ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 6 March 2018

MANUSIA MUNAFIK/MUSYRIK, BERNAMA MUSTAFA KAMAL ATATURK..



Mungkin ramai diantara kita tidak mengenali asal usul Mustafa Kamal Ataturk yang merupakan individu paling utama yang memusnahkan empayar Khilafah Uthmaniah di Turki (yang dahulunya amat hebat dan utuh) semasa pemerintahannya dengan amalan sekularisme. Sehinggakan, jika di Turki, wanita dibenarkan memakai tudung tetapi wanita wajib memakai skirt pendek (maksudnya, tiada ertinya kalau pakai tudung tapi perlu membuka aurat).
Natijahnya, balasan yang Allah berikan kepada Mustafa Kamal Ataturk laknatullah ini, sehingga kini mayatnya tidak dapat ditelan bumi yang akhirnya mayatnya diawet serta dijadikan pameran dalam kotak kaca di Turki untuk tontonan umum generasi sekarang (begitu besar Allah berikan balasan sehingga mayatnya diaib sebegitu rupa).
Dulu Empayar Uthmaniah digeruni oleh Eropah, namun kemudiannya mereka digelar Orang Sakit Eropah. Dan dengan keadaan dan suasana hiruk-pikuk serta terasak dari semua penjuru akhirnya Khilafah Uthmaniah ini tercabut terus dari leher pemimpin dan ummahnya pada awal abad ke-20.
Selain daripada penyebab di atas, Mustafa Kamal Ataturk adalah manusia yang paling bertanggungjawab memusnahkah sistem Khilafah Uthmaniah Turki, di mana pengkhianatannya bermula semasa beliau dilantik menjadi panglima perang di Palestin.
Mengikut Dr. Ali Hassan, pada tahun 1924, di mana secara sepihak (tanpa pengetahuan pasukan panglima yang lain) Ataturk menghentikan peperangan dengan Inggeris dan mengundurkan tenteranya secara tiba-tiba. Dia memberi jalan kepada musuh untuk mara ke Utara Palestin tanpa sebarang tentangan sesuai dengan rencana yang telah mereka sepakati bersama Inggeris.
Inggeris juga memujuk Kamal Ataturk untuk mengadakan pemberontakan terhadap Sultan dan Inggeris berjanji akan membantu rancangan tersebut. Ataturk menkhianati sultan Muhammad VI, dia menjadi tali barut Inggeris, munafik dan talam dua muka.
Kamal Ataturk memang jelas menjadi tali barut Inggeris, semasa dia dipilih Sultan Abdul Hamid untuk memimpin bala tentera melawan pihak bersekutu dalam beberapa siri peperangan, dia berpura-pura berperang dan membuat lakonan yang anti dan amarah kepada tentera Inggeris, bagi mengelabui mata Sultan, dan pernah satu ketika hasil dari lakonan tersebut dia dianugerahkan dengan pingat gagah berani oleh sultan, sedang di tangan kirinya penuh dengan tipu muslihat dan perjanjian sulit dengan Inggeris untuk meruntuhkan Institusi Khilafah.
Apabila jatuhnya empayar Uthmaniyah ditangan anak didik barat, Mustafa Kamal Ataturk dengan membawa ideologi sekularisme. Mujaddid Said Nursi mengatakan bahawa Turki akan pulih selepas tujuh keturunan setelah beliau melihat bagaimana Islam telah dihina dan dikeji.
Beliau sendiri dipenjarakan oleh rejim Ataturk semasa mempertahankan Islam daripada segolongan sekular didikan barat yang diketuai oleh Mustafa Kamal Ataturk dengan ideologi sekularisme. Sehingga kini pihak tentera masih lagi berpaksikan ideologi Kamalisme walaupun tampuk kerajaan Turki sudah diambil alih Erdogan yang pro Islam.
Mustafa Kamal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.
Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kamal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.
