ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 19 February 2018

KEMBARA TURKI 19 FEBRUARI 2018 (ISTANBUL - BURSA)

Syukur Alhamdullillah, kesampaian juga hasrat dan idaman isteri tersayang untuk menjelajah di bumi Turki, bumi yang penuh sejarah. Hasrat isteri saya untuk ke Turki sejak 2016 lagi, namun terhalang oleh beberapa sebab yang tidak dapat dielak. 

Isteri saya Hjh Norziah Ahmad  dan rakannya Hjh Noraini Abu Bakar yang pernah bersama beliau dalam kembara Eropah 2017 telah berlepas ke Turki pada 18 Februari 2018 bersama Pakej Andalusia Holidays 2018. 

Menaiki penerbangan Turkish Airline TK 61 berlepas dari KLIA jam 11.55 malam dan tiba di Turky pada jam 06.20 pagi. 



Turkish Airlines mula beroperasi pada 20 Mei 1933. Pada bulan April 2010 Turkish Airline ditukar tanda panggilan baru TURKAIR. 

Penerbangan dari KLIA ke Istanbul, Turkey


Matawang Turki (Lira)


INFO MENGENAI TURKI
Turki adalah sebuah Negara Eurasia yang terletak diantara benua Eropah dan Asia. Sebahagian besar Turki terletak di Semenanjung Anatolia di Asia dan bahagian kecil wilayahnya Balkan Barat Laut Benua Eropah.
Turki adalah Negara yang bersempadan dengan 8 Negara iaitu Bulgaria di Barat Laut, Greece di Barat, Georgia, Armenia dan Azerbaijan di Timur Laut, Iran di Timur, Iraq dan Syria di Tenggara. Sempadan Eropah dan Asia ditandakan di Laut Marmara.
Turki pernah melalui zaman pemerintahan beberapa kerajaan sejak sebelum masehi iaitu di zaman Pemerintahan Kerajaan Empayar Hittite, Kerajaan Lydians, Kerajaan Parsi (Iran), Kerajaan Rom, Kerajaan Byzantine dan akhir sekali Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Turki menjadi sebuah Repablik pada tahun 1923 selepas kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah. 








LAWATAN HARI PERTAMA - 19 FEB 2018 (ISTANBUL - BURSA)

Perjalanan dari Istanbul ke Bursa

Peta Istanbul

Istanbul dahulunya adalah Konstatinople (Constatinople) yang dikuasai oleh Kerajaan Rom Byzantine. Malah Istanbul pernah menjadi pusat pentadbiran bagi 4 tamadun besar yang berbeza suatu waktu dulu. Ia bermula dengan Empayar Rom, Latin, Empayar Byzantin (Rom Timur) dan Empayar Turki Uthmaniyyah. 

Napolean Bonapharte pernah berkata: "If the earth were a single state, Istanbul would be its capital" (Jika dunia ini adalah sebuah negara, Istanbul akan menjadi ibu kotanya).

Hampir 800 tahun lamanya umat Islam cuba menawan kota ini dan akhirnya pada tahun 1453, Sultan Muhammad Al-Fatih dari Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah berjaya menawan kota ini dari Rom. 


Semasa hayat Rasulullah s.asulullah pernah bersabda yang maksudnya, 
Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah SEBAIK-BAIK PEMIMPIN, dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah SEBAIK-BAIK PASUKAN." (H.R Ahmad bin Hanbal).
Hadis Rasulullah s.a.w itu ternyata menjadi kenyataan 800 tahun kemudian apabila Kerajaan Turki Uthmaniyyah di bawah pimpinan Sultan Muhammad Al-Fatih berjaya menakluk kota ini pada 1453. 
Sebelum itu, ramai para sahabat Nabi dan umat Islam telah cuba untuk menawan kota ini dan berusaha untuk menjadi orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. itu. Diantara sahabat Baginda yang pernah mencuba ialah Abu Ayub Al-Ansari r.a. namun beliau gugur syahid dalam pertempuran untuk menawan kota ini dan dimakamkan di sebelah kota ini atas permintaan beliau sendiri. Beliau mahu dikebumikan disebelah kota ini kerana terlalu ingin mendengar bunyi derapan kaki tentera yang bakal menawan kota ini. 




