The first Malaysian to swim in freezing waters across 33 km English Channel in August 2003. 
  15. Abdul Rahim Kajai - Pengarang Utusan Melayu yang pertama. 
  16. Abu Bakar Al-Baqir - Pengasas Hizbul Muslimin. 
  17. Abu Hassan bin Abdullah (Major) - Pegawai Memerintah  Pasukan Pertama Gerup Gerak Khas (Komando) pada 23 Februari 1965.
  18. Ah Ying - the first communist Terrorist in Negeri Sembilan to surrender under the Government New Surrender Term in 1957. 
  19. Ahmad bin Johan : anak Melayu pertama menjadi Adjutant Batalion Pertama Rejimen Renjer Malaysia. 
  20. Ahmad bin Mat Som Pergau - Johan Qari pertama Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa pada tahun 1961. 
  21. Ahmad Fuad bin Hassan - Presiden Parti Islam SeMalaya (PAS) yang pertama. 
  22. Aida bt Arzahari  (Lt. Maritim) : Pegawai Memerintah Kapal wanita pertama di Malaysia. Dilantik menjadi Pegawai Memerintah Kapal KM Nyalau yang berpengkalan di Lumut, Perak. 
  23. Ainun binti Mohd Said (Datuk) - Wanita pertama dilantik Peguam Negara pada tahun 2000. 
  24. Ainy Dhobi (Datuk) - Pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak pada tahun 1961. Beliau adalah adik kepada Pejuang Nasionalis Sarawak, Rosli Dhoby
  25. Aishah Ghani (Datuk Paduka Hjh) - wanita Melayu pertama menjadi Senator. 
  26. Alexander Oppenheim (Dato' Sir Professor) - Naib Canselor Universiti Malaya yang pertama pada tahun 1962. 
  27. Amewa bt Ahmad (PW1 KNA) - anggota wanita Tentera Laut DiRaja Malaysia yang pertama dinaikkan ke pangkat Pegawai Waren 1. 
  28. Aminuddin Baki - anak tempatan pertama menjadi Ketua Penasihat Pelajaran. 
  29. Anandam Xavier - menghasilkan filem animasi pendek yang pertama di Malaysia dengan filem "Hikayat Sang Kancil" pada tahun 1978. 
  30. Annie Choong - atlet wanita Malaysia pertama mewakili negara di Sukan Olimpik 1956 di Melbourne, Australia. 
  31. Anthony Chan - started Malaysia first Graphic User Interface (GUI) Bulletin Board. 
  32. Aman Ramli Jaafar @ A.R. Tompel - anak melayu pertama menjadi Pengarah Filem Melayu di Singapura pada tahun 1951. 
  33. Anita Yusof : diiktiraf oleh Asia Book of Records sebagai Wanita Pertama menjelajah Dunia dengan motosikal. Beliau telah menjelajah hampir 50 negara dengan motosikal. 
  34. Arthur E. Walker - first casualty of Malayan Emergency. A British planter killed by Communist Terrorist in Sg. Siput, Perak.
  35. Arthur King Scarf : Anggota British Royal Air Force ketika Perang Dunia Kedua. Anggota tentera yang pertama menerima pingat Victoria Cross dalam kempen Malaya.  
  36. Azhar bin Mansur (Dato') - Rakyat Malaysi pertama mengelilingi dunia secara solo melalui kapal layar pada tahun 1999.
  37. Azizulhasni Awang - pelumba basikal pertama negara meraih pingat Gangsa di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. 
  38. B.C. Sekhar (Tan Sri) - Pengarah Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) yang pertama pada tahun 1966. 
  39. B.E. Shaw - Pengetua Victoria Institution Kuala Lumpur yang pertama. 
  40. B.S. Rajhan - directed the first post-war film "Singapura di Waktu Malam" in 1947. 
  41. Bastianpillai Paul Nicholas - Founder of the Oriental Bank of Malaya and the first Asian Bankers in the history of British Colonial in Malaya. 
  42. Bibi Aishah binti Hamidon - wanita Malaysia pertama menjadi senator. 
  43. Burhanuddin Al-Helmi - pengasas Homeopathy di Malaysia.
  44. Carmen Rosemary Edmonds TLDM - Pegawai Wanita Tentera Laut yang pertama ditugaskan dikapal KLD Tunas Samudera pada tahun 1989.  
  45. Charles Arden Clarke, Sir - Gabenor Sarawak yang pertama. 
  46. Chew Kam Pok - First Director General of Telecommunication Department in Malaysia (1965-1971). 
  47. Chong Yoke Choy - Founder of Chin Woo, a Chinese athleetics Association in 1921. A Chin Woo Stadium was built in Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur in 1951. 
