ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 17 December 2017

2017 - TAIPING, PERAK (YAYASAN JANTUNG MALAYSIA)

Pada 16 Disember 2017, saya bersama Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia bertolak dari pejabat kami di Jalan Sultan Yahya Petra (dulunya Jalan Semarak) di Kuala Lumpur menuju ke Taiping, Perak untuk program Komuniti kami di Taiping Buddhist Society. 


Perjalanan dari Kuala Lumpur adalah sejauh 268 km dan mengambil masa perjalanan selama 3 jam 5 minit.
Dalam perjalanan kami singgah di Hentian Rehat RTC di Gopeng untuk makan tengahari dan rehat. 




Hentian Rehat RTC  (Rural Transformation Centre) terletak di daerah Gopeng, Perak. Hentian rehat RTC menyediakan pelbagai kemudahan dan fasiliti bagi kemudahan pengguna Lebuhraya Utara Selatan yang singgah di perhentian ini. Antara yang terdapat di Hentian Rehat RTC ialah Pasaraya Mydin Mall, Agrobazaar yang menyedian jualan produk Pertanian dan Asas Tani disamping beberapa kemudahan lain seperti surau, Medan Selera, Taman Permainan Kanak-kanak dan lain-lain kemudahan. 

Setiba di Taiping, kami terus ke Cherry Inn yang terletak di Jalan Stesen, Taiping, Perak untuk penginapan. Kami akan menginap di sini untuk satu malam sahaja. 











TAIPING, PERAK
Taiping adalah sebuah bandar yang terletak dalam daerah Larut, Matang dan Selama di Negeri Perak. Taiping pernah menjadi ibu negeri Perak dari tahun 1876 sehingga tahun 1937 (sebelum itu Kuala Kangsar) sehinggalah digantikan dengan bandar Ipoh. Taiping sebelum ini dikenali dengan Klian Pauh. 
Di daerah Larut di Taiping inilah bijih timah pertama ditemui oleh Long Jaafar pada tahun 1848. 
Taiping merupakan bandar yang banyak sejarahnya...malah di Taiping terdapat lebih kurang 37 tempat yang merupakan yang pertama di Malaysia, di antaranya ialah Taman Tasik yang pertama, Muzium yang pertama, Penjara yang pertama , bukit peranginan yang pertama dan banyak lagi... boleh rujuk di laman web di bawah ini untuk mengetahui selanjutnya. 

1. The 'First in Taiping' - Taiping Heritage Cult Blogspot.
2. 33 First in Taiping - Rain Town Taiping Blogspot






Sekolah Kebangsaan King Edward VII (1).jpg



Sek. Keb. King Edward VII yang terletak di Jalan Stesen Taiping (bersebelahan dengan hotel penginapan kami) dibina pada Julai 1883 dan merupakan sekolah yang pertama di Negeri-Negeri Selat. Nama sekolah ini mengambil nama sempena King Edward, iaitu Raja British yang menggantikan Queen Victoria yang meninggal dunia pada tahun 1901. 
Ketika Perang Dunia Kedua sekolah ini telah dijadikan Ibu Pejabat Polis Rahsia Jepun (Kempetai). Tapak sekolah ini dibina di atas tapak Stesen Keretapi Taiping, iaitu stesen Keretapi yang pertama di Tanah Melayu. 

Abang Sulong saya Norazelan Bin Maamor pernah belajar di Sekolah ini ketika darjah 1 dan 2. Ketika itu arwah ayah kami seorang anggota Tentera dari Batalion ke 7 Rejimen Askar Melayu Di Raja 97 RAMD) yang ketika itu berpengkalan di Kamunting, Taiping..... malah di situlah saya dilahirkan pada 2.7.1961 iaitu di Kelapa Line Quarters, Jalan Kamunting Lama, Taiping. Saya dan keluarga pernah mengunjungi bekas rumah kelahiran saya pada tahun 2003, rumah itu masih ada lagi ketika itu...


Saya dan kakak saya bersama keluarga ketika mengunjungi rumah kelahiran saya pada tahun 2003. 





JALAN PANGLIMA AH CHONG
Sesuatu yang menarik perhatian saya ialah nama jalan ini, Jalan Panglima Ah Chong. Jarang kita dengar di Malaysia ini ada Cina yang bergelar Panglima. Jadi saya tertarik untuk mengetahui siapakah Panglima Ah Chong ini... apa yang saya temui di laman web adalah seperti berikut : 

Panglima Ah Chong
One Na Tuk Kong was originally a man of Cantonese Hakka family, his name was So Ah Chong (苏亚松). He was the leader of Ghee Hin secret society that founded more than 16 tin mine settlements. The municipal government of Taiping named a road after him for his contribution in the economy. In June 1865 he was captured and sentenced to death by local Malay chief of Matang during the Larut war among secret societies, and the Malay chief honored him by calling him Panglima Ah Chong (Commander Ah Chong). After his heroic death, it was said the godship of him was very effective for his worshippers and so peoples of Matang and coastal dwellers built shrines to worship him.
Ref: https://forum.lowyat.net/topic/1885263/all



 Jalan Stesen mengambil sempena Stesen Keretapi Taiping yang terletak di Tapak S.K. King Edward VII yang merupakan Stesen Keretapi yang pertama di Tanah Melayu. 


 Selesai program, sebelum balik ke Kuala Lumpur kami singgah minum cendol dan Rojak di Restoran yang terkenal dengan cendolnya di Taiping


PEMERIKSAAN KESIHATAN - TAIPING BUDDHIST SOCIETY

Kami telah mengadakan pemeriksaan Kesihatan penyakit Jantung di Taiping Buddhist Society yang terletak di Jalan Muzium Hulu, Taiping. Jaraknya hanya 1.1. km sahaja dari hotel penginapan kami. 
Seramai 144 orang telah menjalani pemeriksaaan kesihatan sepanjang program dari jam 9 pagi hingga 2 petang. 













Selesai program jam 2 petang, kami terus pulang ke Kuala Lumpur. Memandangkan cuti persekolahan, maka beberapa lebuhraya agak sesak ketika ini malah di Hentian Rehat Tapah pun penuh dengan orang ramai yang berhenti rehat, sehingga tiada tempat duduk yang kosong. 

 LEBUHRAYA UTARA SELATAN


Kami tiba di Pejabat kami di Yayasan Jantung Malaysia lebih kurang jam 8 malam. 

No comments:

Post a Comment