Bila Khalifah, Sultan Abdul Hamid mengalami kelemahan dan terasak oleh pihak sekutu dan juga Inggeris, Kamal mengambil kesempatan untuk berkuasa. Menurut pendapat Dr. Abdullah Azzam, Mustafa Kamal Ataturk dilahirkan di kota Yahudi, kota Salonika, di mana terdapat 100,000 orang Yahudi daripada keseluruhan penduduk kota berkenaan yang berjumlah 140,000 orang. Banyak sejarawan dan penulis yang mengembalikan asal usul dia dengan keturunan Yahudi, baik nasabnya, darahnya mahupun perbuatannya.
Kamal Ataturk berpendirian bahawa segala masalah yang dihadapi oleh bangsa Turki adalah disumbangkan oleh Islam. Islam dipersalahkan sebagai punca kepada kemunduran dan kehinaan yang dialami oleh bangsa Turki, walaupun sejarah dengan jelas telah membuktikan bahawa Islamlah menunjangi keagungan pemerintahan Islam Daulah Uthmaniah yang pernah mewujudkan kekuasaan merentangi tiga benua.
Menurut Dr Abdullah Azzam dan Dr. Mohammad Redzuan Othman, setelah Kamal Ataturk berkuasa pada 29 Oktober 1932, beliau mengisytiharkan kelahiran republik Turki moden dengan :
1. Mengikut segala model Barat dalam pemerintahan.
2. Sistem yang menjadi dasar adalah sistem republik sekular.
3. Menghapuskan sistem pemerintahan khilafah .
4. Pemakaian hijab dilarang di kalangan kaum wanita. Sekiranya dipakai ia dianggap jenayah dan hukuman berat dikenakan.
5. Pemakainan tarbusy oleh lelaki diganti dengan topi. Juga dianggap jenayah sekiranya dipakai.
6. Menggantikan huruf arab dengan latin.
7. Menukar sistem pemerintahan Islam dengan sekular sebagaimana termaktub dalam perlembagaan tahun 1933.
8. Memansuhkan Artikel 2 yang menyatakan Agama Bagi Negara Turki Adalah Islam.
9. Memansuhkan Kementerian Kehakiman Syariah dan diganti dengan Badan Kehakiman Sivil.
10. Melarang berpoligami dan menyamaratakan hak pewarisan harta dan perkahwinan antara lelaki dan wanita.
11. 3 Mac 1924 sistem pendidikan sekular menjadi dasar dan sebaliknya dia menutup dan memansuhkan semua madrasah, sekolah agama rakyat, gerakan tariqat dan amalan sufi.
12. Menggantikan budaya Islam dengan budaya berasaskan Turki dan Barat.
13. 6 Febuari 1933 arahan telah dikeluarkan agar azan dilaungkan dalam bahasa Turki dan tidak lagi dalam bahasa Arab.
14. Masjid Aya Sophia diubah statusnya menjadi muzium.
15. Melatih tentera cara latihan ala Barat.
16. Mengarahkan supaya dirobohkan tempat azan yang dikumandangkan berhampiran dengan istananya kerana bising dan menganggunya beristirehat.
17. Melarang kaum muslimin mengerjakan Haji di Makkah.
18. Perlembagaan Turki melarang keras sebarang unsur dan usaha mengembalikan Islam untuk ditukar dengan sistem pemerintahan dan dasar sekular yang diasaskan oleh Ataturk. Usaha untuk itu dianggap sebagai jenayah dan boleh didakwa, dan yang mendokongi kuat fahaman ini adalah pihak tentera dan juga sekularis-sekularis tulin.
19. Mendirikan patungnya di setiap tempat.
20. Menghapuskan Kementerian Wakaf.
21. 26 November 1925 menghapuskan penggunaan Kalender Hijrah dan menggantikannya dengan kalender Barat.
