ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 13 April 2018

Ringkasan Bayan Bai'ah

Ringkasan Bayan Bai'ah / Maghrib Hadraji Maulana Saad DB pada 27/03/18... MSP.
Hanya di dlm ummumiat atau kesatuan shj ummat ini akan dibantu oleh Allah SWT. Bukan dgn kekuatan senjata dll ummat ini akan menang tetapi dgn bantuan Allah SWT. Tanpa bantuan Allah SWT, ummat ini tak akan berjaya.
Untuk mendtgkan kesatuan, ada usul2 yg perlu dilaksanakan:
1) Lemah lembut dan kasih sayang. Nabi SAW mempunyai sifat lemah lembut, memaafkan, membalas keburukan dgn kebaikan, belas kasihan, kasih sayang. Bila wujud sifat2 ini, baru bantuan Allah SWT akan dtg. Kasih sayang Nabi SAW utk semua termasuk manusia, binatang2 dan musuh Baginda SAW sendiri.

Kisah unta yg mengamuk, diberitahu oleh sahabat ra kpd Nabi SAW. Nabi SAW suruh org tanya di mana unta tersebut. Dan Nabi SAW pergi kpd unta walau ramai yg menghalang dan unta tersebut telah berlari kpd Nabi SAW dan berbisik ke telinga Nabi SAW bahawa tuannya telah tidak berlaku adil kpdnya, memberi kerja2 berat dan kurang memberi makan. Lalu Nabi SAW beritahu kpd tuan unta tentang aduan unta tersebut.
Kisah seekor serigala tentang memakan ternakan. Lalu dibincangkan supaya penternak tersebut sediakan ternakannya setiap hari dan beri kpd serigala. Serigala sedia utk terima ternakan dari tuan ternakan tetapi tuan ternakan tidak bersedia utk memberi ternakannya kpd serigala. Lalu Nabi SAW suruh serigala tangkap mana2 ternakan yg terlepas. Ini lah keadilan Nabi SAW sehingga kpd binatang sekali pun...
Tadi maulana ada bagitahu, utk wujudkan ummumiat, kena ada kasih sayang. Juga kena ada sifat tahammul atau tahan lasak. Semua Nabi2 dilatihkan dgn sifat tahan lasak. Allah SWT jadikan Nabi2 AS sebagai gembala kambing yg mempunyai sifat yg lembut dan kena bersabar dgn karenah kambing2. Bukan jadi gembala unta yg ada sifat cemburu atau gembala kuda yg ada sifat takabbur. Jadi kena dilatih dgn tahammul.
2) Kena ada sifat memaafkan. Ada sahabat ra tanya sbyk mana yg mereka kena maaafkan kesalahan hamba. Lalu Nabi SAW kata 70 kali. Ertinya bukan hanya maaf sehingga 70 kali bahkan kesalahan lebih 70 kali pun kena maafkan juga.
Nabi SAW tegur Sayyidatina Aisah raha kenapa marahkan hamba. Jika Allah SWT kehendaki, maka apa yg berlaku itu lah yg berlaku.
Di dlm usaha kita, bila rakan usaha buat salah, kita bukan menghukum. Msyrt kita bukan utk dijadikan tempat jatuhkan hukuman. Jika dijadikan tempat jatuhkan hukuman, maka masalah tidak akan selesai. Kita jadikan msyrt utk bentangkan takazza2 dakwah dan kerja ijtimae, bukan utk perkara infradi kerana jika infradi, rakan seusaha akan pecah hati...
Contoh seorg sahabat ra (nama disebut tetapi tak pasti... Munirah?) yg berwajah buruk dan ingin berkahwin dgn seorg sahabiah raha tetapi sahabiah raha tersebut tidak terima. Nabi SAW tanya adakah sahabiah raha bersedia utk menikah dgn sahabat ra tersebut dan sahabiah raha kata dia tak sedia. Dan Nabi SAW biarkan shj kerana Nabi SAW tidak mahu masuk masuk campur tentang perkara peribadi...
Kisah sahabat ra yg menjual barang dan Nabi SAW suruh sahabat ra tersebut kurangkan harga tetapi sahabat ra tersebut tidak sedia. Maka, Nabi SAW tidak paksa sahabat ra tersebut tetapi hanya bagi targhib utk mudahkan urusan jualbeli...