  48. Chong Yong Chin (Sarjan) : Anggota Batalion Pertama Rejimen Persekutuan. Anggota tentera Malaysia yang pertama menerima anugerah pingat Panglima Gagah Berani (PGB) ketika Darurat. 
  49. Chow Chee Keong - Malaysian goalkeeper & the first Malaysian to be voted by Asian Football Confederation as the best goalkeeper for 5 straight times. 
  50. Chua Cheng Bok - pengasas Cycle and Carriage di Kuala Lumpur. 
  51. Claude Fenner (Sir) - Ketua Polis Negara yang pertama. 
  52. Cornelius de Houtman - mengetuai ekspidisi pertama dari Belanda yang tiba di Kepulauan Melayu pada April 1595. 
  53. Cuthbert Woodville Harrison - Author of the first Travel Guide to Malaya in 1920. 
  54. Daeng Ibrahim - pengasas Bandar Tanjong Puteri, Johor. 
  55. Daeng Merewah - Yam Tuan Muda Johor yang pertama. 
  56. Dali Omar - Pemain bolasepak Negara yang pertama beraksi di Luar Negara mewakili Kelab Azzuri, Australia pada tahun 1972. 
  57. Danny Ooi - Pengasas Malaysia Book of Record pada 1995.
  58. Daud Hj Sulaiman : Anak Melayu pertama menjadi pegawai dalam Askar Timbalan Setia Negeri Johor. 
  59. Davin Arul - Started Malaysia's first videogame column in computer and launch Malaysia's first online newspaper in 1995. 
  60. Dunstan Nyaring Angking (Kolonel) : anggota tentera berketurunan Iban yang pertama dinaikkan pangkat Kolonel pada 19 November 1966. 
  61. E.D. Norman, RN (Commodore) - Pegawai Memerintah TLDM yang pertama (1957-1960). 
  62. E. Lenthal (Lieutenant) - Pengarah Muzik Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu DiRaja yang pertama. 
  63. E.W. Tallala & M. Rajagopal - the first 2 technical operators to take charge of Marconi Radio Terminal in Kuala Lumpur in 1936, a public radio telephone services. 
  64. Emilia bt Kamaruddin (Lt Kol Udara) : juruterbang pesawat pejuang wanita yang pertama di Malaysia.  
  65. Eu Tong Sen - The first person to own a car in Perak. 
  66. F.A. Stephen - antara pengusaha awal tanaman getah di Tanah Melayu pada 1897. 
  67. Faiz Subri - pemain bola sepak negara pertama memenangi Anugerah FIFA Puskas 2016.
  68. Fatimah Bee Bt Mohd Hashim (Kdr TLDM) : Pegawai wanita Tentera Laut DiRaja Malaysia yang pertama menyandang pangkat Komander TLDM pada tahun 2002. 
  69. Fatimah binti Hashim (Puan Sri) - Menteri Wanita yang pertama di Malaysia pada 1969. 
  70. Fauziah bt Suhaili @ Fauziah Gambus : Pemain Gambus wanita pertama di Malaysia. 
  71. Fazilah binti Makun (Lt. TLDM) : Pegawai wanita Tentera Laut DiRaja Malaysia yang mengikuti pelayaran Operasi KD Mahawangsa ke Somalia pada 7 September 2008. 
  72. Ferguson - Davie (Bishop) - Founder of Fraser Hill while in midst of locating the missing L.J. Fraser in 1910. 
  73. Francis George Atkinson - Pegawai Daerah Kota Kinabalu yang pertama. 
  74. Francis Mc Williams (Sir) - Jurutera Bandar Petaling Jaya yang pertama pada 1954. 
  75. Frank Swettenham - Residen Jeneral British yang pertama di Tanah Melayu. 
  76. Frederick Joseph Morten - Pengasas Kg.Morten di Melaka. 
  77. G.W. Hepponstall - the first headmaster of the Victoria Institution Kuala Lumpur. 
  78. George Leith - Penang's Lieutenant Governor, Gabenor Pulau Pinang yang pertama. 
  79. George Maxwell - Penasihat British yang pertama di Kedah. 
  80. H.A. Courtney - Pengurus Hong Kong Bank Cawangan Johor yang pertama pada 1917. 
  81. H.C. Syers (Captain) - Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang pertama pada tahun 1896. 
  82. H.M. De Souza - Chef de Mission yang pertama Kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik di Melbourne pada tahun 1956. Juga adalah Pengetua Sek. Tinggi Setapak Kuala Lumpur yang pertama. 