22. Mengarahkan agar cuti hujung minggu yang selama ini ialah pada hari Jumaat supaya ditukar ke hari Ahad sebagaimana yang diamalkan oleh Barat.
PERTANYAAN PEMBACA..
1) Benarkah Mustafa Kamal Ataturk keturunan Yahudi? Apa buktinya.
2)Benarkah Mustafa Kamal Ataturk mengalami penyakit misteri sebelum meninggal dunia? Apa buktinya?
3)Bernarkan mayat Mustafa Kamal Ataturk tidak diterima bumi? Apa bukttinya?

Saya bukanlah orang pertama menulis kisah Mustafa Kamal Ataturk kerana sebelum ini sudah ditulis oleh Dr Abdullah Azzam melalui bukunya Turki Negara Dua Wajah, Pahrol Mohamad Juoi dalam bukunya Istanbul Iktibar Sebuah Empayar, Dr Ali Muhammad As Shalabi melalui bukunya Bangkit & Runtuhnya Khalifah Uthmaniyah dan beberapa lagi.
Novel Mustafa Kamal Ataturk itu ditulis dari fakta-fakta yang terdapat dalam buku rujukan tersebut ditambah dengan temuramah dengan penduduk tempatan semasa kembara ke Turki.
Kisah kezaliman Mustafa Kamal Ataturk termasuk kisah beliau mendapat penyakit misteri hanya diketahui umum setelah beliau meninggal dunia. Perkara itu didedahkan sendiri oleh mereka yang rapat dengannya. Dilakukan secara tidak disengajakan. Mereka menulis sendiri kisah pengalaman bersama tokoh itu semasa hidupnya dengan tujuan hendak memujinya. Tetapi mereka tidak sedar telah mendedahkan rahsia Mustafa Kamal Ataturtk yang sekian lama disembunyikan.
Semasa Mustafa Kamal Ataturk masih hidup dan setelah beliau meninggal dunia ada larangan dari pemerintah menceritakan keburukannya. Kerana itu surat khabar dan media di Turki hanya menceritakan kebaikannya sahaja. Namun buku-buku yang ditulis oleh mereka yang rapat dengannya telah mendedahkan rahsia Mustafa Kamal Ataturk.
Keturunan Yahudi.
Falih Rifqi pembantu Mustafa Kamal Ataturk dalam bukunya Janqaya halaman 17 menulis.
“Dalam pelbagai kesempatan terdapat mereka yang mahu mencatat salasilah keturunan pemimpin mereka. Mustafa Kamal Ataturk tidak mahu memberitahu siapa ayahnya. Pada suatu hari seorang pegawai tentera membawa gambar Ali Riza Efendi yang berpakaian seragam tentera, Aku mendengar dengan telingaku sendiri beliau berkata itu bukan ayahku.”
H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi'bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis: Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.
Tindakan tidak bermoral daripada Kamal Ataturk itu tidak usah pembaca hairankan tatkala mengetahui yang beliau sebenarnya berasal daripada bangsa Yahudi Dunamah. (Petikan daripada buku Bangkit & Runtuhnya Khalifah Uthmaniyah oleh Dr. Ali Muhammad Ash Shalabi, Pustaka Al-Kautsar, 2004)
Arnol Toynbee menyatakan perihal nasab Mustafa Kamal Ataturk dengan menyatakan, “Sesungguhnya, darah Yahudi mengalir deras di dalam tubuh Mustafa Kamal Ataturk.”
Usamah Aynaya berkata, “Sesungguhnya, orang-orang Dunamah begitu berbangga dengan Kamal Ataturk dan berkeyakinan dengan keyakinan yang kukuh yang beliau adalah sebahagian daripada mereka.”
Dalam Ensiklopedia Yahudi disebutkan, “Sebahagian besar kalangan Yahudi Salonika mengatakan dengan tegas bahawa Mustafa Kamal Ataturk berasal dari Yahudi Dunamah.
