ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 12 November 2017

KEMBARA CHINA 2017- NIGHT TOUR GUILIN

Sambungan:
12/11/2017 - Shangri-La Park,Guilin

Setelah selesai menyurusi sungai di Shangri-La Park, kami menaiki bas untuk makan malam sebelum kembali ke hotel untuk berehat sebentar kerana malam nanti kami akan dibawa untuk Night Tour di Guilin.

Kami singgah di sebuah Restoran halal di Guilin untuk makan malam.


  
  

3 beradik yang peramah dalam grup kami

Selepas makan, kami kembali ke hotel untuk berehat seketika sebelum memulakan Night Tour Guilin. 

Menunggu bas diluar hotel untuk Guilin Night Tour


GUILIN NIGHT TOUR
Bandar Guilin dibina disekitar Sungai dan Tasik yang berhubung antara satu sama lain. Sungai Li (Li River) dan Sungai Taohua (Peach Blossom), Tasik Rong (Banyan tree), Tasik Shan (Chinese Fir), Tasik Gui (Osmanthus tree) dan Tasik Mulong (Wooden Dragon) dikenali sebagai "Two Rivers and Four Lakes".
Terdapat jambatan Marmar dan Pavilions disepanjang jalan air. 
Menyaksikan keindahan Guilin di waktu malam adalah sesuatu yang jarang dapat disaksikan, kerana ia memang sangat cantik. 

Group Photo - Andalusia Travels & Tours Sdn Bhd


Isteri dan ibu Mertua ku




Banyak tempat menarik boleh dilihat semasa Night Tour ini. Antaranya ialah :

ANCIENT SOUTH CITY GATE
Guilin bukan sahaja boleh berbangga dengan Lanskap Gunung Karst yang unit tetapi juga kaya dengan sejarah. 
The Ancient South City Gate (juga dikenali dengan nama Gu'nanmen) adalah pintu masuk selatan ke bandar Guilin dibina semasa pemerintahan Dinasti Tang (618-907M). Terdapat sebuah terowong panjang yang tersembunyi disebalik pintu gerbang itu. Dihadapan pintu gerbang itu terdapat Big Banyan Tree yang telah berusia beribu-ribu tahun. 
"The Shadow of the Ancient Banyan Tree" adalah satu daripada scenic spot yang termasyur sejak zaman Dinasti Qing (1644-1911).






 Yang Bridge yang memisahkan Tasik Shan dan TasikRong

 Bersiar-siar di bawah Yang Bridge


Tasik Ronghu dan Tasik Shanhu terletak ditengah-tengah pusat bandar dan dipisahkan oleh Yang Bridge. Ianya menghubungkan Sungai Li dan Sungai Peach Blossom. Pernah menjadi pusat Kebudayaan di zaman Pemerintah Dinasti Qing, ianya sekarang menjadi daya tarikan pelancong ke Guilin. 







The Sun and Moon Pagodas terletak berhampiran tasik Shan. Dikenali juga dengan nama Gold and Silver Pagoda kerana warnanya pada waktu malam. The Sun Pagoda adalah Pagoda Gangsa tertinggi di dunia. 
Pada ketinggian 41 meter, Sun Pagoda mempunyai 9 tingkat, 2 tingkat lebih tinggi dari Moon Pagoda. Sun Pagoda dibuat daripada gangsa manakala Moon Pagoda diperbuat daripada glade yang berwarna. 


Setelah berjalan hampir satu jam akhirnya kami tiba di penghujung di mana bas kami telah sedia menunggu. Kami terus balik ke hotel untuk beristirehat. Esoknya ada beberapa lagi aturcara lawatan yang telah disusun oleh Pihak Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd. 

Sambungan:
13/11/2017 - Elephant Trunk Hill , Guilin

No comments:

Post a Comment