  83. H.M. Shah - membuka stesen minyak yang pertama di Petaling Jaya di Jalan Gasing pada tahun 1955. Juga adalah pengasas Shah Village. 
  84. Hanafiah bin Hussain (Tan Sri) - Anak Melayu pertama menjadi Chartered Accountant, juga Pengarah Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) yang pertama pada tahun 1964 dan Pengerusi FAMA yang pertama pada tahun 1965. 
  85. Harun bin Taib (Brig.Gen. Dato') - Panglima Gerup Gerak Khas yang pertama. 
  86. Hassan bin Din (PW 2) - anak Melayu pertama dihantar berkursus di Royal Military School of Music, Kneller Hall, England dan juga anak Melayu pertama menjadi Pengarah Muzik Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Di Raja (RAMD). 
  87. Hassan bin Yunos (Dato' Hj) - Menteri Besar Johor yang pertama pada tahun 1955. 
  88. Henry Fauconnier - orang yang pertama membuka ladang kepala sawit pada tahun 1917. 
  89. Huge Stockwell (Lt. General) - Kolonel Kehormat Rejimen Askar Melayu Di Raja (RAMD) yang pertama pada tahun 1954. 
  90. Hui Siew - Kapitan Cina yang pertama di Kuala Lumpur. 
  91. Ibrahim bin Abu Hurairah - Kadi Negeri Pahang yang pertama, 1890. 
  92. Ibrahim bin Hassan @ Ibrahim Pendek - anak Melayu pertama berlakon dalam filem keluaran Hollywood dalam filem "The Spiral Road" pada tahun 1962 bersama pelakon terkenal Hollywooe Rock Hudson dan Gene Rowlands. 
  93. Ibrahim bin Yaacob - pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM). 
  94. Ismail bin Dato' Abdul Rahman (Dato' Dr. ) - Wakil tetap Malaysia yang pertama ke Pertubuhan Bangs-Bangsa Bersatu. 
  95. Ismail bin Ibrahim (Datuk Dr.) - Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang pertama pada 3 Julai 1992. 
  96. Ismail Omar bin Abdul Aziz - Pengetua Pertama Kolej Islam Kelang pada 1955. 
  97. J.A. Russel & A.B. Milne - mempelopori tanaman teh di Cameron Highland. 
  98. J.B. Carruthers - the first Director of Agriculture in the Federated Malay State. 
  99. J.F.A. Mc Nair (Major) - the first Head of Public Works Department established in 1872. 
  100. J.G. Davidson - residen British yang pertama di Selangor. 
  101. J.P. Rodger - Residen British yang pertama di Pahang. 
  102. J.P. Wade Gardner - the first Penang Manager of the Hong Kong & Shanghai Banking Corporation. 
  103. J.R. Brown (Captain) - pilot of the first chartered flight from Singapore to Kuala Lumpur on 2 April 1947. 
  104. J.S. Mason - Penasihat British yang pertama di Kelantan. 
  105. J.W.W Birch - Residen British yang pertama di Perak dan juga di Tanah Melayu. Beliau mati dibunuh pada 1 November 1875 di Pasir Salak oleh penentang British di Perak. 
  106. Jaafar bin Hj Muhammad (Datuk) - Menteri Besar Johor yang pertama dari 1883 - 1919. 
  107. Jack Russel - first Selangor Government Printer - editor of Selangor Journal, state first newspaper in 1890. 
  108. James Brooke - Rajah Inggeris yang pertama di Sarawak. 
  109. James Carnegy - Ketua Polis Pulau Pinang yang pertama pada 25 March 1807. 
  110. Johari bin Daud (Tan Sri) - Ketua Pengarah Perkhidmatan Haiwan yang pertama pada 1957. 
  111. John Kevin Barlow & Brian Geoffrey Chambers - the first Australian to be hanged at Pudu Prison for Drug Traffickers on 7 July 1986. 
  112. John Robson - menerbitkan akhbar pertama di Selangor "The Malay Mail" pada 1896. 
  113. John Thivy - Pengasas Malayan Indian Congress (MIC) pad Ogos 1946. 
  114. Joseph Pairin Kitingan - Pengasas Parti Bersatu Sabah (PBS) pada April 1985. 
  115. Jugah ak Barieng (Temenggung) - Presiden pertama Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA). 
  116. Julian Yee - atlet luncur ais pertama negara mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan.
  117. Justin & Gerld Read - the first Malaysian to walk the last degree to the North Pole in April 19, 1999. 
  118. K. Thanabalasingam (Laksamana Muda Datuk) - Anak Malaysia pertama dilantik menjadi Ketua Turus Tentera Laut (Sekarang Panglima Tentera Laut). 
