ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 4 May 2018

NABI MUHAMMAD SAW MELINDUNGI GOLONGAN KRISTIAN

Media massa pada hari ini terutamanya yang berpangkalan di Barat, samada secara sengaja ataupun disebabkan kedangkalan minda, seringkali menggambarkan agama Islam dalam pelbagai cara yang negatif.
Mereka menyogok masyarakat awam dengan pandangan yang salah bahawa golongan Muslim harus memerangi komuniti non-Muslim dan Nabi Muhammad saw menyebarkan Islam dengan menggunakan pedang.
Hal ini semakin melarat selepas serangan ke atas New York dan Washington pada tahun 2011 yang kini dikenali sebagai ‘9/11’.
Tetapi sejarah dunia membuktikan bahawa hubungan komuniti Muslim dan Kristian pada masa lalu cukup dekat dan Nabi Muhammad saw merupakan contoh terbaik sebagai pelindung non-Muslim semasa zaman baginda.
Hakikat ini disokong oleh seorang sejarawan terkemuka bernama De lacey O’Leary. Dalam bukunya yang berjudul “Islam at The Cross Road”, beliau menyatakan,
“Sejarah membuktikan bahawa lagenda Muslim fanatik yang menyebar di seluruh dunia dan memaksakan Islam menggunakan pedang ke atas bangsa-bangsa yang ditawan merupakan satu daripada mitos yang paling tidak masuk akal yang sering diulang-ulang oleh sejarawan.”
ISLAM MENENTANG KEGANASAN
Sekiranya para non-Muslim berani membuka minda dan membaca isi Al-Quran, mereka akan dapati bahawa terdapat banyak ayat Al-Quran yang menentang keganasan. Antaranya termasuklah;
"Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh." (Surah Al-Baqarah, ayat 190)
"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah Al-Baqarah, ayat 256)
Secara dasarnya, Islam tidak mengajar berperang kecuali dalam keadaan untuk mempertahankan diri. Sekalipun terlibat dalam peperangan, Islam melarang umatnya daripada melampaui batas.
"...Dalam pada itu, jika mereka membiarkan kamu (dengan tidak mengancam atau mengganggu), serta mereka tidak memerangi kamu dan mereka menawarkan perdamaian kepada kamu, maka Allah tidak menjadikan bagi kamu sesuatu jalan (yang membolehkan kamu memerangi atau menawan) mereka." (Surah An-Nisaa, ayat 90)
PIAGAM PERLINDUNGAN UNTUK GOLONGAN KRISTIAN
Nabi Muhammad saw juga pernah memberi perlindungan kepada golongan Kristian pada masa lalu.
Pada 628 M, Biara St. Catherine telah menghantar utusan mengunjungi Nabi Muhammad saw di Madinah untuk meminta perlindungan. Nabi Muhammad saw menerima kunjungan mereka dengan memberikan mereka piagam hak-hak yang ditulis oleh Ali bin Abu Talib dan ditandatangani sendiri oleh Rasulullah saw.
Biara St. Catherine terletak di kaki Gunung Sinai di daerah yang kini menjadi wilayah Mesir dan merupakan biara tertua di dunia. Biara ini juga merupakan salah satu tapak warisan dunia dan memiliki koleksi ikon-ikon Kristian tertua, menjadikannya muzium yang mempunyai sejarah Kristian yang terbesar selepas Vatican terpelihara keselamatannya selama lebih dari 1,400 tahun di bawah perlindungan orang Islam.
Kandungan catatannya merangkumi semua aspek hak asasi kemanusiaan termasuklah perlindungan untuk golongan Kristian, kebebasan beribadah dan bergerak, kebebasan untuk mereka memilih hakim sendiri, memiliki dan menyimpan harta, pengecualian daripada perkhidmatan ketenteraan, dan hak pelindungan semasa perang.
Berikut merupakan terjemahan kandungan Piagam tersebut;
[ Ini adalah mesej daripada Muhammad ibn Abdullah, sebagai perjanjian dengan orang-orang yang mengamalkan agama Kristian, samada jauh ataupun dekat, kita bersama dengan mereka.
Sesungguhnya saya, hamba-hamba, pembantu, dan pengikut saya mempertahankan mereka, kerana orang-orang Kristian juga adalah warganegara saya. Dan demi Allah! Saya bertahan terhadap apa-apa yang mengganggu mereka.
Tiada paksaan yang diberikan ke atas mereka.
Tidak ada hakim-hakim mereka yang akan dipecat daripada pekerjaan mereka dan tidak ada juga rahib mereka yang dibuang dari tempat ibadat mereka.
Tidak ada sesiapa yang akan memusnahkan rumah ibadat mereka, merosakkan, atau membawa apa-apa dari rumah ibadat mereka ke rumah-rumah orang Islam.
Sesiapa yang mengingkari perintah ini walaupun satu, dia akan merosakkan perjanjian Allah dan menderhaka kepada Rasul-Nya. Sesungguhnya, mereka adalah sekutu saya dan saya mempunyai piagam yang selamat terhadap apa yang mereka benci.
Tiada sesiapa yang akan memaksa mereka untuk melakukan perjalanan atau memaksa mereka untuk berperang.
Orang-orang Islam berjuang untuk mereka.
Jika seorang wanita Kristian berkahwin dengan seorang Muslim, dan dilakukan tanpa kemahuan beliau. Dia tidak akan dihalang daripada melawat gereja untuk berdoa.
Gereja-gereja mereka perlu dihormati. Mereka tidak boleh dihalang daripada memperbaiki diri mereka mahupun kesucian janjinya.
Tiada satu negara pun (Islam) akan melanggar perjanjian ini sehingga ke hari terakhir (akhir dunia). ]
Piagam asli ini telah diambil pada tahun 1917 oleh Sultan Selim I dari Turki dan kini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Akan tetapi Sultan memberikan salinan piagam tersebut kepada para biarawan, dan mengkaji isi piagam tersebut.
Dari koleksi besar gulungan kuno dan moden yang diawetkan di perpustakaan biara, jelaslah bahawa Perjanjian Nabi, walaupun asli ataupun hanya salinan, jelas memberikan hak dan perlindungan untuk umat Kristian di bawah pemerintahan kerajaan Islam.
Sumber:
zam-zzzzzzzzzz.blogspot
petunjukzaman.blogspot

-Debu-
Copy and paste: FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
4.5.2018 : 10.12 pm

No comments:

Post a Comment