Ada seseorg yg telah berada di satu negara dan ada org tanggungjwb yg syor org ini utk balik India sbb di negara tempat dia tinggal tak ada usaha agama, maka akan menyusahkan dan menyebabkan masalah utk didikan anak2nya dll. Lalu setelah bbrp ketika org tersebut telah ambil keputusan utk pindah ke India walaupun dia memiliki perniagaan dsbnya di tempat tinggalnya skrg. Maulana tanya kenapa dia mahu pindah. Dia bagi tahu bahawa ada seorg yg tanggungjwb suruh dia pindah. Maulana tegur org tanggungjwb tersebut kenapa dia ambil hal perkara infradi org itu. Mungkin Allah SWT telah hantar dia ke situ utk buat usaha agama. Jadi jgn jadikan msyrt utk perkara infradi...
Satu kisah lagi di dlm satu peperangan, seorg musyrik telah berjaya ditawan oleh seorg sahabat ra. Dan musyrik telah ucap kalimah Laa Illaha Illallah. Tetapi sahabat ra tersebut telah bunuh musyrik tersebut. Bila ditanya, maka sahabat ra tersebut kata dia ucap kalimah kerana utk selamatkan dirinya. Maka Nabi SAW kata adakah kamu telah belah dadanya dan telah lihat niatnya. Jadi Nabi SAW sgt marah tentang tindakan sahabat ra ini...
Kerja ini Allah SWT telah terima dan yg penting adakah kita ini diterima. Jika ada org yg rendah2kan usaha ini, usaha ini tidak akan rosak sbb Allah SWT telah terima. Tetapi dia sendiri yg akan rosak....
3) Berdoa dan beristighfar utk org lain. Walaupun dia telah buat silap, kita kena maaf dan beristighfar utk dia.
Satu ketika Sayyidina Umar ra tanya di manakah seorg lelaki yg selalu dilihatnya. Maka dia ra diberitahu bahawa org tersebut telah pindah dan dia telah rosak. Dia telah minum arak dsbnya. Dan Sayyidina Umar ra tak perlu mengambil kisah lagi tentang nya. Tetapi Sayyidina Umar ra tetap ambil hal tentang nya. Dia ra telah hantar satu jemaah dan menulis surat yg di dlmnya ada ayat Surah Ghafir. Bila membaca surat ini, lelaki tersebut telah mendpt hidayat dan kembali berjumpa dgn Sayyidina Umar ra...
Dan juga kisah seorg Yahudi yg pandai ilmu hisab. Maka Umar ra kata alangkah baik jika dia masuk Islam. Sayyidina Umar ra sedia melihat kebaikan seseorg walaupun seorg Yahudi...
Satu ketika anak kpd seorg munafik - Ubai bin Saloom bagitahu Nabi SAW yg bapanya telah meninggal dunia. Nabi SAW telah masuk ke dlm kubur Ubai bin Saloom dan Nabi SAW telah beristighfar utk nya. Sedangkan Allah SWT telah berfirman, walaupun Nabi SAW beristighfar sbyk 70 kali sekali pun, Allah SWT tak akan ampunkannya. Umar ra ingatkan Nabi SAW bahawa Allah SWT tak akan ampun tetapi Nabi SAW kata Allah SWT tidak larang utk beristighfar utknya. Dan Allah SWT telah berfirman bahawa Allah SWT tak akan ampunkan nya walaupun Nabi SAW beristighfar sebyk 70 kali, maka Nabi SAW kata dia akan beristighfar lebih dari 70 kali.
Jika Nabi SAW sedia maafkan dan beristighfar utk org munafik, maka utk org beriman kena lah lebih2 lagi kita beristighfar dan memohon keampunan utk nya...
Satu malam, Nabi SAW bersama dgn Sayyidatina Aishah raha dan telah melihat bintang2 yg begitu byk di langit. Sayyidatina Aishah raha tanya adakah amalan ummat mu yg mempunyai amal sebyk bintang2 ini. Nabi SAW kata, ada, yakni amalan Umar ra. Tanya Sayyidatina Aishah raha, bagaimana dgn bapaku Sayyidina Abu Bakar ra. Nabi SAW bagitahu, 1 mlm Sayyidina Abu Bakar ra bersamaku di gua Thur ketika hijrah adalah lebih baik dari seluruh amalan Sayyidina Umar ra...