  119. Khairul Idham Pawi - pelumba motosikal negara yang pertama menjuarai Kejohanan MotoGP Dunia pada Grand Prix Motosikal Argentina 2016 dan Jerman 2016. 
  120. Khatijah binti Abdul Rahman - Rekrut Wanita pertama dalam Tentera Laut DiRaja Malaysia pada 1 Mei 1978 memakai nombor tentera 5500001
  121. Khatijah binti Mohd Yusoff (Prof. Datin Dr. ) - penerima pertama Asia Tenggara anugerah UNESCO Carlos J. Finlay dan UNESCO Albert Eistein Silver Medal pada 2005. Beliau menemui penawar penyakit sampar ayam (New Castle Disease) yang mendapat pengiktirafan luar negara. 
  122. Khoo Teck Puat - Founder of the Malaysan Banking (Maybank) in 1960. 
  123. Kiki Poh : anak Malaysia pertama bekerja dengan Syarikat Animasi gergasi dunia, Disney Pixar yang berpengkalan di San Francisco, Amerika Syarikat. 
  124. Kok Shoo Yin - first person to be issued with Certificate of Citizenship on November 14, 1957. 
  125. Koraizo Abdullah - Pegawai Polis wanita pertama memegang jawatan Ketua Polis Daerah (Timur Laut Pulau Pinang) pada 2 September 1996. 
  126. L. Krishnan (Datuk) - Directed the first Merdeka Studio's film "Tun Teja" in 1961. 
  127. L.Wray - Kurator Muzium Perak yang pertama dan juga Kurator pertama di Tanah Melayu. Beliau telah melakukan penggalian arkeologi di Gua Batu Kapur Gunung Cheroh di Ipoh pada tahun 1890. 
  128. Lam Sai Kit (Datuk Prof) - the first Malaysian to receive the Prince Mahidol Award - discovered the Nipah Virus
  129. Latif Romly - pemenang pingat emas ketiga negara dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual) di Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. 
  130. Lee Hup Wei - Atlet lompat tinggi negara, Atlet pertama Malaysia berjaya ke pusingan akhir ke Kejohanan Olahraga Dunia 2019. 
  131. Lee Kong Chin - Founder of Lee Rubber in 1930. 
  132. Leong Yew Koh (Tun) - the first Malaysian to be elected Governor of Melaka. 
  133. Lim Cheong Eu (Dr.) - Pengasas Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) bersama Dr. Tan Chee Koon.
  134. Lim Chuan Geok - ketua Pasukan Badminton Malaya yang pertama menjuarai Piala Thomas pada 1949. 
  135. Lim Foo Yong (Datuk) - owner of Harlequin - the first nightclub with a revolving door in Kuala Lumpur in 1949 and owner of Merlin Hotel in Kuala Lumpur (1952). 
  136. Lim Phaik Gan (Tan Sri Dato') : duta wanita pertama di Malaysia. Dilantik sebagai Duta Besar Malaysia  kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan merupakan duta kepada Yugoslavia, Austria dan Komuniti Ekonomi Eropah. 
  137. Lim Yock Ching - First President of the Federation  of Malaysian Chinese Assembly Hall in 1991. 
  138. Loh Boon Siew (Tan Sri) - foundr of Boon Siew Motor in Malaysia. 
  139. Loke Wan  Yat - the first owner / operator of Odeon Cinema in Kuala Lumpur. 
  140. Loke Yew - Establisht the first Rubber Plantation in Malaya, opened the first cement work in Malaya, the first in Selangor to install an electric power in a mine , the first President of Selangor Chinese Chamber of Commerce and one of the first car owner in Kuala Lumpur. 
  141. Lokman bin Yusof (Tan Sri) - Datuk Bandar Kuala Lumpur yang pertama. 
  142. Long Yunus - Sultan Kelantan yang pertama. 
  143. Looi Lai Meng (Prof Dr. ) - wanita pertama memegang anugerah Sains Kebangsaan pada 1999 dan rakyat Malaysia pertama menerima anugerah Saintis & Ahli Teknologi Terbilang ASEAN pad 2001. 
  144. Lopez de Sequeira - orang Portugis pertama tiba di Melaka pada tahun 1509. 
  145. Louis Thivy - first Indian to be appointed to the Perak State Council in 1929. 
  146. M. Jegathesan (Datuk Dr. ) - Pemenang pingat Emas pertama negara dalam acara 200 meter di Sukan Asia pada 1962, Atlet negara pertama ke temasya British Empire & Commonwealth Games di Jamaica pada 1966 dan Olahragawan Negara yang pertama (1966). 
