ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 9 January 2018

KONONNYA REZEKI TERPIJAK RUPANYA BATIL?

Pernah atau tidak sewaktu kalian membeli, peniaga tersilap menekan item, atau jumlah atau harga?
Hasilnya, barang tersebut tiba-tiba dimiliki dengan harga LEBIH MURAH. Peniaga pula TIDAK PERASAN kesalahannya.
Ramai menggelarkan ini sebagai rezeki terpijak atau tuah dan sebagainya. SEBENARNYA, ia adalah aqad yang TIDAK SAH di sisi hukum Fiqh Islam disebabkan harga yang silap itu bukanlah yang diredhai dan yang diijabkan oleh penjual. Dalam Fiqh Muamalat ia dinamakan Al-Ghalat
الغلط‏:‏ بأنّه تصوّر الشّيء على خلاف ما هو عليه
ertinya : Dia membayangkan sesuatu yang tersasar dari apa yang sebenarnya. (Hasyiah Al-'Adawi 'ala Khurashi)

Dalam contoh isu kita adalah tersilap meletak sama ada harga atau jenis barang sewaktu aqad dimeterai.
Kesannya, jika kita terus mendiamkan diri dan mengambil barang terbabit maka HUKUKMNYA adalah kita memiliki dan menggunakan hak orang lain tanpa sah, maka boleh jatuh ke dalam dosa merampas harta orang lain tanpa aqad yang sahih.
Malah keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Al-Syafi'e dan Hanbali mengganggap aqad tersebut sebagai Batal.
Pun begitu, ia boleh menjadi SAH dan HALAL jika :-
a- Dimaklumkan kepada penjual dan minta dihalalkan & penjual mengizinkannya.
b- Pergi semula ke peniaga terbabit lalu dibayar harga sebenar.
c- jarak terlalu jauh untuk bertemunya, MESTILAH hubunginya melalui medium komunikasi moden bagi mendapat izin.
d- Jika tidak mampu dicari peniaga terbabit kerana tiada lagi ingat tempatnya dan resit juga sudah hilang, serta memang tidak mampu sama sekali menjejakinya, bolehlah MENDERMA perbezaan nilai wang terbabit dan disedeqahkan atas nama peniaga yang tidak dikenali tersebut, kelak di akhirat, Insha Allah ia akan menjadi ganjaran luar dugaan buatnya. Jika dia bukan Islam, derma tersebut bakal memberikannya kebaikan di dunia. Wallahu'alam.

Sekian,

copy and paste - facebook

No comments:

Post a Comment