Saya sendiri pernah ke Salonika tempat kelahiran Mustafa Kamal Ataturk penduduknya terdiri dari orang Yahudi.
Mengkhianati Umat Islam
Mustafa Kamal Ataturk memegang tampuk kekuasaan setelah perjanjian Luzon, dimana pihak Inggeris memberl syarat padanya supaya meruntuhkan kekhalifahan dan memadamkan setiap usaha mengembalikan sistem kekhalifahan dan supaya dia menghancurkan sinar Islam serta mengambil undang-undang Eropah sebagai ganti hukum Islam. Dia melarang azan dalam bahasa Arab, mengganti tulisan Arab dengan hUruf latin, memerintahkan rakyat Turki memakai topi (topi koboi) melarang pakaian Islam serta merubah masjid Aya Sofia menjadi muzium.” Turki Negara Dua Wajah oleh Dr Abdullah Azzam.
“Beberapa bulan yang lalu, Negara-negara Islam masih memandang Mustafa Kamal Ataturk sebagai Salahuddin al Ayubi kedua. Mereka menaruh harapan besar agar Ataturk memimpin perang melawan pasukan Kristien dan menjadi pelopor bagi Negara-negara Timur (Islam) untuk melangsungkan perang suci..Tetapi kini kepercayan dunia Timur kepadanya mula hilang perlahan-lahan.Saat berdialog dengan saya banyak kaum muslimin yang berkata “Mustafa Kamal Ataturk telah menghianati kami”. Tidak ada lagi orang yang membicarakan masalah perang suci .Mustafa Kamal Ataturk dipandang seperti itu setelah penampilan jati dirinya yang sebenar terserlah.Dia mengambil setiap keuntungan harta yang diberikan kepadanya dan sanggup mengorbankan banyak hal yang dianggap oleh tokoh-tokoh Islam sebagai penghinaan.Ketika mendapat pelbagai keuntungan dia berusaha memonopoli dan menyembunyikannya dan setelah bernar-benar yakin dapat menguasainya dia cuba membuat strategi baru untuk mendapat keuntungan yang lebih banyak lagi.” Hemingway The Toronto Daily Star 24 Oktober 1922 dengan judul “Surat-surat dari Istanbul- Bumi yang terjajah.
Mendapat penyakit misteri
Zubaidah Hanim isteri Mustafa Kamal Ataturk bercerita mengenai hari-hari terakhir mengenai suaminya.
“Suamiku di hari-hari terakhirnya sangat berdukacita dengan apa yang dilakukannya sehingga membiarkan dirinya putus asa dan itu melemahkan jiwanya ditambah lagi dengan penyakitnya yang semakin parah sehingga tidak ada harapan lagi untuk hidup.”
Hal ini telah dinyatakan oleh Lord Kinross: But the rooms of the palace proved almost as hot, and everyday firemen came to spray water on the outside walls of Ataturk bedroom.
Dr Rasyid Ghalib doktor peribadi Mustafa Kamla Ataturk dalam bukunya menceritakan bagaimana Mustafa Kamal Ataturk mendapat penyakit misteri seperti gatal seluruh badan, rasa panas yang melampau, perut kembung dan ketagih arak.
Ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!
Semoga kisah Mustafa Kamal Ataturk menjadi pengajaran kepada kita…
-ABDUL LATIP TALIB-
LARANGAN MENGAMBIL ORANG-ORANG KAFIR SEBAGAI TEMAN RAPAT.
Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim". (Surah AlMaa’idah: 051).
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu? (Surah AnNisaa: 144).
"Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". (Surah AlMumtahanah: 009).
"Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam). Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemuinya dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong; (Surah AnNisaa': 089).
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman. (Surah Ali'Imran: 100).
"Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan". (Surah AtTaubah: 016).
"Sekiranya mereka beriman kepada Allah dan kepada Nabi serta apa yang diturunkan kepadanya nescaya mereka tidak menjadikan orang-orang (musyrik) sebagai teman rapat, akan tetapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang fasik". (Surah AlMaa’idah: 081).
"Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin dan manusia), lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat) mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka, serta perkara-perkara akhirat yang ada di belakang mereka dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman (azab) atas mereka bersama-sama dengan umat (yang sesat) dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka. Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi (bawaan hidupnya). (Surah Fussilat: 025).
"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali". (Surah Ali'Imran: 028).
"Dan jika Allah menghendaki, tentulah Dia menjadikan mereka satu umat (yang bersatu dalam agama Allah yang satu); akan tetapi Allah (tidak merancang yang demikian bahkan Dia akan) memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ke dalam rahmatNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) dan orang-orang yang zalim tidak ada baginya sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan dan pertolongan". (Surah AsySyuraa: 008).
"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayat petunjuk (kepada memeluk Islam). (Surah AlQasas: 056).
"Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: Ini halal dan ini haram, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya". (Surah AnNahl: 116).
"Jika engkau (wahai Muhammad) terlalu tamak (inginkan mereka beroleh hidayat petunjuk, maka sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang berhak disesatkanNya dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan". (Surah AnNahl: 037).
"Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian dia berpaling daripadanya (dan tetap mengingkarinya). Sesungguhnya Kami tetap membalas orang-orang yang berdosa (apa lagi orang-orang yang lebih zalim). (Surah AsSajdah: 022).
"Maka orang-orang yang zalim di antara mereka menukarkan perintah itu dengan perkataan yang tidak dikatakan kepada mereka. Oleh itu, Kami turunkan azab dari langit menimpa mereka, dengan sebab kezaliman yang mereka lakukan". (Surah AlA’raaf: 162).
"Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah atau mendustakan kebenaran setelah kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam Neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir? (Surah Al'Ankabut: 068).
"(Mengapa mereka bersikap demikian), adakah kerana hati mereka mengandungi penyakit (kufur) atau kerana mereka ragu-ragu (terhadap kebenaran hukuman) ataupun kerana mereka takut bahawa Allah dan RasulNya akan berlaku zalim kepada mereka? ( Allah dan RasulNya tidak sekali-kali akan berlaku zalim) bahkan merekalah sendiri orang-orang yang zalim (disebabkan keraguan dan kekufuran mereka)". (Surah AnNuur: 050).
"Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang-orang yang mereka-reka perkara-perkara dusta terhadap Allah! Orang-orang yang demikian sifatnya akan dibawa mengadap Tuhan mereka dan pada hari itu akan berkatalah saksi-saksi (dari malaikat-malaikat, Nabi-nabi dan anggota-anggota tubuh mereka sendiri): Inilah orang-orang yang membuat-buat dusta terhadap Tuhan mereka. Ketahuilah (sesungguhnya) laknat Allah tertimpa kepada orang-orang yang zalim!" (Surah Hud: 018).
"Dan siapakah lagi yang lebih aniaya dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya". (Surah AlAn'aam: 021).
"Maka tidak ada yang mereka katakan ketika datangnya azab Kami kepada mereka, melainkan mereka (mengakui dengan) berkata: Sebenarnya kami adalah orang-orang yang zalim". (Surah AlA’raaf: 005).
"Sesungguhnya orang-orang yang kafir serta berlaku zalim, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka dan tidak akan menunjukkan jalan kepada mereka". (Surah AnNisaa: 168).
"Dan orang-orang yang kafir itu berkata: (Al-Quran) ini hanyalah satu perkara dusta yang direka-reka oleh Muhammad dan ia dibantu membuatnya oleh kaum yang lain. Maka (dengan kata-kata itu) sesungguhnya mereka telah mendatangkan satu tuduhan yang zalim dan dusta". (Surah AlFurqaan: 004).
Maha benar Allah dengan segala FirmanNya..
Copy and paste
FB Kebangkitan Bani Jawi

No comments:

Post a Comment