  147. M. Vasugi - Pemenang pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik - Pingat Gangsa acara Taekwando di Sukan Olimpik di Seoul, 1988. 
  148. M.H Ali bin H.A. Latiff @ Bat Latif - Pelakon kanak-kanak Melayu pertama menerima Anugerah "Pelakon Kanak-Kanak Lelaki Terbaik" di Pesta Filem Asia di Tokyo. 
  149. Magendran M. Munisamy & Mohanadas Nagappan - Rakyat Malaysia pertama tiba di Puncak Gunung Everest pada 23 Mei 1997. 
  150. Maharaja Drebar Raja - Raja Kedah yang pertama. 
  151. Malik Al Mansur - Pengasas Kerajaan Melayu Bruas pada kurun ke 15 M. 
  152. Mansor bin Hj. Abu Bakar - the first Malay referee in a Malaya Cup Final for football in 1957. 
  153. Maria Menado - produser Filem Melayu pertama yang mempunyai syarikat perfileman sendiri. 
  154. Mark Koding (Datuk) - pengasas Parti Angkatan Keadilan Rakyat, 1989. 
  155. Martin Lister - Residen British yang pertama di Negeri Sembilan. 
  156. Mazlan binti Othman (Datuk Prof.Dr. ) - wanita pertama memegang Ph.D dalam bidang Astronomi di University of Otago selepas 120 tahun penubuhannya. Beliau juga adalah Rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai Pengarah Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas (OOSA) PBB pada 21 Oktober 1999. 
  157. Meadow Frost - Penasihat British yang pertama di Perlis. 
  158. Mehmet Durakovic - Pemain Impot Bolasepak Pasukan Selangor dan menjadi pemain impot pertama menjadi Kapten perlawanan akhir Piala Malaysia. 
  159. Mervin C.F. Sheppard @ Mubin Sheppard - Ketua Pengarah Pertama Muzium Negara yang dibina pada 31 Ogos 1963. 
  160. Mohamad bin Jamil (Tan Sri) - Pengarah Pertanian yang pertama. 
  161. Mohamad Hassan Abdul Wahab - First Resident Instructor of Gracely Telecom Training School at Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. 
  162. Mohamed Awang Lah (Dr.) - Lecturer of University of Malaya - setup the first Malaysian Network connected to the internet in 1983. 
  163. Mohammad Eunos bin Abdullah - Pengasas Kesatuan Melayu Singapura (KMS) pada 1926. 
  164. Mohammad Sopiee bin Sheikh Ibrahim - Pengerusi Parti Buruh yang pertama. 
  165. Mohd Asri bin Muda (Datuk Hj) - Pengasas Parti Hizbul Muslimin pada 1982. 
  166. Mohd Dali bin Ahmad (Sarjan) - anak Melayu pertama memimpin Pasukan Tambur Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) pada 1 Ogos 1936. 
  167. Mohd Fuad bin Md Ghazali (Major) - anggota Batalion pertama Rejimen Askar Melayu DiRaja, yang pertama mengetuai pasukan pengawal Istana Buckingham di London pada 2 Mei 2008. 
  168. Mohd Fuad Stephen (Tun) - Pengasas Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) pada 1976. Beliau juga adalah Ketua Menteri Sabah yang pertama (1963-1964). Beliau terkorban dalam nahas pesawat kecil jenis GAF Nomad di Kg.Sembulan, Kota Kinabalu pada 6.6.1976, dikenali sebagai Tragedi Double Six. 
  169. Mohd Zain bin Hussain (S/Lt) - Anggota Malay Navy ketika Perang Dunia Kedua, anak Melayu pertama ditauliahkan pegawai dalam tentera laut. 
  170. Muhammad Abdul Rauf (Dr.) - Reaktor Pertama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 1983. 
  171. Muhammad Ibrahim Munsyi (Dato') - Ketua Jabatan Pendidikan Johor yang pertama (1883).
  172. Mustapha bin Datu Harun (Tun Datu) - Pengasas Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO). 
  173. Mustapha bin Osman (Dr. ) - anak Melayu pertama menjadi Patologis.
  174. N.A. Kularajah - General Manager MCIS Zurich yang pertama. 
  175. N.A.J. Kennedy - Ketua Pentadbir pertama Kuasa Tempatan Petaling Jaya (1953 - 1954). 
  176. Nicol Ann David (Dato') - the first Malaysian and Asia woman to win the squash World title. 
  177. Noraini binti Sheikh Ahmad (Lt.Kdr TLDM) : Pegawai wanita Tentera Laut DiRaja Malaysia yang pertama dilantik menjadi Pegawai Memerintah sebuah pengkalan. Beliau dilantik menjadi Peg.Memerintah SKTLDM Sitiawan pada 12 November 1996. 