Jadi kita kena lihat kebaikan org lain dan kena maafkan rakan seusaha...
4) Solah dan msyrt. Sebagaimana solah penting, maka msyrt juga penting dan dibuat secara ummumiat.
Sebagaimana solah sgt penting dan satu rukun, maka msyrt adalah rukun di dlm kerja agama...
1) Bila kena solah, kita kena buat dgn kepentingan dan pengorbanan. Begitu juga dgn msyrt, dia kena buat dgn kepentingan dan pengorbanan. Bagaimana seorg yg tak letakkan kepentingan msyrt, Allah SWT akan ambil kerja agama dari nya.
2) Sebagaimana dgn solah, kita kena ada isytimaiat. Yakni hanya 1 solah berjemaah. Pada masa yg sama, tak boleh ada jemaah yg berlainan. Tak boleh berpakat dgn imam supaya imam solah berjemaah dahulu dan dia akan hadir 1 jam slps itu utk dirikan solah berjemaah yg lain. Begitu jugalah dgn msyrt, kena hanya ada 1 msyrt shj.
3) Di dlm solah, kena ada imam. Tak boleh solah berjemaah tanpa imam. Begitu juga dgn msyrt, kena ada faisala utk buat keputusan.
Sebagaimana di dlm solah, jika ada kesalahan atau lupa, ada cara utk tegur imam. Tegur imam, adalah hak solah, bukan hak makmum dan imam. Nak tegur imam kena pada waktu di dlm solah, bukan di luar solah. Bukan cerita keburukan imam di luar solah. Jika diceritakan keburukan imam di luar solah, maka org akan jauhkan diri mereka dari dtg utk solah berjemaah. Tegur imam dgn cara yg betul utk sedarkan imam. Jika imam tidak terima itu adalah antara dia dgn Allah SWT.
Utk msyrt, kena tegur di dlm msyrt. Jika tegur di luar msyrt, keburukan akan dtg sbb dgn keburukan diceritakan di luar msyrt, maka org tak akan dtg lagi ke msyrt....
Satu lagi ialah jgn tekan syor sbb ini adalah sifat israr yakni sifat takabbur. Jgn tekan syor dan minta org terima syor dia. Cukup hanya bagi syor dan kemudian teruskan msyrt...
Keputusan dan bantuan Allah SWT dgn amier msyrt. Semasa peperangan Uhud, Ubai bin Saloom syor supaya mereka bertahan di Madinah. Bila Nabi SAW tak terima syornya, Ubai bin Saloom tanya siapa yg bersetuju dgn syornya. Maka 300 org telah ikutnya dan balik ke Madinah.
Bila 300 org tinggalkan jemaah, tak memberi kesan kpd jemaah. Tetapi bila 40 org sahabat yg bertahan di Gunung Uhud tidak taat kpd amier, walaupun jumlah mereka hanya 5%, maka bantuan Allah SWT telah terangkat dan mereka telah kalah.
Jadi, penting msyrt di dlm usaha agama sebagaimana pentingnya solah di dlm rukun Islam...
4) Di dlm peperangan Khandak, 3 perkara penting berlaku. Pertama, satu batu besar telah menghalang sahabat rahum utk menggali parit. Perkara ini dilapurkan kpd Nabi SAW dan Nabi SAW bagitahu yg Baginda SAW akan pergi melihat batu tersebut. Nabi SAW tak kata biar aku doa dan kamu pergi selesaikan masalah kamu. Jika ada ketua yg serahkan tugas kpd org bawahan utk selesaikan masalah, ini ada cara pentadbiran negara dll.
Jadi, Nabi SAW sendiri pergi dan ketuk batu dan batu telah hancur. Telah keluar cahaya. Nabi SAW bagitahu sahabat rahum bahawa kerajaan Rom dan Kisra akan jatuh. Org munafik telah cerca Nabi SAW bahawa org Islam sendiri lapar tak ada makanan, bagaimana kerajaan Rom dan Kisra boleh jatuh ke tgn org Islam. Berita kejatuhan kerajaan Rom dan Kisra ini adalah perkara ke 2.
