Sambungan:
11 November 2017 - Guilin & Yangshuo
Selepas selesai Solat Jamak Zohor dan Asar di Masjid Chong Shan, kami telah dibawa ke sebuah destinasi pelancongan yang popular di YangShuo, Guilin iaitu Sungai Li (Li River) di Perkampungan Xing Ping. Guilin dan YangShuo adalah sebuah daerah yang terletak dalam kawasan Provinsi Guangxi.
11 November 2017 - Guilin & Yangshuo
Selepas selesai Solat Jamak Zohor dan Asar di Masjid Chong Shan, kami telah dibawa ke sebuah destinasi pelancongan yang popular di YangShuo, Guilin iaitu Sungai Li (Li River) di Perkampungan Xing Ping. Guilin dan YangShuo adalah sebuah daerah yang terletak dalam kawasan Provinsi Guangxi.
YangShuo terletak kira-kira 80 km dari Guilin dan perjalanan ke sana memakan masa hampir setengah jam. Terletak di utara Guangxi Province yang merupakan sebuah wilayah di Selatan China.
Ibu Kota Wilayah Guangxi adalah Nanning, kira-kira 380 km dari Guilin. Sebahagian besar dari penduduk di wilayah Guangxi adalah terdiri daripada etnik Zhuang (disebut Chuang dalam bahasa Cina). Ia merupakan etnik kedua terbesar di China selepas etnik Han yang merupakan 90% dari keseluruhan rakyat China.
Perkampungan terletak 63 km dari Guilin dan 25 km dari Yangshuo. Pekan ini dikelilingi oleh pemandangan yang menarik.
Perkampungan Xingping ini dikesan dalam sejarah China sejak 265 SM.Banyak kesan sejarah terdapat disini. Bekas Presiden Bill Clinton dan isterinya pernah singgah di kampung ini dan memuji kecantikan semulajadi perkampungan ini.
Xingping telah disenaraikan sebagai Bandar Bersejarah dan Budaya China oleh Kementerian Pembinaan dan Biro Negeri China.
LI RIVER CRUISE
Sungai Li atau Lijiang sebuah sungai yang terletak didalam kawasan Autonomi Guangxi Zhuang. Sungai ini mengalir sejauh 83 km dari Guilin ke Yangshuo.
Sungai Li bermula dari Pergunungan Mao'er dalam daerah Xing'an dan mengalir ke arah selatan melalui Guilin, Yangshuo dan Pingle menjadikan panjangnya adalah 437 km.
Sungai Li bergabung dengan Sungai Lipu dan Sungai Gongcheng dan terus ke selatan menjadi Sungai Gui di Xi Jiang, Wuzhou.
Menyusuri Sungai Li adalah aktiviti pelancongan yang popular di Guilin. Sungai Li telah disenaraikan oleh stesen TV Amerika CNN sebagai antara yang ke 14 dari 15 sungai yang tercantik di dunia.
Pelayaran menyusuri Sungai Li bermula dari sebuah perkampungan lama iaitu Perkampungan Xingping. Perkampungan ini dikatakan telah dibina sejak zaman Dinasti Ming. Menurut Mr. Alex, pemandu pelancong kami bahawa Presiden Amerika Bill Clinton dan isterinya pernah datang ke sini dan memuji kecantikan bandar YangShuo dan Guilin.
Antara kenyataan Bekas Presiden Bill Clinton mengenai Guilin ialah:
"I heard of the name of Li River long ago. Today I visit Li River. It is more vivid and genuine than what I thought before. Nowhere is like Guilin. It makes me think of the traditional Chinese paintings."
Antara kenyataan Bekas Presiden Bill Clinton mengenai Guilin ialah:
"I heard of the name of Li River long ago. Today I visit Li River. It is more vivid and genuine than what I thought before. Nowhere is like Guilin. It makes me think of the traditional Chinese paintings."
Termenung jauh Cik Kak!!
Nampaknya ada sepasang pengantin baru buat Sesi Foto
Hidangan menu masakan Cina Muslim yang cukup enak dan sesuai dengan selera kita orang Malaysia
DAYS HOTEL, YANGSHUO,GUILIN
Days Hotel terletak di Yangshuo, Guilin dalam daerah Guangxi China adalah hotel penginapan kami di Yangshuo.
Kami akan menginap di sini untuk satu malam sahaja dimana keesokan harinya kami akan bermalam di Guilin.
Disebelah malam, beberapa ahli dari Grup kami mengambil kesempatan untuk berkunjung ke West Street yang popular di Yangshuo. Memandangkan saya sangat keletihan kerana tak cukup tidor, maklumkan dari semalam dari KLIA2 hingga sekarang saya belum ada rehat lagi, cuma sekadar tidor dalam bas dalam perjalanan menuju destinasi yang agak jauh.
West Street adalah sebuah jalanraya yang tertua yang berusia lebih dari 1400 tahun. Terletak di Yangshuo County, sejak tahun 1980'an West Street menjadi jendela antara budaya Timur dan Barat dan juga Pusat Bahasa Asing yang terbesar di China. West Street merupakan satu daerah yang paling makmur di Yangshuo dan lebih 100,000 ribu pelancong luar datang ke West Street setiap tahun. Kebanyakan para pelancong tertarik dengan gabungan budaya yang unik terdapat di West Street.
Adakalah jumlah pelancong asing melebih orang China, Wall Street juga digelar "Foreigners Street". Malah banyak juga warga China yang berusia boleh bertutur bahasa Inggeris, mungkin kerana mereka telah lama bercampur dengan pelancong dari Negara Barat.
Pada Pagi 12.11.2017 kami check out Days Hotel untuk menuju ke destinasi kami untuk hari ini.
Selepas sarapan pagi, kami akan ke Lipu River untuk ekpedisi Berakit.
Seterusnya:
12 November 2017 - Bamboo Rafting Lipu River Guilin
3 Beradik dalam rombongan kami yang begitu peramah
Seterusnya:
12 November 2017 - Bamboo Rafting Lipu River Guilin
Artikel menarik. Berbagi artikel tentang Sungai Li di http://stenote-berkata.blogspot.com/2017/12/perjalanan-sepanjang-sungai-li.html
ReplyDeleteLiat juga video di Youtube di : https://youtu.be/XSWPEBUfdHY
Terima kasih
Delete