  178. Nurizzati Athira bt Mohamad Yusoff : wanita Malaysia pertama menjadi jurukimpal dalam air. 
  179. Nurul Huda Abdullah - the first female swimmer in South East Asia to break the 5 minutes mark in the 400m individual medley and 60 mark in the 100m free style. 
  180. Ong Kee Hui - Pengasas Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) bersama Stephen Yong pada 12 Jun 1959. 
  181. Onn bin Jaafar (Dato') - Presiden Parti UMNO yang pertama. 
  182. Osman bin Enggok (PW1) - anak Melayu pertama menjadi Sarjan Mejar Rejimen, Rejimen Askar Melayu. 
  183. Ow Yong Hong Chiew (Ir.) - first Malaysian to be elected Director of Drainage and Irrigation Department in 1964. 
  184. Pandelela Rinong - Atlet Terjun Malaysia yang pertama memenangi pingat dalam Sukan Olimpik 2012 di London menerusi acara 10 meter Platform Individu. 
  185. Pangeran Indera Mahkota - pengasas Bandar Kuching, Sarawak pada 1827. 
  186. Parameswara - pengasas Kesultanan Melayu Melaka pad 1400 M. 
  187. Philip Dundas (Sir)- Gabenor Pulau Pinang yang pertama. 
  188. Putih Mariah binti Abdul Rashid (Datin) - Pengasas Jabatan Kaum Ibu UMNO pada 1947. 
  189. R.A. Low - first Director of Post & Telegraph for the Federated Malay State in 1903. 
  190. R.S. Hutchings - pengasas Penang Free School. 
  191. Rafiah binti Sallim (Datuk) - the first female Vice-Chancellor of University of Malaya in May 2006. 
  192. Raja Chulan Ibnu Raja Hamid - wakil Melayu pertama dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan. 
  193. Raja Lope Nor Rashid Raja Abdul Rahman (Lt. Kolonel) - anak tempatan pertama diberi penghormatan mengambil tabik hormat Perbarisan Tamat Latihan Rekrut Rejimen Askar Melayu pada 16 Ogos 1956. 
  194. Raja Lumu - Sultan Selangor yang pertama. 
  195. Raja Mashoor bin Raja Abdul Kadir - Warta Kinta first editor. 
  196. Raja Melewar - Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama. 
  197. Raja Musa bin Raja Haji Bot - Hakim Anak Melayu yang pertama. 
  198. Raja Sir Tun Uda - Gabenor Pulau Pinang yang pertama dari anak tempatan. 
  199. Ralph Ritch - Orang British yang pertama melawat Melaka pada 1588. 
  200. Rashdan Baba (Tan Sri Dr. ) - CEO pertama Syarikat Telekom Malaysia Berhad pada 1986. 
  201. Razali bin Ismail (Tan Sri) - anak Melayu pertama memegang jawatan tertinggi dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 
  202. Razali bin Nawawi (Ustaz) - Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang pertama.
  203. Ridzuan Puzi - Atlet Paralimpik Negara yang pertama memenangi pingat Emas Negara dalam acara 100m T36 (celebral Palsy) dalam sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.  
  204. Robert Fullerton - Gabenor Negeri-Negeri Selat yang pertama. 
  205. Robiah bt Abdul Ghani (Dato'): Ketua Polis Negeri wanita yang pertama dilantik memegang jawatan Ketua Polis Pahang pada tahun 2008. 
  206. Rohayu binti Hussin (Lt.Kdr TLDM) : Pegawai wanita TLDM yang pertama menyertai cawangan Hidrografi TLDM pada tahun 1999. 
  207. Rosli bin Man - Pengurus Besar CELCOM Malaysia yang pertama. 
  208. Rugayah binti Sulong - Johan Qariah pertama Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa pada tahun 1961. 
  209. Runme Shaw & Run Run Shaw - built the first film studio in Singapore, 1939. 
  210. Rutherford Alcock (Sir) - Presiden pertama Syarikat Borneo Utara British, 1882. 
  211. S.E. Harper & S.B.R. Reyne - antara Ahli pertama "The Royal Selangor Club" pada 1884.
  212. S.O.K. Ubaidulla - Pengasas & Yang Di Pertua PERKIM (1960-1964).
  213. S.P. Seenivasagam - first President of Ipoh Municipal Council , 1962.
  214. Saadiah Ahmad Daud - Pengarah Filem wanita Melayu pertama dalam filem "Cerita Ku Cerita Mu" pada tahun 1980. 
  215. Salma binti Ismail (Tan Sri Dr. ) - wanita Melayu pertama lulus bidang perubatan dan menjadi doktor pada 1949. 
  216. Sapok Biki (Koperal) : Anggota Rejimen Renjer Malaysia menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi pingat Emas acara Boxing di Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur. 