Perkara ke 3 ialah seorg sahabat ra telah menjemput Nabi SAW utk dtg makan kerana Nabi SAW berada di dlm kelaparan. Nabi SAW telah mengajak ke semua sahabat rahun utk dtg makan bersama. Dgn keberkatan msyrt, makanan telah mencukupi.
Maka 3 perkara telah berlaku, batu yg besar telah hancur, kerajaan Rom dan Kisra jatuh dan keberkatan bilamana makanan yg dimasak telah cukup utk setiap org makan. Ini adalah keberkatan msyrt...
Di dlm peperangan Tabuk, makanan tidak cukup. Seorg sahabat ra minta izin dari Nabi SAW utk sembelih untanya dan Nabi SAW benarkan. Sayyidina Umar ra dpt tahu tentang perkara ini. Jadi dia ra bawa sahabat ni ra pergi berjumpa Nabi SAW. Nabi SAW tanya apa pendpt Umar ra, yakni bila ada 2 org, baru msyrt dijalankan. Sayyidina Umar ra bagi tahu Nabi SAW bahawa perjalanan masih jauh. Maka diputuskan utk kumpulkan makanan dari syor Sayyidina Umar ra. Nabi SAW telah doakan keberkatan di dlm makanan dan semua org dpt makan dgn byknya tanpa mengurangkan makanan yg dikumpulkan.
Bila seorg org tanggungjwb halqah pergi berjumpa seorg syura utk keputusan, maka dia telah mengkhianati rakan2 usaha di halqahnya. Dan syura yg tidak bermesyrt dgn syura2 yg lain, maka dia telah mengkhianati syura2 yg lain...
Bila ada yg dtg msyrt utk makan, maka dia dtg sebagai mad-u', bukan seorg dae'. Walaupun ini adalah perbelanjaan infradi, perlu ada msyrt utk perkara ijtimae...
Msyrt adalah utk ketaatan. Ketaatan adalah melalui msyrt. Walaupun kita tidak bersetuju, kita kena taat utk bantuan Allah SWT dtg...
Sbb tu kita lakukan bai'ah atau janji setia di dlm agama dan usaha agama. Bai'ah sahabat rahum dgn Nabi SAW dan diberi ganjaran syurga. Jadi, bai'ah bukan utk ambil zikir2 sbb ini hanyalah sebahagian dari juzuk agama. Bai'ah sahabat rahum utk keseluruhan agama yakni janji setia utk melaksanakan segala perintah2 Allah SWT dan utk berjuang dgn Nabi SAW utk agama sampai mati.
Seorg sahabat ra, baru shj masuk Islam dan dia bai'ah dgn Nabi SAW:
1) Berhijrah dari tempatnya ke tempat yg lain
2) ‎Membantu org lain
3) ‎Tak terkesan dgn kata2 dan celaan org lain
4) ‎Utk dgr dan taat apa jua perintah samada di dlm susah dan senang
5) ‎Bahawa dia tak akan mundur ke blkg walaupun dia dipinggirkan.

Ada seorg nak bai'ah dgn Nabi SAW tetapi dia tak sedia utk byr zakat dan keluar di jalan Allah SWT. Nabi SAW tanya jika kamu tak mahu keluarkan zakat dan berjihad di jalan Allah SWT, mcm mana kamu nak masuk syurga. Dan Nabi SAW telah tarik tgnnya....
Kena ikut sunnah Nabi SAW. Jika seorg yg tak ikut sunnah, maka dia telah tertipu dgn kewaliannya. Ada yg mengamalkan sunnah hanya bila dia perlukan shj. Tetapi yg sepatutnya seseorg kena amalkan/ihya'/hidupkan sunnah di dlm kehidupan nya...
Bai'ah telah bermula...
Dicatat oleh Hamba Allah yg lemah lagi hina.
Dibantu oleh Hj. Nik Gombak Utara.
Apa2 kekurangan harap dimaafkan dan dpt diperbetulkan. Jazakumullah... 😇👍💦
Semuga kita dpt amal dan sampaikan...
Copy and paste: FB Info Akhir Zaman
13 April 2018 : 9.21 am

No comments:

Post a Comment