ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 25 May 2018

Syair Meriam Sultan Sulaiman Singgora


Meriam ini adalah milik Sultan Sulaiman dari Kesultanan Singgora dan dikelaskan sebagai meriam pengepungan.Ketika pemerintahan Sultan Sulaiman,semua serangan dari Siam (Ayutthaya) dapat dipatahkan dengan mudah,dan catatan asing mengatakan tembakan-tembakan meriam Singgora amat dasyat sehinggakan jeneral-jeneral perang Ayutthaya melarikan diri dari medan peperangan.
Selepas kemangkatan Sultan Sulaiman,Siam terus menyerang dan akhirnya Singgora jatuh juga ketika pemerintahan anak kepada Sultan Sulaiman,Sultan Mustapha Syah,kali ini dengan bantuan Portugis dan Belanda.
Meriam yang megah ini dirampas Siam dan berada dalam simpanan mereka selama 79 tahun,kemudian dirampas Burma dalam Perang Burma-Siam atau Pengepungan keenam Burma 1765-1767 yang menyaksikan kejatuhan Ayutthaya.Meriam buatan Melayu Singgora ini berada dalam simpanan Burma selama 120 tahun.Kemudian dirampas pula oleh British dalam Perang Inggeris-Burma Ketiga 1885-1887 dan dibawa ke England dan ditempatkan di Royal Hospital Chelsea sehingga ke hari ini selama lebih 120 tahun.
Apa yang menariknya,di atas badan meriam ada terukir satu syair yang indah,bertulisan Jawi,berbahasa Melayu klasik.Pada akhir syair ada dicatatkan nama pengarang: Tun Juma'at Abu Mendus.
Pihak Burma juga mencatatkan sesuatu di atas meriam itu,untuk memperingati kejayaan mereka memusnahkan Siam dengan mencatatkan bahawa:
"Ta Htaung Ta-Ya Hnit-HSe Shit-Khu Dwarawati Thein Ya"
Terjemahan: Tahun 1128 (1776 Masehi) ....diperolehi semasa menawan Dvaravati
(catatan:Dvaravati asalnya kerajaan Mon,kemudian ditakluk Sukhotai dan Ayutthaya).
Bayangkan,meriam Melayu diperebut pelbagai bangsa.Hari ini,generasi Melayu tidak menyangka bahawa nenek moyang mereka mampu membikin meriam yang arsem dan lejen.Bila drama pendekar,pahlawan Melayu kerap digambarkan bergaduh di warung-warung buluh beratap rumbia bersenjatakan keris dan tombak sahaja.Hanya filem Sumpah Di Bumi Merekah lakonan Dato' Rahim Razali sahaja memaparkan pahlawan Melayu berperang dengan menggunakan lela rentaka (swivel gun).
Saya persembahkan syair yang indah ini kepada anda,para peminat sejarah.Bayangkan,di atas sebuah meriam yang brutal,terpahat sebuah syair.Begitu berseni dan halus budaya Melayu dahulukala.
ya dha l-awwali wa’l-ilm
ya dha l-haqqi wa’n-ni’am
ya dha l-jadli wa’l-kiram
ya dha l-ba’si wa’n-niqam

Hadrat Ahmad Arabi nasab
Akan Tuhan dhatnya amat ajaib
Dengan bahasa ia ‘ilmu dan adab
Maha ketika dengan bahasa Arab

Ya man ghafurun wa ghaffar
Ya man shakurun wa saffar
Wa ‘lishurna ma’a ‘l-abrar
Subhana Allah, Allhu Akbar

Bedil diperbuat adalah sudah
Menyucap syukur ke hadrat Allah
Jadikan tanda meninggalkan mannah
Akan membunuh kafir ‘alayhi ‘l-la’nah

Ingat-ingat engkau hai anak dagang
ke tanah juga kita akan pulang
tuntuti olehmu ghazi berperang
janji Tuhan ke jannat datang

Darus-salam jannat juga
jannat tempat rahmat juga
penuh dengan nikmat juga
duduk kekal dengan suka juga

Daulat tuanku sebagai datang
seperti sabak air yang pasang
di taufiqi ‘Llahi rabbi l’-alam
dan binuri ‘l-iman tatkalanya datang

Jahat bebal hamba latehan
berbuat meriam dihadirkan
akan kafir syirik zalim ke neraka jahanam
akan dipandang sahabat meninggalkan zaman.

~Srikandi
Direct descendant of Cik Melati Amarawangsa of Grahi

Copy and paste: FB Sungai Batu Tamadun Terawal Asia Tenggara
25.5.2018 : 12.45 am

No comments:

Post a Comment