  217. Sarah Winstedt (Dr.Lady) - the first female Doctor to serve in the Malay Stete in 1935. 
  218. Sariah bt Ali : polis wanita pertama di Malaysia. 
  219. Sarkawi bin  Bujang (POWG) : anggota Malay Navy ketika Perang Dunia kedua. Beliau adalah anggota pertama melapor diri dalam Malayan Naval Force pada 1949 memakai nombor tentera 800001
  220. Saudah binti Hanafi - Johan Qariah pertama dalam Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Stadium Merdeka pada 18 Mac 1960. 
  221. Senu bin Abdul Rahman (Dato') - Duta Besar Malaysia yang pertama ke Indonesia. 
  222. Shahrum Yub (Datuk) - anak Melayu pertama lulus Diploma dari Muzium Association, England pada tahun 1961. 
  223. Shamsiah Sultan Fatah - Pengasas Angkatan Wanita Sedar (AWAS) pada Februari 1946. 
  224. Shamsudin bin Abdul Kadir (Tan Sri Dato') - Pengasas Sapura Holdings. 
  225. Sharifah Mazlina binti Syed Abdul Kadir (Datin Paduka) - the first woman to cross the Antartica in solo-ski sail expedition on December, 2004. 
  226. Sheikh Muszaphar Shukor (Datuk Dr.) - Angkasawan pertama Malaysia pada 10 Oktober 2007. 
  227. Sheila Majid - Artis Malaysia pertama berjaya menempa nama di Jepun dalam persembahan di Festival Muzik Tokyo 1989. 
  228. Shila Hamzah - artis Malaysia pertama menempa nama di China apabila memenangi rancangan Realiti Asia Wave 2012.
  229. Siti Norhajar binti Megat Ahmad Roslan (Lt.TLDM) : pegawai wanita TLDM yang pertama berkhidmat dibawah payung PBB di Lubnan. 
  230. Siti Norma binti Yaakob (Tan Sri) - Hakim wanita pertama di Malaysia (1994) - Hakim wanita pertama di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pad March 2008. 
  231. Stephen Mundau (Brig.Gen. Datuk) - Rakyat Malaysia keturunan Iban yang pertama dinaikkan pangkat Brig.Jeneral pada 1 November 2010. 
  232. Sudirman Hj Arshad - penyanyi Malaysia pertama memenangi anugerah Penghibur Terbaik Asia pada 1989. 
  233. Sufiah binti Yusuf - Rakyat Malaysia pertama diterima masuk ke University Oxford pada usia 13 tahun. 
  234. Sulaiman bin Sujak (Marsyal Udara Dato') - anak tempatan pertama dilantik Ketua Turus Tentera Udara (sekarang Panglima Tentera Udara). 
  235. Sultan Alauddin Riayat Shah II - Sultan Johor yang pertama (1528)
  236. Sultan Hussain Jamalullai - Raja Perlis yang pertama. 
  237. Sultan Mahkota Iskandar Shah - Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam. 
  238. Sultan Muhammad Shah - Sultan Pahang yang pertama. 
  239. Sultan Muzaffar Shah - Sultan Perak yang pertama. 
  240. Sultan Zainal Abidin 1 - Sultan Terengganu yang pertama. 
  241. Sybil Kathigasu : wanita Malaysia pertama menerima pingat George Medahldari Kerajaan British. Beliau telah ditawan oleh Jepun dan diseksa hingga menyebabkan kerosakan bahagian dalaman tubuhnya. 
  242. Syed Abdul Rahman bin Syed Abdullah Al-Jafre - Pengarah Biro Pencegah Rasuah yang pertama (1960-63).
  243. Syed Abu Hassan Ibnay Burhan - Penerbit akhbar "Perak Pioneer" - akhbar Inggeris yang pertama di Negeri-Negeri Melayu pada 4 Julai 1894. 
  244. Syed Hussein Mohamad (Dr.) - First Executive Director of Syarikat Telekom Malaysia, 1987. 
  245. Syed Nahar bin Tun Syed Shah Shahabuddin (Dato' Seri) - Pengerusi Bank Simpanan Nasional yang pertama. 
  246. Syed Nasir Ismail (Tun) - Pengerusi Pertama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 26 Januari 1974. 
  247. Syed Shah bin Syed Abdullah Shahabuddin (Tun) - Duta Malaysia yang pertama ke Thailand (1958).
  248. Syed Shah bin Syed Hassan Barakbah (Tun) - anak Melayu pertama memegang Jawatan Ketua Hakim Negara. 
  249. Sylvia Ng - atlet wanita pertama Malaysia memenangi pingat Emas acara Badminton di Edmonton, Kanada pada tahun 1978. 
