ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 21 July 2018

2018 - KEMBARA KELANTAN - KOTA BHARU

PROGRAM PERTAMA: KOMUNITI 2018
TEMPAT: MASJID SULTAN MANSOR, JALAN SIREH, KOTA BHARU, KELANTAN
TARIKH: 21 JULAI 2018

Pada Hari Jumaat 20 Julai 2018, saya bersama Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia telah bertolak dari pejabat kami di Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu, Kelantan untuk 2 program yang akan dijalankan di sana. 


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu sejauh 430 km mengambil masa perjalanan selama 6 jam 42 minit. Kami melalui Lebuhraya Karak exit di Bentong dan kemudian melalui lebuhraya Central Spine Road (CSR) dari Merapoh ke Kg. Seberang Jelai terus ke Kota Bharu. 

Kami telah berhenti rehat di Hentian Rehat Gua Musang Kelantan untuk makan tengahari. 

Gua Musang terletak di Selatan negeri Kelantan. Daerah Gua Musang bersempadan dengan Pahang di Selatan, Terengganu di Timur dan Perak di arah Barat. 
Gua Musang pernah melalui zaman gelap ketika era Komunis di Tanah Melayu dahulu. Di sini pernah berlaku serangan kejam oleh Komunis pada 4 Januari 1943 dimana ramai penduduk Gua Musang dibunuh oleh Komunis. 
Di sini juga pernah berlaku peristiwa "Pertempuran Sungai Semur" pada tahun 1948 dimana 16 anggota tentera dari Batalion Ke 3 Rejimen Askar Melayu terkorban dalam serangan hendap komunis. 




Kami menginap di Diamond Hotel di Pengkalan Chepa, Kota Bharu semasa program.





Diamond Hotel
PT376, Wisma Koop Guru
Jalan Pengkalan Chepa
15400 Kota Bharu
Kelantan
Tel: 09-742 1514

Kedai bersebelahan Hotel Diamond dimana saya selalu makan malam di sini.





Kota Bharu ialah ibu negeri Kelantan yang dibuka pada tahun 1844 oleh Sultan Muhammad II. 
Dalam Sejarah, Kota Bharu ialah tapak pendaratan tentera Jepun pada 8 Disember 1941 semasa Perang Dunia Kedua. 

Kota Bharu telah diisytiharkan sebagai Bandaraya Islam pada 1 Oktober 2005.

PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN - MASJID SULTAN MANSOR
Program Pemeriksaan Kesihatan dijalankan di Perkarangan Masjid Sultan Mansor yang terletak di Jalan Kg. Sireh, Kota Bharu Kelantan.








 Semasa Program, kami telah dibantu oleh jururawat-jururawat dari Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh, Kota Bharu





Seramai 105 orang penduduk berhampiran dengan Masjid telah hadir untuk menjalani Ujian Pemeriksaan Kesihatan dari jam 9 pagi hingga 2 petang. 
Selesai program di Masjid Sultan Mansor kami pulang ke hotel kerana keesokannya ada satu lagi program akan dijalankan. 

PROGRAM KEDUA : KOLEJ 2018
TEMPAT : KOLEJ POLY TECH MARA KOTA BHARU
TARIKH : 22 JULAI 2018
Inilah adalah program kami kali kedua di Kolej Poly Tech MARA Kota Bharu. Kali pertama diadakan pada 26 April 2016. 



Kolej Poly Tech MARA sebelum ini dikenali sebagai Kolej Yayasan Pelajaran MARA (KYPM). Kolej Poly Tech MARA Cawangan Kota Bharu ditubuhkan pada tahun 1994.













Seramai 100 orang pelajar dan setaf Kolej Poly Tech MARA telah hadir untuk menjalankan pemeriksaan Kesihatan dari jam 09.00 pagi hingga jam 02.00 petang. 

Selesai program kami akan bermalam satu malam lagi di hotel dan akan meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur keesokan harinya pada 23 Julai 2018. 



No comments:

Post a Comment