HIPPODROME


Hippodrome terletak bersebelahan dengan Masjid Biru dan Hagia Sophia dahulunya adalah pusat pentadbiran Kerajaan Byzantine Rom di Konstatinople (Sekarang Istanbul).  Walaupun bangunan-bangunannya tidak lagi berdiri megah, namun beberapa patung-patung abad ke 4 sejak zaman Theodosius masih lagi ada.

Di sini juga masih terdapat Air Pancut zaman Neo-Byzantine yang dihadiahkan oleh Kaisar German Wilhem II kepada Sultan Kerajaan Turki Uthmaniyyah. 



BLUE MOSQUE




MasjidBiru atau Masjid Sulan Ahmet adalah sebuah lagi Masjid bersejarah yang terletak di Istanbul, Turki.  Istanbul adalah bandaraya terbesar di Turki dan merupakan ibunegara KerajaanTurki Uthmaniyyah dari tahun 1453 sehingga 1923. Dikenali sebagai Masjid Biru kerana jubin birunya yang menghiasi dinding di bahagian dalamnya.  Ia dibina antara tahun 1606 dan 1616 sewaktu Pemerintahan Sultan Ahmet 1.










ISTANA TOPKAPI






IstanaTopkapi atau dalam bahasa Turki disebut Topkapi Sarayi adalah sebuah istana yang terletak di Istanbul, Turki. Ianya adalah kediaman rasmi bagi Sultan-Sultan Uthmaniyyah selama 400 tahun dari bermula dari 1465 sehingga 1856. Ianya dibina oleh Sultan Muhammad Al-Fatih setelah beliau berjaya menakluki Konstatinople (Istanbul) dari tentera Rom pada 1453. 
Presiden Turki yang pertama, Mustafa Kemal Ataturk telah mengarahkan supaya istana ini ditukarkan menjadi sebuah muzium pada tahun 1924. Ianya menjadi lokasi khas bagi untuk memerhati Golden Horn, Bosphorus  dan Laut Marmara.

ARASTA BAZAAR
Arasta Bazaar terletak berhampiran dengan Blue Mosque... Terdapat pelbagai barangan dan cenderahati yang menarik untuk dibawa pulang. 












Selesai lawatan hari pertama, rombongan dibawa ke destinasi seterusnya iaitu ke Bandar Bursa, Turki. 

Perjalanan dari Istanbul ke Bursa adalah sejauh 155 km dan mengambil masa perjalanan selama 2 jam 31 minit. 

BURSA TURKI
Bursa adalah sebuah Bandar besar yang terletak di Barat Laut Anatolia, Turki. Bandar ini terkenal dengan masjid-masjid dan tapak-tapak bersejarah Kerajaan Turki Uthmaniyyah dari zaman awalnya. Ia dikenali dengan nama Green Bursa (Yesil Bursa dalam bahasa Turki) kerana terdapat banyaknya taman-taman dan pokok-pokok. Disini juga terdapatnya “The Great Mosque” (Masjid Besar) yang mempunyai cirri-ciri abad ke 14 Ulu Cami dan pintu gerbang gaya Seljuk dan mempunyai 20 kubah.
Bursa merupakan ibu Kota pertama Kerajaan Turki Uthmaniyyah bermula dari tahun 1335 sehingga 1413. Makam-makam para sultan Uthmaniyyah yang terawal terdapat di Bursa.

HOTEL PENGINAPAN





Tiara Termal Hotel
Cekirge Mahallesi 1
Murat CD No. 1
16080 Osmangazi/Bursa
Turkey
Tel: + 90 224 44428 05

LAIN-LAIN FOTO DI ISTANBUL.



















Begitulah selesai lawatan hari pertama rombongan di Istanbul. Hari kedua rombongan berada di Bursa, Turki. 


No comments:

Post a Comment