  250. T. Heslop Hill - antara pengusaha awal tanaman getah di Tanah Melayu. 
  251. T.F. Toft - First Superintendent of Perak Post & Telegraph Department on 1 October 1884. 
  252. T.H. Moore - Pengetua Malacca Free School yang pertama - 7 December 1826.
  253. Tan Chay Yan - orang yang pertama menanam getah di Tanah Melayu pada 1895.
  254. Tengku Maimun bt Tuan Mat (Datuk) : wanita pertama menjadi Ketua Hakim Negara. 
  255. Thean Lip Thong (ir.) - first President of The Board of Engineers, Malaysia (1972-74).
  256. Tom Binti Datuk Abdul Razak : wanita pertama Malaysia menduduki peperiksaan Junior Cambridge iaitu lulusan tertinggi Sekolah Inggeris  di Sekolah Methodist Kuala Lumpur pada 1923. 
  257. Tuanku Haji Bujang bin Tuanku Othman (Datuk) - Presiden Parti Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) yang pertama pada 1961. 
  258. Tunku Osman bin Tunku Mohd Jewa (Jeneral Tan Sri) - anak Melayu pertama menyandang  pangkat Jeneral & Ketua Turus Angkatan Tentera yang pertama. 
  259. Tunku Yaakub Ibni Al Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu yang pertama dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang pertama ke United Kingdom. 
  260. Ungku Mahkota Aziz - Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka yang pertama. 
  261. Utsman bin Abdullah (Haji) - Kadi Kuala Lumpur yang pertama. 
  262. V.Subramaniam - Memenangi pingat Emas pertama Malaysia dalam acara 10 Km Jalan Kaki di Sukan SEA di Manila pada 1978. 
  263. Velu Rajavelu (Police Constable) - Penerima pertama Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SPGB). 
  264. Von Driberg (Captain) - Pemerintah pertama Rejimen Askar Melayu di Ceylon pada 1924. 
  265. W.O. Walton (Lt. Colonel) - first Commanding Officer of the 3rd Battalion Royal Malay Regiment. 
  266. W.R.J. Stanger (Sargeant) - Amra pertama Rejimen Askar Melayu, 1936.
  267. Wahi Anuar - pengasas Pembela Tanah Air (PETA) pad September 1947.
  268. Wan Wardatul Amani bt Wan Salim : rakyat Malaysia pertama yang melancarkan satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) ke angkasa lepas. 
  269. William Cameron - founder of Cameron Highland at Malaya, 1885.
  270. William Hargreaves -the first Headmaster of Malay College Kuala Kangsar.
  271. William Honnaday - orang pertama menemui gua di Batu Caves Kuala Lumpur. 
  272. William Hood Treacher - Gabenor Syarikat Berpiagam Borneo Utara yang pertama di Sabah. 
  273. William Middleton Sime & Henry Darby - founder of Sime Darby in Malaya, 1910. 
  274. William Pryer - pengasas bandar Sandakan, 1879.
  275. Yeoh Choo Kheng @ Michelle Yeoh (Dato') - First Malaysia leading lady in the James Bond movie "Tomorrow Never Dies". 
  276. Yeop Mohidin bin Mohd Sharif - pengasas Askar Wataniah.
  277. Yusof bin Hj Ibrahim (Tan Sri Ir.) - Founder President of The Institution of Engineers, Malaysia, 1959. 
  278. Yusof bin Sahabudin (Datuk Seri Utama DiRaja Datuk) - Mufti Selangor yang pertama (1963-1968).
  279. Zainal Abidin Safarwan - memperkenalkan Perkamusan Melayu - Inggeris yang pertama pada 1964 di Singapura. 
  280. Zakiah Hanum binti Hj. Abdul Hamid (Dato') - ketua Pengarah Arkib Negara yang pertama, wanita Melayu pertama menerima anugerah Ramon Magsasay. 
  281. Zeti Akhtar binti Aziz (Tan Sri Dr.) - wanita pertama dilantik Gabenor Bank Negara pada mei 2000. 
  282. Ziyad Zolkefli - memenangi pingat emas pertama negara dalam acara lontar Peluru F20 dan mencatat rekod dunia dengan catatan 16.84 meter dalam sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro , Brazil. 
Updated : 11 Julai 2018 : 2.33 am
Haji Zulheimy bin Maamor

No comments:

Post a Comment